Terima kasih Tuhan untuk setahun yang telah banyak mengajar. Jatuh, bangun, perkara lalu dan perkara baru semuanya berkunjung dengan begitu berhikmah.
Kenangan manis 2017
- Terlibat dengan antologi bersama penulis hebat dan penulis kegemaran melalui buku Bianglala Melukis Syurga (puisi) dan Konfesi (cerpen). Ya, ada perkara yang kadangkala di luar jangkaan kita. Alhamdulillah.
- Berpeluang bersama-sama menulis dengan komuniti iluvislam yang bertahun dulu saya hanya mampu memerhatinya sahaja. Jika ada masa, jenguk laman web mereka, ada penulisan saya di situ.
- Berjumpa sahabat internet yang manis. Sanggup datang sekeluarga jauh jauh ke rumah untuk beraya. Terima kasih. Sewaktu saya menulis ini, tempat beliau sekeluarga sedang hujan, diharap agar semuanya akan baik-baik sahaja. Apapun dugaan, moga diberi kekuatan hendaknya. Insya-Allah.
- Berbaik dan berhubung semula dengan sebilangan teman lama.
Kenangan pahit 2017
- Atuk tersayang meninggal dunia pada 25 Disember 2017. Secara rasminya saya sudah tak ada atuk dan nenek kandung dedua belah (belah mak mahupun abah). Yang tinggal adalah atuk dan nenek saudara sahaja. Moga sihat sentiasa semuanya.
Untuk tahun yang bakal datang, moga lebih baik dan bersinar. Kali ini, diharap rasa tenang dan sabar masih sudi memeluk. Insya-Allah.
Terima Kasih 2017 yang semua telah, masih dan akan ada. Alhamdulillah.
Jom, mulakan 2018 dengan Bismillah!
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.