Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Menuju Wawasan (Umat Islam Harus Cemerlang) & Zinnirah 2018 - UNIC

UNIC ditubuhkan pada tahun 2002 (asalnya daripada kumpulan nasyid sekolah), terdiri daripada 4 orang namun kini anggota yang masih kekal cuma Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli), dan ditambah dua anggota baru mereka adalah Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin (juga dulu merupakan bekas peserta rancangan realiti Akademi Al-Quran) serta Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi).

Pada 2017, UNIC telah menjadi juara untuk rancangan realiti Gema Gegar Vaganza musim pertama. Kini (2018) UNIC telah menyanyikan semula lagu Zinnirah 2018 dan buat cover lagu Deen Assalam bersama Syeikh Abdul Karim al-Makki. Manakala lagu menuju wawasan ini pula terhasil pada tahun 2010, dan kini merupakan lagu tema rancangan Tanyalah Ustaz. 



Lirik Lagu Menuju Wawasan - UNIC

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang hari
Ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari

Umat islam harus cemerlang hari ini
Umat islam sentiasa boleh

Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Menuju Wawasan
Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Lirik Zinnirah 2018 - UNIC

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi



Instagram UNIC - @unicofficials
Facebook UNIC - UNIC


- Boleh juga baca: Kisah Zinnirah, Wanita Buta yang Celik Hatinya


Antara sumber berita:
notes/munsyeed-corner
- https://ms.wikipedia.org/wiki/UNIC


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top