Kejadian 12 orang pemain bola sepak Thailand (digelar "Mu Pa" / Wild Boars) berusia 11-16 tahun dan seorang jurulatih berusia 25 tahun terperangkap di gua Tham Luang yang terjadi pada 23 Jun 2018 lalu benar-benar memberi signifikasi besar kepada dunia. Bayangkan setelah 10 hari, mereka ditemui masih selamat dan tenang sekali. Mereka terperangkap akibat banjir yang menutupi jalan keluar dari Gua Tham Luang, tempat mereka selalu meluangkan masa jika ada kelapangan setelah berlatih, namun hari itu (yang juga merupakan hari lahir salah seorang daripada mereka), takdir mereka berbeza.
Pada 1 Julai 2018, 2 orang penyelam; John Volanthen dan Rick Stanton telah menjumpai lokasi mereka semua! Mereka dijumpai 400 meter dari lokasi carian. Kemudian untuk dikeluarkan, mangsa perlu melalui 11 jam perjalanan ulang-alik keluar (lebih kurang 4 kilometer) gua dengan diiringi 2 orang penyelam. Dianggarkan lebih 90 orang penyelam (termasuk 50 warga asing) terlibat dalam operasi menyelamat ini. Dan, alhamdulillah 10 Julai 2018, kesemua mangsa dapat dikeluarkan!
Penyelam Gua Britain, Richard William Stanton (L), John Volanthen (2nd-L) and Robert Charles Harper (3rd-L) [Sumber gambar] |
Sumber: https://www.bharian.com.my |
Sumber: https://www.hmetro.com.my |
Gambaran proses menyelamat mangsa Gua Tham Luang:
มาดูกัน... พาดำน้ำไปช่วย 13 หมูป่าใน #ถ้ำหลวง ด้วยกราฟิกจำลองเสมือนจริง#หมูป่าผู้แข็งแกร่ง #13ชีวิตรอดแล้ว #ทีมหมูป่า #พาทีมหมูป่ากลับบ้าน #ไทยรัฐ #ไทยรัฐทีวี #ThaiNavySEAL pic.twitter.com/qlg7fs4OEO— ThairathTV (@Thairath_TV) July 5, 2018
Antara pengajaran yang boleh didapati menerusi kejadian ini:
- Kebergantungan dan kepercayaan kepada Tuhan. Jurulatih mereka; Ekapol Chantawong yang juga pernah menjadi sami mengajarkan cara bertenang dan berdoa untuk mententeramkan murid-muridnya. Juga doa dan keyakinan masyarakat dunia selain usaha berterusan yang tidak kenal erti putus asa.
- Keperluan kemahiran hidup. Bagaimana bekalan makanan menjadi penyelamat, air gua menjadi minuman dan kelebihan bahasa salah seorang kanak-kanak menjadi penghubung dngan penyelamat.
- Penyatuan seluruh rakyatnya. Pengeluar pam, pengumpul sarang burung, hampir semua turut terlibat membantu dengan kelebihan dan keupayaan sendiri. Petani berdekatan pun tidak kisah jika tanaman dibanjiri air dari gua itu, asalkan mampu membantu.
- Kerajaannya yang sangat bertanggungjawab. Tidak pula berlagak hero. Manakala pihak pembangkang tidak pula ambil kesempatan menyalahkan atau mengeruhkan keadaan. Semua tenang dan memberi perhatian serta kerjasama. Malah sama mnegajak berdoa.
- Ibu bapa kanak-kanak terlibat tidak mahu tahu anak mereka selamat dulu atau tidak, melainkan jika semua telah keluar dan diselamatkan. Begitu menghormati dan mempunyai soladiriti yang tinggi.
Saman Kunan |
- Seorang penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand bernama Saman Kunan terkorban (lemas), sewaktu berulang-alik membawa tabung oksigen. Dia sudah bersara, namun sukarela mahu membantu. True Hero!
- Doktor Australia yang merupakan orang terakhir dari gua (Pakar bius Adelaide, Dr Richard Harris) dimaklumkan mengenai kematian ayahnya sejurus selepas misi penyelamatan itu ditamatkan.
- Penyelam pro pelbagai negara bersatu untuk membantu.
- Satu dunia mendoakan dan mengharapkan keajaiban. Sehingga kejadian ini viral dan mendapat perhatian FIFA serta MU dan Croatia serta banyak pihak lagi.
Sumber: http://time.com (Gambar submarine) |
- Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla Motors membina kapal selam mini untuk membantu mangsa.
Gambar: https://www.nytimes.com |
EVERYONE RESCUED! "Mr. Peray’s cartoons about the cave rescue are poignant tributes to the trapped boys, served with a dash of whimsy. Mr. Peray said he meant hope not only for the boys, but mankind. 'This story is different than everyday ugly politics,” he said. “It is making us feel good about ourselves that mankind is not completely lost after all.'" — Mike Ives, in Hong Kong
- Banyak media dan seniman menunjukkan soladiriti menghasilkan karya tanda sokongan.
- Akhir sekali semangat mangsa-mangsa itu sendiri. Bagaimana masih boleh bangkit serta sihat setelah trauma dan tersenyum ketika diwawancara. Ini bukan saja pengalaman yang mereka tak dapat lupakan, namun seisi dunia juga.
Gambar: https://www.channelnewsasia.com |
(Terkini) Sekitar sidang media dengan mangsa berkenaan: astroawani.com
*****
Sumber berita lain:
- The full story of Thailand’s extraordinary cave rescue [BBC]
- Australian doctor who was last one out praises boys while grieving father's death
- Australian doctor who was last one out praises boys while grieving father's death
Facebook:
Twitter:
Youtube:
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.