Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Zikir Hati - Inteam


Kumpulan nasyid Inteam ditubuhkan pada 1998 ketika anggota asalnya mula menuntut di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Alhamdulillah, kini sudah hampir 20 tahun mereka masih berada dalam industri. Masih lagi memperjuangkan dakwah dan nasyid. Malahan mereka pernah cuba mengikuti perkembangan muzik terkini dengan berduet dengan artis baru serta mengetengahkan muzik rap. Kini mereka muncul pula dengan kelainan, apabila tampil dengan album penuh versi USB (yang sesuai untuk dipasang di dalam kereta, selain pada komputer).



Nak dapatkan album penuh versi USB itu di sini- https://www.inteammobile.com/shop/inteam-zikir-hati-usb/

(Album penuh album "Zikir Hati" ini  turut memuatkan tazkirah istimewa oleh Al Fadhil Ustaz Zulramli).



Artist: Inteam
Composer: Syam Inteam, Wan Saleh & Amir Hufaz
Author: Syah Inteam
Zikir Hati Copyright by Inteam Records Sdn Bhd

Lirik Lagu Zikir Hati - Inteam

اَللّٰه٬ اَللّٰه٬ اَللّٰه٬ اَللّٰه
اَللّٰه رَبِّي لاَشَرِيْكَ لَهُ

Zikir-zikir hati penawar di kalbu
Ingat-ingat mati sedia selalu
Kepada-Mu Allah hidup dan matiku
Ingat-ingat Allah bahgia selalu

Maha suci Allah segala bagi-Mu
Puja-puji Allah Dialah penentu
Segala bicara besarkan nama-Mu
Akhir kalam kita kembali pada-Mu

Tiada yang seindah menyebut nama-Mu
Walau hati gundah hilang rasa jemu
Sebut nama Allah mula amalanmu
Tenang-tenang rasa bertasbih selalu

Lafaz-lafaz cinta basahi lidahmu
Ruang-ruang jiwa penuh rasa rindu
Bila hati resah kembali merayu
Hanya pada Allah Tuhanku yang satu

*****

Facebook rasmi Kumpulan Inteam: @nasyidinteam
Instagram rasmi Kumpulan Inteam: @official_inteam

(Gambar muka depan USB)
(Gambar muka belakang USB)


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top