Setelah sekian lama, Nora Ariffin kini kembali dengan lagu baru berjudul Ada Dalam Tiada. Lagu ciptaan Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen. Lirik oleh Habsah Hassan. Lagu ini ada dalam album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi.
Lirik Ada Dalam Tiada - Nora Ariffin
Tidak terfikirkan selama ini
Adanya ruang bernama sepi
Dunia cerah jadi kelabu
Yang jelas dan nyata
Bayangan senyummu
Kiranya satu kesilapan
Menyandarkan sepenuh harapan
Kekasihku belaian jiwa
Saat kau pergi
kuhilang arah
Ku yakin kau di situ
Mengaminkan semua doaku
Yang kutitpkan untukmu di setiap waktu
Hanya jasad yang terpisah
Adamu di dalam ketiadaan
Telah termatri cinta kita
Ku yakin kau di situ
Mengaminkan semua doaku
Yang kutitpkan untukmu di setiap waktu
Hanya jasad yang terpisah
Adamu di dalam ketiadaan
Telah termatri cinta kita berdua
Kau ada dalam tiada
Bercahaya di malam gulita
Semangat juangmu dijiwaku membara
Hanya jasad yang terpisah
Adamu di dalam ketiadaan
Telah termatri cinta kita berdua
Di kala rindu menyapa
Kutitipkan doa buatmu yang tercinta
Akhirnya kuinsafi
Yang pergi takkan kembali
Tidak terfikirkan selama ini
Adanya ruang bernama sepi
Dunia cerah jadi kelabu
Yang jelas dan nyata
Bayangan senyummu
*
Nora Ariffin mula mengorak langkah dalam industri seni setelah menjuarai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1991. Pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik di AIM pada 1995, lagu terbaik pada 1996 menerusi Jentayu (ft Sheila Majid), lagu terbaik menerusi Menyemai Cinta Bersamamu pada 2001 serta lagu nasyid terbaik 2011 menerusi lagu Pedoman serta pernah juga menenangi dan tercalon dalam beberapa kategori lain (sumber; wikipedia). Nora juga pernah menjuarai kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Samudera. Malah pada 2016, beliau pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza di Astro Ria.
Sedikit Throwback:
Dunia hiburan dikejutkan dengan kehilangan komposer terkenal dan berbakat besar Johan Nawawi pada pagi Jumaat, 24 Mac tahun 2017. Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.
Sepanjang kariernya sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri - anaknya. Lagu tersebut hasil adaptasi daripada surah al-Quran iaitu al-Fatihah.
Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi Ummi - Ceritalah Pada Kami! terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn Bhd selain lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.
Johan berpendapat lagu-lagu yang berunsur ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan.
Sumber berita: http://www.mstar.com.my
*****
HudHud TV
Facebook: Voices Of Ummi (yang terkenal dengan lagu Erti al-fatihah).
Youtube: HudHud TV
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.