Kejayaan Malaysia dan kejutan di Sukan Asia 2018

Pasukan Sepak Takraw Malaysia
Sukan Asia 2018 di Indonesia baru sahaja melabuhkan tirainya pada 2 September yang lalu. Bermula pada 18 Ogos, sukan ini berlangsung begitu jaya dan meriah sekali. Melibatkan sebanyak 45 buah negara, Malaysia antara yang tidak terkecuali menghantar atletnya. Di sini saya kongsikan catatan suka duka di Sukan Asia melalui kaca mata saya sebagai penonton di Malaysia.

KEJAYAAN

https://www.bharian.com.my
- Bola Sepak Malaysia kalahkan Korea Selatan selepas 44 tahun
Ini adalah kejutan awal yang diberikan oleh wakil bola sepak negara (B-23) di Indonesia apabila buat pertama kalinya, Malaysia mengalahkan pasukan gergasi Asia; Korea Selatan selepas 44 tahun. Kemenangan 2-1 dalam peringkat kumpulan ini juga memberi kesan (kejutan) kepada pasukan lawan kerana ranking negara kita yang jauh lebih rendah berbanding mereka. 

@/AtletMalaysia
- Boling paling menyerlah
Menjadi penyumbang emas pertama dan paling banyak dalam acara kali ini, boling dilihat sebagai sukan paling menyerah dan mempunyai kesinambungan pelapis yang baik terutamanya melalui Rafiq Ismail.


- Azizul dapat pakej pingat
Walaupun gagal mendapatkan emas dalam acara kegemaran beliau; Keirin, namun Azizul berjaya juga memenangi emas malahan pakej pingat (emas, perak dan gangsa) dalam kejohanan berbasikal kali ini dalam beberapa acara lain. Juga menyerlah kali ini adalah Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil. 


- Sepak takraw kalahkan tuan rumah
Ini juga kejutan, setelah kita lama tidak bersinar dalam sukan tradisi ini, kita berjaya mendapat pingat emas dalam acara antara regu (lelaki). Malahan provokasi pemain tuan rumah; Indonesia di perlawanan akhir itu tidak sedikit pun mengganggu prestasi mereka malahan berjaya come back, dengan bangkit semula setelah ketinggalan jauh. Semangat dan kekuatan pasukan sepak takraw Malaysia (daripada pemain sehingga ke jurulatih pasukan kita) disudahi dengan tangisan kegembiraan. Ahamdulillah.

Boleh juga baca ini: Tulisan Wan Halim Wan Abdullah



- Hoki: Kita masuk akhir, kalahkan India di separuh akhir hoki
Antara gembira dan sedih apabila pasukan hoki kita berjaya mengalahkan India, pasukan lebih kuat berbanding Malaysia pada separuh akhir acara kali ini. Namun kegagalan gagal mempertahankan mata pendahuluan ketika peringkat akhir menentang Jepun sehingga terpaksa di bawa ke masa penalti, sedikit menyedihkan. Walaupun pasukan hoki kita agak down setelah tidak berjaya mendapatkan slot automatik ke Olimpik, namun kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan perjuangan mereka semua. Tahniah!



- (Squash) Malaysia vs Malaysia dan kejutan 
Menarik apabila peringkat akhir wanita squash, Malaysia bertemu Malaysia. Nicol David tetap menunjukkan bisanya tidkak pernah hilang, apabila menjuarai squash wanita menewaskan pelapis kita dalam acara ini; Sivasangari Subramaniam! Malahan kejutan turut diberikan pasukan lelaki apabila juga berjaya mendapatkan pingat emas ketujuh negara (ramai tidak menjangkakan ini!). Tahniah!


- Emas keenam pelayar muda
Muda orangnya, baru berusia 16 tahun. Fauzi Kaman Shah mendapat pingat emas keenam negara! 

- Nur Dhabitah Sabri
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan.

Sukan lain seperti Ragbi, pasukan hoki wanita dan beberapa acara lagi juga menampilkan aksi yang baik. Moga kita dapat mempertingkatkan lagi prestasi di masa akan datang.


Duka:

- Olahraga dan Baton 
Ini juga di luar jangka. Kesilapan ketika pertukaran baton menghancurkan harapan kuartet 4x100 meter negara apabila larian mereka dibatalkan ketika aksi final. Pelari pertama, Nixson Kennedy memberikan baton kepada pelari kedua, Jonathan Nyepa di luar zon sepatutnya menyebabkan ia terbatal secara automatik. Jurulatih skuad pecut negara, M Balamurugan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas insiden berkenaan yang disifatkan perkara lumrah dalam acara berganti-ganti. Mereka telah cukup bersedia, namun tiada rezeki kita kali ini. Tak apa, lain kali kita cuba lagi!

- Jufferi  tidak puas hati
Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi pencak silat lelaki akhir kelas E, berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, berikutan rasa tidak puas hati dengan barisan juri yang didakwa berat sebelah. Bukan sahaja menangis memohon maaf, malah dia begitu emosi meluahkan rasa amarahnya. Moga Jufferi lebih bertenang dan ada rezeki lain kali. Insya-Allah. Moga juga semua pihak bersikap lebih telus di kejohanan akan datang. Insya-Allah. Namun acara silat berjaya juga menjadi penyumbang beberapa pingat kali ini. Tahniah!


- Peluncur Skateboard negara dikutuk
Kasihan adik Fatin Syahirah. Akibat rasa gemuruh, dia gagal melakukan yang terbaik dalam sukan skateboard. Video aksinya di Sukan Asia tersebar sehingga dikritik teruk netizen. Moga menjadi pengajaran untuk kita dan semua juga. Kritikan memang perlu untuk kebaikan tapi bukan untuk menjatuh. Malahan ada rakyat Indonesia sendiri memberi sokongan kepada beliau dan lagenda skater dunia juga memberi kata-kata semangat untuk Fatin. Muda lagi awak, dik. Jangan mengalah!

Boleh juga baca tentang Fatin ini di: Tulisan Wan Kedah

- Walaupun kita memang berharap lebih kepada beberapa sukan. Tapi kejayaan mereka melangkah lebih jauh sudah cukup membanggakan! 
Untuk yang berjaya, jutaan tahniah kami ucapkan. Untuk yang gagal, kita cuba lain kali. Berjaya atau tidak tetap kami sayang. Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama. Teruskan perjuangan!

Pingat-pingat Azizul Hasni Awang di Sukan Asia 2018

@/SinarOnline
Kebanyakan gambar di artikel ini milik:
Berita sukan:
Jumpa lagi di acara-acara akan datang terutama sekali di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. Malaysia boleh!


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top