Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Kau Takdirku - Siti Nurhaliza (Lagu OST Tiada Arah Jodoh Kita)


Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara mengisi slot Akasia TV3 kali ini. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini di bawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson.

Kisah ketabahan Afia Awliya (Aprena Manrose) yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir (Erwin Dawson) yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel (Hafeez Mikail) yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif (Shukri Yahaya) yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Di bawah ini saya senaraikan lagu-lagu tema (OST) drama Tiada Arah Jodoh Kita beserta lirik:

Lirik Lagu Kau Takdirku - Siti Nurhaliza



Apa yang pernah terbayang sewaktu dulu
Mungkinkah inilah takdirku
Tiada terfikir olehku kehadiranmu
Telah merubah seluruh hidupku

Bezanya kita bagaikan langit dan bumi
Namun akhirnya kitakan serasi

Di sini telah bermula semua kisah kita
Dan akan kugenggam segala janji kita dulu
Di sini hanya kupinta kejujuranmu
Dan cintai diriku dengan setia
Mencinta syurga kita berdua

Kelebihanmu dan juga kelemahanku
Kita terima seadanya jua
Sempurna kita menyemai cinta nan suci
Indahnya dirimu yang kumiliki

Di sini telah bermula semua kisah kita
Dan akan kugenggam segala janji kita dulu
Di sini hanya kupinta kejujuranmu
Dan cintai diriku dengan setia
Mencinta syurga kita berdua

hoo~ hoo~

Di sini telah bermula semua kisah kita
Dan akan kugenggam segala janji kita dulu
Di sini hanya kupinta kejujuranmu
Dan cintai diriku dengan setia
Mencinta syurga kita berdua

huu~ hey~~hoo~


___

Lirik Lagu Rahsia Tuhan - Ippo Hafiz



( Verse 1 )
Tak Mungkin,
dan tak mungkin kau kembali
Hanya untuk, meneruskan cinta
yang telah terhapus,

Tangis diri, musnahkan aku,
Sayu hatiku telah menanti,
Menanti kamu,
Tiap waktu...

( Chorus )
Ku sedar bukan, kuasaku,
Hanya tuhan yang bisa memberi,
Cinta Dia Maha Indah
ditakdirkan bersama,

( Verse 2 )
Tak Mungkin , kulupa akan bahagia
Bersamamu,
Dan tak mungkin Ini
adalah jodoh kita...

Haaaa Haaaa....

( Chorus )
Ku sedar bukan, kuasaku,
Hanya Tuhan yang bisa memberi,
Cinta Dia Maha Indah
ditakdirkan bersama,

Hanya kepada dirimu,
bukan Jodoh, yang kumaksudkan,
kerna ada telah tertulis,
Itu hanya Rahsia Tuhan

___

Lirik lagu Sedikit waktu - Alfie Alwi



*
Sering bertanya aku
Apakah yang berlaku
Kasih entah ke mana
Makin samar

**
Cuba kau jelaskan pada aku
Sikapmu yang dingin dan menjauh
Diri ini masih dahagakan perhatian

***
Bukan banyak yang diriku minta
Sedikit waktu darimu saja
Agar aku tahu tempatku dihatimu


ulang semula *, ** dan ***

*Lagu Shiha - Jagakan dia turut ada. Juga ada beberapa lagu menarik lain yang menjadi OST.
Sekian, selamat menonton! Ambillah yang baik-baik! :)



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top