Tutorial dan aplikasi buat gambar statik bergerak (cinemagraphs)


Gambar: Floris Kloet
Ada beza di antara cinemagraphs dengan animated gif. Terutamanya dari segi kualiti gambar. Kita juga boleh perasan melalui pergerakan pengulangannya (looping). Pernah lihat tak gambar yang orang depan diam / kaku, air sungai mengalir di tepi. Atau ada sebarang pergerakan kecil pada latarnya namun manusia dalam gambar itu pegun? Atau Bahasa Inggerisnya disebut;

"Still photos with subtle motion" dan bahasa mudahnya digelar cinemagraphs (Cinematic GIFs)
Cinemagraphs are still photographs in which a minor and repeated movement occurs, forming a video clip. They are published as an animated GIF or in other video formats, and can give the illusion that the viewer is watching an animation. - Wikipedia
Sudah lama saya memerhatikan gambar bergerak begini. Cukup menarik! Terma atau perkataan "cinemagraph" mula diperkenalkan oleh jurugambar U.S. Kevin Burg dan Jamie Beck, yang menggunakan teknik itu untuk memperlihatkan animasi dalam gambar-gambar fesyen dan berita mereka sekitar awal tahun 2011 (bertujuan promosi).

Memang dahulu mungkin perlu mengambil gambar dengan baik atau disunting menggunakan perisian komputer  tertentu seperti Adobe Photoshop. Namun dengan adanya teknologi telefon yang semakin canggih, banyak aplikasi "memanggil" untuk memudahkan impian ini.


  Kembali kepada atutorial menggunakan aplikasi gambar bergerak: cinemagraphs di telefon.

Jika android anda boleh menggunakan aplikasi ini:
Jika IOS pula boleh menggunakan aplikasi ini:
Cinemagraph Pro (ada juga versi percuma)


Antara salah satu aplikasi dipilih kali ini adalah Zoetropic.

Berikut perkongsian Ida Latif (The Vocket) buat bila edit gambar pakai aplikasi ni:

- Elakkan dari pilih gambar yang susah dan terlalu rumit. Senang nak sunting.
- Gambar yang menarik ialah gambar yang ada air dan awan. Baru nampak benda tu bergerak jelas.
- Cari gambar yang terang. Kalau dah banyak sangat filter, pening sikit nak sunting.
- Pilihlah gambar yang cantik.
- Sebaiknya gambar bersaiz besar sebab dalam apps ni boleh zoom untuk edit sampai ke celah-celah batu. Tapi tak lah boleh zoom macam photoshop tu. Aplikasi ini pun percuma sahaja.
- Jadi anda boleh pilih nak bergerak bagaimana, dan ke arah mana.
- Mungkin akan menjejaskan sedikit kualiti asal gambar. Apapun tetap boleh menghasilkan gambar cinemagraphs yang cun!

Artikel asal dan jika mahu lihat contoh: https://www.thevocket.com/apps-gerakkan-gambar-kaku/

Antara rujukan:
Gambar-gambar: https://www.buzzfeed.com/danieldalton/
Beza antara cinemagraphs dengan animated gif - https://www.gallereplay.com/blog/question-corner
Antara koleksi gambar cinemgraphs yang menarik - https://www.hongkiat.com/

*****
Jika mahu sunting dan guna teknik sama dalam perisian Photoshop / After Effects:

Sumber: http://lesterbanks.com/

*****

Tidak kiralah menggunakan apapun perisian atau aplikasi, untuk teknik apa sahaja, perlu tetap cuba dan selalu explore, baru akan lebih faham dan mahir. Semoga berjaya!



3 yang menasihati

  1. good sharing....baru sebulan berjinak dgn canon dslr100d...ada tips berguna ni....adalah yang terbaik....very interested

    ReplyDelete
  2. Kalau nak buat lampu tu berkelip macam mana pula

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top