Selepas Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu memasuki era yang kelihatan aman tetapi reputnya adalah dari dalam. Kejahatan tidak lagi bersembunyi di lorong gelap - ia dilindungi oleh birokrasi, oleh hierarki dan oleh wang.
Meor Abdul Rahman berkhidmat sebagai pegawai CID dalam Pasukan Polis British. Dari dalam pasukan itu, dia membongkar rangkaian rasuah yang diketuai oleh Malcom, seorang pegawai polis berpangkat tinggi yang memanipulasi undang-undang untuk kepentingan peribadi. Di jalanan, kuasa dijalankan oleh Lee Khoon, seorang ketua samseng yang mendominasi perjudian, keganasan dan penyeludupan candu dengan perlindungan polis.
Kepada komer yang masih tanya bila FIlem Libang Libu nak keluor panggung ? 😤
Ate! ini dia Poster Rasmi Pertama filem “Libang Libu” 🫡
Separuh pelakon Malaysia dalam satu filem chor!
Nantikan Siri Poster Rasmi Libang Libu nanti!
Ramai chor! 🤣
Moh kita nengok di pawagam 23 April 2026!
Apabila sebuah produksi filem memilih sebuah kampung sebagai lokasi penggambaran, seluruh penduduk jadi kecoh; dari imam, ketua penanggah, bakal pengantin, hinggalah pelakon popular yang rupanya menyimpan konflik identiti sendiri.
Di sebalik kemeriahan itu, dua beradik, Alid seorang “abang long” kampung dan Man Pilem yang diburu hutang akibat ketagihan judi berdepan krisis besar apabila tanah pusaka arwah opah tergadai. Luka lama, rasa dikhianati dan ego memisahkan mereka, namun ancaman luar memaksa mereka bersatu demi maruah keluarga.
Dengan kepelbagaian karakter yang penuh warna - pengarah filem yang tegas, hero filem yang mahu jadi diri sendiri, orang kampung yang kuat adat dan cepat menghukum, kampung kecil itu menjadi pentas sebenar tentang penerimaan, kasih sayang dan erti keluarga.
Filem ini ialah drama komedi komersial yang menggabungkan konflik adik-beradik, pertembungan budaya dan humor satira dalam sebuah kisah yang lucu, emosional dan sangat dekat dengan realiti masyarakat kita
Jom tag geng korang ramai-ramai serbu panggung wayang nanti!
“Jibam” merupakan tajuk sebuah novel yang ditulis oleh Ibrahim Anon (terkenal dengan nama pena “Ujang”) dan diterbitkan oleh Creative Enterprise sekitar tahun 1992. Pelakon utama untuk filem Jibam ini adalah adik Mohd Ariff yang melakonkan watak Buntat dalam drama 7 Hari Mencintaiku.
Jibam – nama sebenarnya Ashraf -- anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun, mempunyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri. Novel ini juga mengetengahkan watak seperti Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap pembaca kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhannya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah Sudin memperdajalnya. Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Jibam juga dibenci Usin Singai. Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah, ibu Jibam, menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar.
Jibam versi 2008
“Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.”
-- Ujang, “Jibam” (1992).
JIBAM THE MOVIE 2017
Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.
Melihatkan kemunculan dan kegilaan minat generasi kini dengan lagu Aiman Tino, Khai Bahar, Tajul Ariff, Hazman, Projector Band serta (terlebih dahulu) Chomel yang bergenrekan muzik balada syahdu ala 90-an menimbulkan sedikit pertanyaan. Adakah muzik juga sedang melalui fasa kembali ke masa lalu? (Seperti fesyen yang sedang melalui fasa pusingannya semula).
Itu belum lagi melihatkan kumpulan-kumpulan atau artis lama yang popular zaman dahulu itu yang kini masing-masing sibuk tampil dengan lagu baru. Sedikit segar namun masih sama signaturenya rock kapak atau jiwang seperti kumpulan Khalifah dan Data (dengan lagu "sayangku"). Menariknya ini menimbulkan persaingan yang sihat dan mungkin akan membuatkan kita lebih kreatif dalam meraih kelainan dan mutu yang lebih baik.
Kenapa zaman 90-an begitu rapat dengan kebanyakan kita? Kerana waktu itu ramai yang bersemangat untuk menawar kerana permintaan juga banyak. Sebab waktu itu jualan kaset sangat laku, jadi produk pun banyak, dan kita ada banyak pilihan. Malahan persaingan juga hebat.
Mungkin jika ingin memberi sedikit pendapat pada perkembangan muzik sebegini pada zaman sekarang, saya rasa pada lirik. Kembalikan lirik-lirik berjiwa, makna yang dalam dan bersemangat seperti dulu juga. Mungkin akan lebih indah. Siapa tahukan? Wallahua'lam.
