Teme Abdullah, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ramai pembaca (muda terutamanya). Bukunya pernah memenangi anugerah buku negara, anugerah emas kulit buku cantik (2018) dan pelbagai anugerah lagi serta juga pernah tersenarai di antara buku-buku yang mencapai tahap jualan best seller di kedai-kedai buku terkemuka. Baginya itu adalah hadiah dan pencapaian untuk semua pembacanya yang setia. Teme memang sangat menghargai para peminat tulisan-tulisan beliau.
Sumber |
SIAPA TEME ABDULLAH?
Sumber: @itsteme |
Pemuda pantai timur yang merupakan lulusan salah sebuah universiti di London dalam jurusan Art, Design and Architecture ini, telah berjaya memeluk impiannya kini untuk menjadi seorang arkitek, pelukis dan penulis. Kisah Teme Abdullah yang lahir pada 6 Mei ini, menjadi viral kerana dia bukan saja mahir melukis dengan sangat baik, namun latar belakangnya yang hanya datang daripada keluarga sederhana namun berusaha mahu belajar di luar negara dengan tekad yang tinggi. Pernah gagal dalam usaha awalnya untuk menyambung pelajaran, namun tidak langsung mematahkan semangat Teme. Malah semakin kuat! Belum lagi kita membaca kisah beliau sejak kecil yang dipandang rendah dan jauh daripada jangkauan untuk melangkah seperti sekarang. Namun kuasa Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir-Nya! Alhamdulillah.
Sumber: temetemerity.blogspot |
Perjalanan Teme Abdullah yang berliku namun berjaya melangkah jauh menjadi aspirasi dan inspirasi kepada ramai anak muda untuk terus belajar dengan gagah dan tidak mudah putus asa. Malahan Teme memikul amanah dan populariti beliau hari ini sebagai satu tanggungjawab untuk beliau berdakwah dan menyampaikan pesanan yang bermanfaat. Beliau memilih perkataan "jalanan" dalam kebanyakan karya-karya beliau kerana baginya dari jalananlah beliau belajar berjalan dan berlari semula.
Gambar: Instagram Teme Abdullah |
Bak kata beberapa orang yang menggemari bukunya,"Teme jika bagi nasihat, beliau tahu memilih perkataan yang betul." Saya bersetuju dengan itu. Tidak nampak pun seperti beliau mahu bersyarah atau menyalah, langsung tidak. Sebaliknya, membaca penulisan Teme Abdullah adalah seperti sedang mendengar seorang sahabat yang sedang bersemangat bercerita namun mesejnya tetap ada dan dapat masuk dalam kepala.
Setakat penulisan artikel saya ini, Teme Abdullah sudah ada empat buku (tak termasuk satu buku melukis). Jadi marilah kita bercerita ringkas tentang buku ini satu persatu. Siapa yang sudah baca boleh juga memberi pendapat sekali di ruangan komen.
Pelukis Jalanan
Buku ini pengenalan kepada seorang penulis yang asalnya minat melukis namun berjaya menjadi seorang arkitek. Seorang yang pandai bercerita dan menyusun ayat dengan begitu baik. Pengalaman benar-benar mengajar beliau. Tambahan pula, lukisannya yang menyerupai pemandangan asal dan terperinci sambil disertakan kata-kata menarik dan nasihat menjadi kelebihan kepada seorang Teme. Tidak hairanlan buku ini begitu berjaya sehingga menghasilkan rentetan kepada buku 'jalanan' yang lain.
"Jika terlihat kecantikan, ingatlah Pencipta-Nya."
"Ia kekal dongeng, jika engkau tidak mula berjalan."
Arkitek Jalanan
Kali ini penulisan Teme lebih matang. Lebih tersusun dan menarik. Arkitek Jalanan; kisah persahabatan dan susah senang seorang anak muda dan kawannya (Ahmad) ketika mula belajar di luar negara (sampai dapat kerja!). Sangat menginspirasikan dan banyak juga dapat ilmu baru. Kita dapat rasa struggle Teme dan Ahmad dalam menuntut ilmu serta indahnya bersahabat menerusi buku ini.
"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up.""Kadang-kadang orang yang bagi nasihat pun perlu dinasihati juga. Walaupun dengan nasihat sama yang dia sendiri bagi pada orang lain."
