(Nota) Tentang cinta Allah, tetamu, soal hati dan bersederhana

Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Jun dan Julai 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


Ehwal islam (Ustaz Izhar).

Buat amtara 5 ni untuk ke syurga:
  • Mendirikan solat
  • Bayar zakat
  • Belanja makan
  • Beri hadiah
  • Sedekah
Bismillah ad-Duha (PU Raihan)

- Orang berhutang perlu langsaikan hutang dan ikut macam ayat panjang surah al-baqarah. Catat hutang.

- Jika meninggal. Hutang ayah anak bekerja bayar. Hutang isteri suami bayar.

Bersangka (Ustaz di Ikim FM).

- Telinga, mata dan hati setiap orang berbeza.
- Elak bersangka-sangka. Kena ada pendirian. Jangan mudah terpengaruh. Kena tahu situasi. Ada prinsip.
- Tak semua perkara kita kena kongsikan. Kena ada kematangan di situ.

5 perkara tak boleh cakap benar.
  • Perang
  • Takut lebih besar
  • Keaiban yang Allah tutup
  • Melagakan orang
  • Masa tak kena.
- Mak & ayah kena letakkan prasangka kepada anak dengan betul. Jangan boikot pasangan depan anak. 

Nikmat Sayang Allah (Ebit Lew dalam Betulke Ustaz)
  • Siapa yang menahan diri daripada melakukan perkara yang berdosa / haram, Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih baik.
  • Kita kalau sayang sanggup berkorban. Sebab kita sayang.
  • Anak muda masuk syurga sebab tak banyak dosa. Tak sempat nak iri.
  • Doalah agar kita syahid. Meninggal sewaktu (berbuat sesuatu) di jalan-Nya.
  • Bercinta dengan Allah. Berdosa lagi sakit.
Suci Hati Jiwa Murni (Tanyalah Ustaz)
  • Hati adalah raja. Anggota badan adalah rakyat
  • Ujian untuk dekat dengan Allah dan penghapus dosa
  • Tuhan lihat cara kita hadapi dosa bukan sekadar dosa.
Banyakkan doa
"Jika kita rasa nak memiliki dalam hidup ini itu hati kita susah nak tenang. Kita kena selalu rasakan yang semuanya milik Allah." - Ustaz.

Ustaz ZulRamli di IKIM

"Tuhan itu bukan saja ada malah berkuasa. Lihat pokok di hutan yang bekal oksigen ke seluruh bumi, Tuhan yang menyiramnya dengan air hujan."

Ustaz Elyas. Al Kulliyyah.
  • Buat baik sampai penat buat jahat.
  • Orang yang paling kuat merintih di malam hari kepada Allah dia akan orang yang paling kuat di siang hari.
  • Takut dengan makhluk makin menjauh. Takut dengan Allah kita makin dekat.
  • Hutang bukan untuk difikir tapi dibayar.
Ikim FM (Nak kaya;Lembaga Zakat - Ustaz Hafizol)

Kira dengan cara pendapatan lebih daripada belanja. Lepas tu yang terima bantuan kena update kalau pindah.

- Jangan tinggalkan witir. Ringan tu.
- Jangan tinggalkan solat hari putih
- Solat Dhuha
- Seiring pekerjaan dengan amalan

Dalam ramadhan ini banyak perkara yang kita belajar. Banyak.
Biarlah sebelum dan selepas ramadhan kita lebih baik. Maksudnya Tuhan angkat darjat.

 (Tetamu) Ustaz di Ikim Fm

Rujuk surah al-Ahzab ayat 53

Kena muliakan tetamu
Terima tetamu ada ada 4
-- Sunat: terima tetamu pada pemahaman umum orang boleh datang. Contoh rumah terbuka.
Khusus. Macam jemputan kahwin. Sunat terima tetamu tu
-- Wajib terima tetamu dalam keadaan; wajib menerima nafkah kita (atas / bawah) dalam keadaan mudarat. Wajib terima jika kita bernazar. Nak jemput orang masjid kalau lahir anak lelaki misalnya.
*Muslim secara umumnya. Dia mudarat. Dan dia tak memudaratkan kita.
- - Haram jika memudaratkan kita. Tak boleh. Dia boleh ambil pisau atau kecenderungan perompak misalnya.
- - Makruh jika kita terima dan tak layan dengan baik.

Kita diuji dengan sebab berbeza.

Kita ziarah orang tua walaupun umur lanjut. Nafsu tetap ada. Lelaki muda tak perlu bersalaman. Perempuan tua tak ada nafsu, ada keharusan walaupun tetap batal wuduk. Berjaga-jaga.

Sunat memaparkan kegembiraan. Sederhana. Jangan gembira kita mendatangkan dosa dan kerana melakukan maksiat. Bukan juga yang mendatangkan murka Allah.

Raya: Tak boleh berlebihan

WAS-WAS

Was-was daripada syaitan. Istighfar. Baca surah an-Nas, dan abaikan rasa ragu-ragu. Selalu ragu ragu ibadah orang yang jaga ibadah. Nak betul-betul.

Ehwal Islam: (Ustaz Badli & Ustaz Elyas)
  • Ramadhan berjaya jika berjaya buat kita lebih ikhlas. Lebih ghairah beribadah. Mampu kawal diri. Lebih sihat.
  • Iman
  • Puasa tak ikut sunnah tu tak berkesan. Tak ada roh
  • Kita bukan hamba ramadhan.
  • "Orang yang menyambung siraturrahim adalah orang yang berkawan semula dengan orang yang bermusuh dengan dia." - Ustaz Elyas
  • Hari raya untuk maaf, lupa dan sayang. - Ustaz Badli Shah.
  • Istiqamah dalam ibadah dan juga taqwa.
  • Ibadah diterima hati kita istiqamah. Jangan cemarkan syawal dengan maksiat.
  • Jatuh. Bangkit balik. Kena istiqamah.
Doa ibu. Tanyalah Ustaz (Hisyam Tuan Padang. Dai Hadhari)
  • Doakan untuk keampunan mak.
  • Elak prasangka. Dalam diri ada mengadu domba itu jadi sangka buruk.
  • Allah yang pegang hati kita.
  • Hati kita kena kuat.
IKIM
  • Jika anjing masuk masjid dan ia tidak basah. Maka tidak perlu sama' tempat itu.
  • Begitu juga kalau dia basah berjalan keseluruhan masjid. Tidak wajib bersihkan sebab mudarat  (kita ini yang perlu bersihkan, mudarat ke kita) keseluruhannya.
  • Air liur basi najis. Tapi nasi atau air basi bukan najis. Cuma mudarat makan ia jadi haram.
  • "Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu."
  • Tanyalah hati kamu sendiri. Biasanya perkara yang kita takut orang lain tahu tu kemungkinan salah.
Halaqah (Dr. Daniel)

  • Tidak kiralah emosi atau naluri kamu bagaimana, letak dalam syariah.
  • Jika tergelincir kita takkan duk diam. Begitulah dalam agama.
Hadis 40

  • Apa Nabi cakap semua wahyu.
  • Tahmid. Tasbih. Takbir. Tahlil. Semua sedekah. Ini hadis.
  • Cari kira mula dhuha: waktu syuruk tolak subuh bahagi 3. Tambah waktu syuruk tadi. Nak selamat lebihkan sikit 15 minitkah.
Al-Ustaz. Rahsia terindah- Ustazah Norhafizah

"1000 tahun orang terlena takkan pernah cukup." - Hamka


*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top