(Klik untuk lirik)
Lihat Diri ini tatap mata ini
Adakah Aku pendusta cintamu
Renungku Disini di dalam hati ini
Adakah Aku insan yang engkau cintai
Mana Kau campakkan hatiku
Hati Yang ku berikan
Padamu kasih
Semua jawapannya ada padaku
Ku disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Mengapa Kau pergi dari diri ini
Mengapa Harus kau merelakan aku
Mudahnya Kau melepaskanku oh kasihku
Mudahnya Kau mencari teman penggantiku
Mana Kau campakkan hatiku
Hati Yang ku berikan
Padamu Kasih
Semua Jawapannya ada padaku
Ku Disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun Maut mendatang
Menjemputku
Mana Ku campakkan hatimu
Hati Yang kau berikan
Padaku Kasih
Semua Jawapannya ada padamu
Ku Disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun Maut mendatang
Menjemputku
Oh ya cakap tentang rock dan tahun 90-an, filem Rock juga telah mengakhiri sekuelnya dengan Rock Bro: Kembali Ke Pangkal Jalan (filem ini juga menjadi pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013). Sewaktu saya menulis ini, filem Rock Bro masih lagi ditayangkan.
“Jika filem Rock menceritakan permulaan sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi kumpulan Rock ternama, sekuel kedua, Rock Ooo pula menceritakan zaman transisi dan kejayaan kumpulan rock untuk meneruskan perjuangan muzik mereka ketika itu.
“Manakala, francais terakhir, Rock Bro pula memaparkan zaman kejatuhan irama rock dalam berdepan pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre muzik baru dalam industri muzik tempatan,” kata Mamat Khalid selaku pengarahnya.
Di bawah ini adalah salah satu OST (Soundtrack / lagu tema) Rock Bro: Sekelip Mata Kau Berubah. Rujuk lirik (sini). Selain itu, di youtube ada juga video lagu Bayangan Gurauan& Gemuruh.
Apapun, selera muzik adalah hak masing-masing. Terpulanglah mahu mendengar yang bagaimana. Namun diharap agar penulis dan pemuzik akan sentiasa bersemangat dan jujur dalam menampilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang. Selamat maju jaya! Terima kasih.
P/S: Sometimes history tends to repeat itself - Dan saya apa saja layan, namun masih peminat lagu balada & nasyid.
Ada yang bertanya kenapa filem The Journey sangat disukai ramai sehingga memecah rekod pecah panggung dalam negara. Sedang orang yang buat filem memikirkan petua atau tips untuk menarik ramai ke pawagam, The journey dalam senyap telah berjaya dengan penuh bergaya. Dan dinyatakan di sini ia membawa budaya yang berbeza dari budaya sebahagian kita.
[ Lama dalam draft - baru publish . Filem yang pertama kali saya tonton tanpa membaca review dan sinopsisnya ]
Kenapa di sukai? Jawapannya mudah sahaja, sebab ia Dekat di hati (worth it untuk ditonton ). Bagi saya tema filem ini adalah menjual perkara yang semua manusia mahu beli: iaitu impian ( 梦想). Impian semua orang, untuk diterima (anak mahu ayah menerima pasangan) dan seperti impian belon terbang (hajat kawan sekolah lama).
Filem ibarat masakan. Kalau adunan dan ramuan sedap dan sebati, orang akan suka makan untuk tambah lagi. Makanan itu berjaya buat orang terkenang dan mengajak orang lain untuk sama makan sekali.
Begitu juga The Journey. Ia tidak perlu pelakon yang begitu dikenali (popular) atau nama besar. Cukup semua pelakon boleh berlakon dengan baik, dari watak utama sehingga ke watak tambahan lain. Semua berlakon dengan begitu bersahaja dan ikhlas.
Menyentuh tentang sinematografi serta pemandangan , filem ini berjaya menguasainya teknik kamera dengan baik. Memilih tempat dan suasana cantik dan indah di Malaysia seperti Sabah, Pulau Pinang dan Pahang antaranya, berjaya menangkap hati penonton dengan sentuhan visualisasinya. Sangat menguntungkan dari aspek pelancongan.
Jalan cerita filem ini yang sangat dekat dan realiti dengan penonton ( ada cakap tema ini seperti kebanyakan drama di Malaysia ), ia tema ringan yang sekeluarga yang sesuai ditonton. Ada perkara yang mencuit hati (kelakar tersendiri tapi tidak lawak kosong), malah ada krisis yang kita ternanti kesudahannya serta beberapa lagi yang masih buat kita terkenang hingga kini.
Menurut pengarah The Journey, selain semua orang memberi kerjasama, ada beberapa adegan dalam filem ini adalah berkisar realiti. Dan realiti itu dari hati, apa saja dari hati pasti akhirnya akan menyentuh ke hati .
Untuk kawan sekerja saya, Gee Siang terima kasih kerana berjaya membawa saya menonton filem ini. Walau pada awal tayangannya di Teluk Intan tempoh hari, hanya saya seorang melayu di panggung. Apapun 我给4颗星 untuk filem ini. Sekian. (y)