Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Pedih Sarah Suhairi (& Biodata)


Lirik lagu Pedih Sarah Suhairi | Sarah Suhairi mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu 'cover song' tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman yang mana cover lagu berjudul Shape Of You (duet bersama Asad Motawh dan Betty Afryna) mendapat tontonan tertinggi di saluran youtubenya. Jika di instagram pula, Sarah menggunakan hashtag #SarahSunday untuk setiap cover yang dihasikan.

*Seawal usia 9 tahun, Sarah Suhairi telah mengikuti kelas muzik untuk bermain piano (sehingga berusia 12 tahun). Daripada kelas muzik tersebut, pengetahuan Sarah Suhairi terhadap muzik terus meningkat apabila beliau telah meneroka secara sendiri bagaimana untuk bermain alat muzik ukulele dan gitar ketika berusia 14 tahun. Penyanyi yang berasal dari Rawang, Selangor ini juga mempunyai hobi yang menarik iaitu menunggang kuda (seawal tingkatan dua).

Sarah Suhairi yang juga peminat lagu-lagu K-pop ini, kini merupakan artis di bawah label MVM Production ini semakin dikenali menerusi rancangan realiti televisyen Big Stage di Astro Ria. Pedih merupakan lagu pertama beliau ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.



Lirik lagu Pedih - Sarah Suhairi

Tiadaku sangka engkau berubah
Lupakan janji kita
Katamu dulu engkau milikku
Hati menyatu sayang

Entah mengapa engkau berubah
Tiada lagi kasih
Mana silapnya cinta kuberi
Tiada lagi kau genggam kini

Tiada lagi cinta
Tinggallah ku sendiri
Menahan rasa sakit ini pedih

Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biarku pujuk hati sepi

Mana silapnya cintaku beri
Tiada lagi kau genggam kini

Tiada lagi cinta
Tinggallah ku sendiri
Menahan rasa sakit ini pedih

Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biar kupujuk hati sepi

Mungkin kau tidak layak tuk diriku
Mungkin takdirku bukan untukmu
Kau khianati cinta suciku

Tiada lagi kita
Menahan rasa sakit

Pergilah engkau pergi
Jangan muncul kembali
Biar kupujuk hati

Tinggallahku sendiri
Menahan rasa sakit ini

Pergilah engkau pergi
Jangan pernah kembali
Biarku pujuk hati sepi pedih

@sarahsuhairi
Biodata Sarah Suhairi:
Nama penuh: Sarah binti Suhairi​
Tarikh lahir: 3 April 2000​
Umur: 18 tahun (2018)
Asal: Rawang, Selangor​
Syarikat rakaman : MVM Production

Media Sosial:
Instagram Sarah Suhairi: @sarahsuhairi
Youtube Sarah Suhairi: Sarah Suhairi
Tik Tok: sarahsuhairi_ 38
Twitter: @sarah_suhairi
Facebook: Sarah Suhairi



@sarahsuhairi
"Saya memang berharap dapat melakukan dua benda dalam masa yang sama iaitu menyanyi dan sambung belajar.  Tapi semua itu bergantung pada keadaan juga. Tidak dinafikan pelajaran itu sangat penting. Saya tengok mana rezeki sampai terlebih dahulu," ujarnya. (Baca lebih lanjut di mstar.com.my)


Semoga maju jaya buat Sarah Suhairi! 

- *Sumber berita: buzzingmalaysia.com
- Laman web Big Stage: bigstage.com.my
- Biodata Sarah: iluminasi.com

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top