Isu: Kahwin kanak-kanak bawah umur - #PelajarBukanPengantin


Terlebih dahulu saya ingin nyatakan ini pendapat saya secara peribadi, mungkin dengan ilmu dan pengalaman yang terhad, ada yang perlu ditambah atau dibetulkan, saya alu-alukan dan meraikan pendapat semua. Saya tidaklah menentang hukum agama, cuma untuk keperluan semasa, ada cara yang lebih sesuai untuk dibuat bagi memurnikan keadaan.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil langkah paling awal apabila mencadangkan pindaan had umur minimum usia wanita berkahwin kepada 18 tahun (sebelum ini 16 tahun). Langkah ini dipuji ramai pihak yang tidak bersetuju dengan perkahwinan anak-anak di bangku sekolah. Terlalu muda. Perkara ini tidak lama dulu pernah diperkatakan, namun muncul semula menjadi sebutan apabila seorang lelaki berusia 41 tahun telah menjadikan kanak-kanak berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya.

PELAJAR BUKAN PENGANTIN

Kenapa isu kahwin kanak-kanak bawah umur ini ditentang kebanyakan masyarakat zaman sekarang? Sebab kebanyakannya keadaan ini terjadi kerana desakan nafsu semata bagi lelaki dan kerelaan perempuan yang tidak bijak lagi berfikir (jika kurang ilmu, pastinya mereka akan mengikut saja). Umur terlalu muda untuk buat keputusan. (Rela benarkah anak itu, jika hakikat realiti perkahwinan pun dia belum faham?). Melainkan jika anak itu benar faham realiti perkahwinan, wali bertanggungjawab (tidak zalim dan tidak memaksa) dan lelaki itu (bakal suami) benar ikhlas, berpengetahuan dan bertanggungjawab untuk memperisterikan, itu tidak dilarang syarak, namun umur perlu juga mengikut undang-undang esuatu negara.
Memang dalam islam dibenarkan, tiada masalah. Dalam erti kata lain, menentang hukum syarak tanpa sebab ternyata salah. Jadi hakikatnya, dalam hal ini, jika mahu buat juga, perlu ada sebab yang kukuh dan keadaan yang betul untuk menjayakan hal demikian. 
RASULULLAH SAW DAN SAIYIDITINA AISYAH RA

- Ini boleh dirujuk di BAYAN LINNAS SIRI KE-141 : PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAH

JIKA ITU ANAK KITA?
"Anak-anak bukan bahan dagangan. Elakkan penzinaan adalah alasan." - KM Adli Zahari
Zaman mendatang lagi mencabar. Keperluan ilmu untuk hidup adalah sangat mendesak. Anak itu masih mentah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri / ibu dan masih jauh perjalanan untuk membina cita-citanya. Tidakkah kita merasa anak-anak itu layak mendapat pendidikan yang cukup dan mengejar impian sendiri? Mereka juga ada hak. Kita lihat saja konteks isu semasa, keadaan terkini yang serba maju. Pastinya masa depan anak-anak kita menjadi keutamaan. Adalah lebih wajar kita membimbing anak-anak dengan rasa hormat dan tanggungjawab, bukan hanya untuk kepentingan diri kita semata. 

Akil baligh tidak semestinya bermaksud matang. Matang di sini bemaksud keupayaan untuk memahami konsep perkahwinan, komitmen dan tanggungjawab yang diperlukan. Jangan samakan zaman dahulu, atuk nenek kita dengan kita. Mereka dahulu cepat matang dan lebih bijak. Zaman berubah, keperluan dan kehendak juga.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah An-Nur ayat 30)
KANAK-KANAK JUGA ADA HAK

Sedarlah kita, anak kita perlu lebih bersedia dari segi akal dan imannya. Sebelum diletakkan tanggungjawab lebih besar kepadanya. Jangan jadi zalim. Isikan ilmu dan akidah dengan jelas dahulu, baru kita cakap soal hukum lainnya.  
Bak kata salah seorang saudara saya, "Berikanlah dulu kefahaman agama dan tarbiyyah kukuh dalam generasi masyarakat. Bukan terus ikut short cut tanpa melihat pula kondisi masyarakat itu sendiri."
Undang-undang di Malaysia
Gambar: https://www.bharian.com.my
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."- (Al-Anfaal ayat 27 & 28)
Hukum perkahwinan kanak-kanak hendaklah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan di dalam sesebuah negara. Sekiranya hakim mengesahkannya, maka perkahwinan kanak-kanak yang telah menepati syarat-syarat dan rukunnya adalah sah. Namun, jika undang-undang menetapkan had umur yang tertentu bagi seseorang untuk berkahwin, maka hal ini adalah wajib dipatuhi dan mengingkarinya boleh memberikan kuasa pada hakim untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pelakunya. - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Nota peribadi: Jika mahu bantu, banyak lagi cara boleh bantu. Jika benar ikhlas, kita tahu apa yang perlu dilakukan dan dikawal. Di akhirnya, Allah yang menilai semua niat dan amalan kita. Jadi, terpulanglah. Wallahua'lam.

Kenyataan Wan Azizah berkaitan isu ini:


Boleh baca artikel lain yang berkaitan:






1 yang menasihati

  1. malaysia baharu ... zina itu lbih baik dari kahwin, monogami itu lebih baik dari poligami, onani dan menonton pornografi lbih baik dari kahwin sbb tidak perlu keluarkn kos belanja yg besar, hukum Allah nmpak tidak adil dizaman sekarang, lekaki boleh kawin sampai 4, tapi perempuan tidak dpt kahwin lbih dari sorang, knpe poligami dikatakan tidak adil buat lelaki? apakah hak kita nk bercakap tentang keadilan, siapa yg bersifat maha adil? masihkah tidak adil Allah taala benarkan lelaki kahwin 4 dan benarkan perempuan memakai emas dan sutera? oh, baru lah faham, zaman telah berubah, sudah ramai lelaki yg pakai emas dan sutera dan sudah ramai perempuan jadi sugarmummy, haram dan halal sudah tidak diambil kira, sifat cemburu dan tamak haloba semakin menular, manusia skrg lbih bijak dari tuhan, rela mendapat murka Allah drpd dikecam oleh masyarakat, masyarakat sekarang tidak tunduk lagi pada wahyu, manusia skrang rela tunduk pada hawa nafsu, yg betul nmpak salah, yg salah nmpak betul.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top