Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Sinopsis & OST Jibam The Movie (Untuk Sekali Ini)



“Jibam” merupakan tajuk sebuah novel yang ditulis oleh Ibrahim Anon (terkenal dengan nama pena “Ujang”) dan diterbitkan oleh Creative Enterprise sekitar tahun 1992. Pelakon utama untuk filem Jibam ini adalah adik Mohd Ariff yang melakonkan watak Buntat dalam drama 7 Hari Mencintaiku.
Facebook rasmi filem Jibam: Jibam2017
Sinopsis Jibam:



Jibam – nama sebenarnya Ashraf -- anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun, mempunyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri. Novel ini juga mengetengahkan watak seperti Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap pembaca kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhannya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah Sudin memperdajalnya. Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Jibam juga dibenci Usin Singai. Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah, ibu Jibam, menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar.

Jibam versi 2008
“Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.”
-- Ujang, “Jibam” (1992).
JIBAM THE MOVIE 2017

Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.

Boleh baca review filem ini: di http://kakimuvee.net dan Jibam : Filem Deep Yang Perlu Ditonton Ramai.




Lirik Untuk Sekali Ini (OST Filem Jibam) - Taleeb Mizad 

Cubalah sekali ini
Biar musnah semuanya
Leburkan hati dan rasai
Perjalanan yang sunyi

Tujuh lautan kalamnya
Ingin kau hikayatkan
Tak mampu dicoret lagi
Tak mampu kau berdiri lagi

Oooo.. Tulus kasihmu kepada Tuhan
Untuk kehidupan ini
Tidak akan Dia lupakan
Itu janji kasih sejati

Bersama rindu dan sengsara
Dalam kehidupan ini
Itu ujian kita bersama
Pasti bahagia dan abadi

Tujuh lautan kalamnya
Ingin kau hikayatkan
Tak mampu dicoret lagi
Tak mampu kau berdiri lagi

Oooo.. Tulus kasihmu kepada Tuhan
Untuk kehidupan ini
Tidak akan Dia lupakan
Itu janji kasih sejati

Oooo.. Tulus kasihmu kepada Tuhan
Untuk kehidupan ini
Tidak akan Dia lupakan
Itu janji kasih sejati

Bersama rindu dan sengsara
Dalam kehidupan ini
Itu ujian kita bersama
Pasti bahagia dan abadi

*****

Instagram penyanyi ini -  Taleeb Mizad: @taleebmizad


****

-Versi Puisi - Untuk Sekali Ini
-Tentang buku  Jibam: goodreads.com/book/show/2229046.Jibam

Inilah filem yang seharusnya ditonton dan diberi perhatian. Terima kasih untuk anda yang sudah menonton! :)


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top