"What comes from the heart, goes to the heart.""Teme, how do we produce great work?"-- "Enjoy the process!"
Impian Jalanan
Buku Impian Jalanan pula lebih kepada satu hadiah untuk yang sudah mengenali Teme, kerana kali ini Teme lebih terbuka bercerita kisah-kisah peribadi (walaupun menggunakan nama rekaan; Nik Danial Iskandar bin Nik Rahimi / Ikiy), selain menyelitkan beberapa hal berkaitan isu semasa secara tidak langsung. Pesanan beliau jelas, mahu kita semua tidak takut untuk bermimpi! Kelemahan bukan alasan untuk berhenti berusaha.
"If you worry, you suffer twice. Problem kau ialah kau fikir terlalu banyak, sebab tu kau kurang happy. Aku rasa kau perlu ubah benda tu." - Ahmad.
"Aku perlu belajar yang aku mampu bahagia dengan diri aku sendiri. We have to find our inner peace. Nobody can make you happy until you're happy with yourself." - Ikiy.
"The goal is not to have all you want, but to feel content with what you already have. Success in not defined by how much money you make but by how you can be at peace and happy, even when you have zero in your bank account." - Ahmad.
-- "And it's about how many lives you can improve. Also about how you share the happiness." - Ikiy.
Empayar
Novel EMPAYAR; lain daripada penulisan Teme yang lain. Kali ini bukan tentang Teme. Ia adalah novel fiksyen (cerita rekaan). Mengambil latar era kesultanan dan pahlawan, bertemakan kepimpinan melalui teladan dan beberapa kritikan sosial (antaranya soal pengaruh, penunggang agama). Masih kekalkan 'signature' (ada perincian binaan dan tentang pesahabatan). Perkara paling menarik dalam buku ini adalah penggunaan doa makan yang selalu kita baca, maksud dan mesej tentang itu jelas disampaikan oleh Teme.
Moga ada sambungan! 👍📚
Moga ada sambungan! 👍📚
"Beginilah hakikat mereka yang sering merasakan diri mereka itu baik. Kononnya, mereka berhak mendapatkan yang baik-baik juga. Mereka mentafsirkan kalimah 'baik' itu dengan pandangan mata mereka sendiri. Sedangkan baik di sisi Allah itu lebih luas." - Pelatih 8492
Instagram Teme Abdullah |
Antara kejayaan Teme Abdullah dalam bidang penulisan |
Facebook Teme Abdullah: Teme
Blog Teme Abdullah: temetemerity.blogspot.com
Youtube Teme Abdullah: teme abdullah (Jangan tak tahu, Teme juga berbakat menyanyi)
Jika ada soalan, ini askfm Teme Abdullah: https://ask.fm/itsteme
Untuk baca banyak ulasan (review) pembaca-pembaca buku Teme: Goodreads
Nota: Untuk saudara Teme Abdullah, tahniah dan terima kasih untuk kesudian berkongsi cerita, pengalaman dan rasa hati buat semua pembaca. Moga sentiasa dipermudahkan untuk berkongsi yang baik-baik dan moga diberkati hidup Teme sekeluarga. Teruskan perjuangan dengan melihat ke depan, jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dan kenangan.
Untuk semua, moga kita teruskan kongsikan kelebihan yang kita miliki ke arah yang diredhai-Nya. Kita tak mampu puaskan hati semua orang, tapi kita boleh melakukan yang terbaik dalam banyak perkara. Ikhlaskan berjuang! Moga diberkati semua kita.
-- Anem Arnamee.
Teme Abdullah, 2024 |
2 yang menasihati
kawan penah ajak pi program buku jalanan kot nama dia kalo x silap.. tapi since tak minat membca sangat kesian dia.. ajakan tak brsambut =D
ReplyDeleteTerima kasih untuk komen ini, edit tajuk dah bagi tak keliru. Teme Abdullah ini beberapa tajuk buku dia sebelum ini ada perkataan 'Jalanan'.
DeleteManakala program Buku Jalanan itu memang wujud dan aktif di beberapa tempat seluruh Malaysia ini. Boleh baca buku percuma! berkongsi ilmu. Mereka juga aktif di media sosial.
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.