Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Nota (Tentang bergurau, membantu, sabar dan jujur)


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang April 2018. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

****
Tanyalah Ustaz (Adab Bergurau)

Amalkan doa:
"Ya Allah jadikan hambamu ini perasaan sayang kepada orang beriman. Dan jadikanlah perasaan sayang orang beriman kepadaku."

- Bergurau perlu sederhana. Ikut orang juga.
- "Masukkan gurauan dalam kata-kata macam masukkan garam dalam makanan kamu."  - Saidina Ali.

Anak Istimewa - Ustaz Zarifi

-Kitalah kena menyantuni dan beri terbaik buat mereka.
-Didik sehingga menjadi soleh.

Tanyalah Ustaz - Ujian Kesabaran (Ustaz Fuad / Dai Aiman)

Sabar dalam ketaatan.
Sabar dalam ikhtiar.
  • Anak degil ini sangat spontan dan berani. Ada potensi. Namun bergantung pada respon kita ibu bapa.
  • Sunat puasa dalam bulan Rejab dan Syaaban. Namun bagi Imam Ahmad bin Hambal, makruh.
  • Banyakkan berpuasa untuk menahan lidah kita daripada berkata-kata.
  • Rugi tak taat kepada ibu ayah masih ibu ayah masih ada.
  • Rezeki sempit, azab dan makhluk tak sayang kita kalau kita derhaka kepada ibu ayah kita.
  • Kalaulah kita nampak doa kita dimakbulkan di akhirat, mungkin kita tak minta untuk dimakbulkan di dunia. Allah. :(
  • Buli mematikan potensi. Jangan viral. Tutup aib.
  • Guru pun kena jaga akhlak dan kata-kata. Kena jaga warak dan tawaduk dia.
  • Orang faham reda dan syukur. Dia akan ikhlas.
Jika suami buat hal:
- Perbaiki cara mendekatkan diri dengan suami
- Beri manisan

Bertahan dengan zikir. "Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir." Baik untuk migrain.

Jika kita tak mampu sabar dengan ujian sekarang, bagaimana kita nak sabar apabila Dajjal datang? .
"Perlu menjaga hak anak yatim. Supaya tak dapat murka Allah."
- Ustaz Jazlan. (Tanyalah Ustaz)
(Tanyalah Ustaz) Dai Annas & Ustaz Jazlan - Nak tolong tapi memilih

- Tak dapat bantu jangan susahkan.
- Bantulah. Sikit pun. Mungkin sikit itu akan bawa kita ke syurga.
- Amalan jual-beli ini ibadah.
- Lapangkan orang, Allah akan lapangkan kesusahan kita.
- Mudahkan urusan orang, ALLAH akan mudahkan urusan kita
- Siapa menutup aib seorang muslim, Allah tutup aib kita.
- Allah akan bantu hamba-Nya, selagi kita membantu orang lain.
- Niat kerana Allah taala.
- Balasan perbuatan baik muslim / tak, Allah saja yang balas kebaikannya.

(Tanyalah Ustaz) - Jihad melawan nafsu - Ustaz Ravi.

- Tak ada riwayat nafsu perempuan lebih. Lelaki kurang. Cuma perempuan lebih banyak sukar. Tutup aurat. Mengandung. Lebih banyak pahala. Begitu.
- Jika rasa was-was, jangan buat.
- Nafsu ada 3 peringkat.
- Apa yang daripada hati itu menjadi lisan.
- Lisan yang melukakan hati akan kekal.
- Tenangkan hati dengan banyak berzikir.
- Muhasabah diri sebelum dihisab.
- Baca solat dan jangan tinggal solat. Jauhkan berkawan daripada orang yang bawa kita maksiat. Kawan sangat penting.

(Tanyalah Ustaz) - Rajin 
  • Tiada yang lebih baik daripada seseorang melainkan yang dia cari dengan tangannya sendiri.
  • Allah suka orang yang rajin.
  • Kena yakin. Usaha.
  • Letak dalam bidangnya.
(Tanyalah Ustaz) - Warak dan zuhud
"Orang warak ini antara cirinya juga adalah menjaga lisannya (jaga hubungan dengan orang lain)." - Ustaz
  • Sedangkan Nabi pun berkahwin dan berbuka ketika berpuasa.
  • Bersangka baik dan tidak mengaibkan orang.
  • Orang warak bukanlah yang asyik beribadah sahaja tidak berhenti.
  • Menjaga tanggungjawabnya.
  • "Ada dalam hati tapi nampak pada amal."
(Tanyalah Ustaz) - Kejujuran dan berkat
  • Perlu jujur.
  • Tepati janji, ibu bapa dengan anak-anak.
  • Tanda keberkatan terhakis hidup tak tenteram, anak tak dengar cakap.
  • Orang beriman cari rezeki di samping keberkatan.
(Tanyalah Ustaz) - Alam Barzakh
  • Alam barzakh transit pertama.
  • Jika takut Allah, makin dekat.
  • Amalan untuk si mati, doakan. Amalkan pesanan yang baik. Wakafkan. Ziarah orang yang dia sayang.
  • Cari kawan yang istiqamah.
(Tanyalah Ustaz) - Sifat Harmoni.
  • Jangan cederakan orang dengan kata-kata tajam. Sebab kita pun tak nak (dikata) begitu.
  • Bersabar. Allah akan akan bantu orang yang ikhlas.
  • Carilah hati yang tenang. Lakukan ibadah dengan ikhlas.


*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top