Cukur jambul / rambut bayi dan 'ain bayi baru lahir


Alhamdulillah dan tahniah untuk yang memperolehi zuriat; amanah dan rezeki daripada Allah ini. Setiap anak adalah anugerah dan kita sebagai ibu bapa yang perlu bijak mencorakkannya. Moga anda semua mendapat anak yang soleh dan solehah serta cemerlang dunia dan akhirat. Insya-Allah. Ameen.

CUKUR RAMBUT / JAMBUL BAYI BARU LAHIR

Disunnahkan selepas menyembelih akikah untuk mencukur rambut bayi, sama ada lelaki atau perempuan, dan disunnahkan untuk ditimbang rambut yang dicukur itu dengan emas atau perak, kemudian disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Rasulullah SAW mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.anha:

زِنِي شَعْرَ الْحُسَيْنِ وَتَصَدَّقِي بِوَزْنِهِ فِضَّةً، وَأَعْطِي الْقَابِلَةَ رِجْلَ الْعَقِيقَةِ

Maksudnya: "Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.”



Berikut adalah perkongsian (FB) oleh: Halimatulssaadiah Wan Jusoh

Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira baby girl or baby boy. Jangan cukur sipi-sipi je. Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadis tentang kelebihannya.

Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor. Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur.

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang dekat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.

Contoh rambut babyR ni berat 0.99g:
Harga emas kita ambil paling mahallahkan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh:.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut bayi semasa cukur; sebagai isteri, kena ingatkan suami.

1) Ambil 1 bekas berisi air suam
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja (janganlah jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je). Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.

Ini atas pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.

Rujukan lain:
-- Cukur jambul antara adat & sunnah rasulullah SAW
-- Zakat rambut bayi

AIN ANAK / BAYI BARU LAHIR

Bukan sakit mata. Penyakit 'ain ini adalah pandangan manusia yang penuh dengan takjub atau cemburu hinggakan imemberi kesan kepada yang dipandang. Dalam sebuah hadis Nabi ﷺ,

"Penyakit ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya” (HR Muslim)

Berikut merupakan sumber perkongsian (IG): @_serbanputih (Mustaqim as Singhafuri)

Penyakit ain ini betul. Dan bahaya juga. Dan tak boleh kita ambil remeh. Penyakit ain ini terjadi apabila orang pandang kita dengan takjub / kagum atau pun dengan cemburu. Hinggakan kita ini jatuh sakit.

Ibn Abbas pernah berkata, "Dikatakan bahwa Fulan terkena ‘ Ain , iaitu apa bila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit.” Kadang bukan kerana ada sifat iri hati. Tapi dengan terlampau takjub pun boleh jadi penyakit ain.

Sebab tu apabila baby baru lahir. Mereka ini masih suci. Comel. Kita upload gambar mereka hingga ditatap oleh manusia. Kita tak tau mungkin ada yang akan lihat dengan penuh takjub atau mungkin dengan penuh iri hati. Kita risau bayi itu akan kena penyakit ain Maka sebab tu afdal kita tak upload gambar mereka. Tiada larangan khusus, cuma langkah berjaga-jaga.

Sebab itu kita jangan terlalu rasa takjub atau iri apabila lihat anak-anak atau harta milik saudara kita. Takut kita yang puncanya.

"Apabila seorang daripada kalian melihat sesuatu dari saudaranya, atau melihat diri saudaranya, atau melihat hartanya yang menakjubkan, maka hendaklah ia mendoakan keberkahan untuk saudaranya tersebut, kerana sesungguhnya penyakit ‘ain benar-benar ada.” (HR. Ahmad)

Bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ‘ain kepada orang lain, seeloknya mendoakan keberkatan (ucap Barakallahu fik atau tabarakallah) kepada seseorang yang dikaguminya apabila melihat. Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadith Abu Umamah (Riwayat Ibn Majah, no. 3509).
Bagi mengelakkan dan melindungi bayi terkena penyakit ‘ain, bacalah doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada dua cucunya, Hassan dan Hussain:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)
- Boeh juga amalkan Ruqyah. Untuk cuba elak penyakt 'ain ini. WALLAHUA'LAM.

Rujukan lain:

Sekian, moga dipermudahkan urusan semuanya di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah.


1 yang menasihati

  1. Ingatkan penyakit ain tu mitos atau pn cakap2 org tua2 jer...terima kasih atas perkongsian. kalau nak cari barang budak cuba sini https://bazaraya.my/babies

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top