Manakala dari segi istilah Syara', tayamum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61)
Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayamum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)nbsp;
Atau bahasa mudahnya tayamum bermaksud menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.
Allah S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)."
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)."
(Maksud lanjut dan syarat tayamum boleh rujuk di: http://www.kias.edu.my/tayamum.htm)
TENTANG TAYAMUM
1. Mengenakan debu tanah pada wajah dan dua tangan sehingga siku sahaja
2. Satu tayamum untuk satu solat fardu sahaja. Bagaimanapun boleh untuk solat-solat sunat
3. Terbatal secara automatik jika didapati air
4. Hanya boleh dilakukan kerana uzur sahaja: waktu tidak boleh menggunakan air, kekurangan air, ketiadaan air
5. Mesti diusahakan mencari air dahulu bagi kes ketiadaan air
6. Tidak boleh dilakukan sebelum masuk waktu solat
7. Tidak boleh mengamalkan sapu atas khuf selepas itu
8. Tiada hukum sunat memperbaharui tayamum
9. Tidak mengangkat hadas, hanya membolehkan solat fardu pada ketika itu sahaja
10. Tiada hukum sunat mengulangi 3 kali
11. Wajib mencabut cincin di jari terlebih dahulu sebelum bertayamum
12. Boleh menggantikan mandi wajib
- Muhammad Luqman Makhtar (Majalah Solusi 91)
Moga bermanfaat.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.