Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Lagu Srikandi Besi - Zeyad


Zëyad merupakan kumpulan nasyid berkonsepkan nasyid patriotik. Mereka terdiri daripada 6 orang anak muda. Nama Zëyad diinspirasikan daripada kisah seorang general dan juga gabenor Muslim di zaman Umayyah, iaitu Zëyad ibn Sufyan. Beliau berjaya menghalang pemberontakan Parsi semasa pemerintahan Mu'awiyah. Zëyad juga bermaksud tinggi, melambangkan semangat yang tinggi dalam lagu-lagu yang dinyanyikan.

ANGGOTA ZEYAD
~ Hussaini
~ Ubay
~ Kay
~ Hafif
~ Nu'man
~ Taufik
~ Dr. Hanif
~ Fahim

Instagram: @zeyadoriginal
Facebook: Zeyadoriginal

Berkenaan lagu Srikandi Besi

Pada September 2016, Dr. Fauziah Hassan dan Puan Norsyam Abu Bakar telah menyertai misi Women's Boat to Gaza (WBG) bersama 12 aktivis antarabangsa yang lain (wanita). Lagu "Srikandi Besi" adalah TRIBUTE kepada Dr. Fauziah Hassan dan Puan Norsyam Abu Bakar juga buat aktivis-aktivis wanita di seluruh dunia.

Lirik "Srikandi Besi" ini hasil nukilan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi MyCARE). Lagunya dicipta oleh komposer muda, Nu'man Jamal dan disusun oleh Pereka Muzik, Pak Ronny Rahmat dari Bandung, Indonesia.

Lagu yang bakal dinyanyikan oleh Zëyad ini diharapkan dapat memberikan semangat kepada ummah yang saban hari menantikan harapan yang masih belum tiba.



Lirik Srikandi Besi - Zeyad

Di saat umat tak terbela
Muncul wanita antara kita
Meredah samudera yang bergelora
Mengirim salam benua

Kelembutan mereka besi ditempa
Kesopanan mereka api menyala
Mematah iradah musuh durjana
Melambai damai saudara tercinta

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita
Aaaaaa...

Kelembutan mereka besi ditempa
Kesopanan mereka api menyala
Mematah iradah musuh durjana
Melambai damai saudara tercinta

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

Amalmu dicatat tinta
Buat azimat sepanjang masa
Sehingga
Maruah ummah ditebus semula
Dengan darah
Keringat dan air mata...

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

Ayuhlah!!! Dunia yang sedang lena
Srikandimu di medan sana
Bangkitlah jiwa perwira
Melangkah gagah gegar gempita

*****

Sumber lirik: https://www.musixmatch.com/lyrics/Zeyad/Srikandi-Besi


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top