Dominan Itu Dia - Maya Iris (Novel Review)


Dominan Itu Dia - Maya Iris | Sesuatu yang dekat dan memberi first impression yang baik sangat mudah diterima. Begitu juga Novel cinta (penyiasatan); Dominan Itu Dia (DID) ini. Bukan sahaja covernya memancing pembaca, namun bab-bab awalnya juga memikat. Watak polis lelaki yang tegas dan wanita kental disampaikan dengan begitu sederhana. Paling saya puji adalah cara penulisnya; Maya Iris memperkenalkan buku ini kepada khalayak. Itu wajar dipelajari ramai penulis baru.
"Allah menguji pada titik kelemahan seseorang." - Dr. Hazira
Kenapa saya cakap kisah dalam novel ini dekat (boleh related)? Novel terbitan Karya Seni ini membawa isu semasa dan kekinian. Bayangkan sebuah novel cinta yang membawa isu yang selalu kita nampak di facebook dan berita namun cara penyampaian santai dan sangat mudah difahami. Dalam erti kata lain, tak memeningkan. Bab demi bab disusun baik dan jelas jalan ceritanya. Ilmu baru juga berjaya diperolehi tanpa kita sedar. Selain ilmu tentang undang-undang, paling menarik, turut disertakan petikan ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan dan pemahaman.

Sinopsis Dominan Itu Dia:

Klik gambar untuk lebih jelas
Antara isu utama yang diketengahkan dalam novel DID ini:
- Pemerdagangan manusia serta penculikan (Agak emosi apabila sudah bermulanya babak ini terutama apabila melibatkan watak kanak-kanak). Turut dikaitkan mengenai kewujudan Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
- Tentang pedofilia (dalam novel ini ada dialog cara didik anak kecil juga)
- Dark web (Hal ini lebih mudah difahami apabila ditampilkan dengan dialog yang sangat jelas oleh Maya Iris)

Sedikit diselitkan:
- Pengalaman (hampir) kena scam
- Isu kahwin lambat (ternyata semua orang ada ujian masing-masing)
- Dialog menarik Hadid dan Aria berkenaan Zaman Nabi Luth, tentang Qarun dan Islam (pada bab 45 terutamanya)
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. - (Maksud ayat 164 surah Al-An'aam)
Seperti sedang menonton sebuah episod drama SVU: Law and Order, kita seperti tidak puas (tertanya dan mahu kes cepat selesai). Ada sahaja perkara yang membawa kejutan dan kita geramkan. Sebab itu novel ini tidak mampu ditangguh baca apabila sudah mula diselak. Kita akan turut mahu menyiasat (berfikir) dan terasa ingin membantu.

KOPI ARIA DAN MIHUN HADID

"Sekeras-keras besi, lebur dek bara. Sekeras-keras hati, cair dek cinta."

Kisah cinta pula adalah hal tunjang dalam novel ini, pertemuan lelaki setia (ASP Hadid) yang sentiasa ada alasan dalam setiap perkara yang dibuat dengan seorang perempuan (Aria) yang kelihatan kuat di luar namun ada masanya juga, sangat memerlukan, begitu manis ditampilkan. Cukup rencahnya. Sedap sedap rasa begitu (jika boleh memanglah nak babak dua manusia ini dipanjangkan lagi, terutama di akhir cerita, tapi ini pun sudah baik-baik saja, bagi saya. Jika anda nak cari adegan pergi kursus kahwin, beli baju sama-sama atau dialog geli-geli memang tak akan jumpa dalam novel ini).
"Apabila seorang lelaki mengucapkan 'aku terima nikah' bermakna dia berjanji dengan Allah yang dia akan mencintai, menafkahi, melindungi satu lagi nyawa ciptaan Allah." - ASP Hadid.
Watak-watak dalam novel

Berbalik pada watak, jika Hadid dan Aria mempunyai personaliti yang mudah disukai kita, watak Izham pula adalah 'hantu' yang membuahkan rasa kasihan. Kita marah sangat pada beliau, tapi kita tahu dan cuba memahami beliau. Persekitaran dan pengalaman membuatkan dia bertindak di luar kawalan. Apa pun, dalam hidup ini kita tak dapat lari daripada watak pengambil kesempatan seperti Mr. Zed. Antara watak-watak lain yang wujud adalah sejumlah kanak-kanak bijak, Rudi dan beberapa watak lagi.

Jika ditanya saya, saya selesa dan tertarik dengan watak sahabat-sahabat Hadid dan Aria. Support system (selain ahli keluarga, sahabat yang menyokong) sememangnya sangat penting.

Hadid ada dua orang kawan yang memahami situasi beliau; Syafika dan Ikmal. Tidak mengalah dalam menasihati dan sentiasa mudah memberi pertolongan. Manakala Aria mempunyai dua orang kawan yang sentiasa ada dan menghiburkan. Farah dan Faiz. Dialog lucu pun datang daripada mereka berdua ini.

Melalui novel DID ini, kesudahannya kita tahu, pendidikan yang baik mampu menyelamatkan banyak perkara. Manakala dikelilingi manusia yang baik-baik mampu memberi kesan dan makna tersendiri dalam kehidupan kita seharian.
Dominan Itu Dia Goodreads (untuk baca review pembaca lain), di sini:-- /41392282-dominan-itu-dia
------------
Laman media sosial penulis:
Facebook Maya IrisMaya Iris
Instagram Maya Iris@mayairisnovelis
  • Untuk membeli buku ini boleh ke kedai-kedai buku berhampiran / ke facebook: Makcik Karyaseni

Antara karya Maya Iris (Gambar Facebook)
Nota: Buat penulis, Puan Maya Iris, tahniah dan terima kasih untuk sebuah novel cinta & penyiasatan yang mendidik namun agak bersahaja ini. Rasanya dengan 'signature' beliau begini untuk setiap isi novel (cerita tentang isu terkini dan tak klise), pasti novel-novel beliau yang lain juga menarik dan tersendiri. Akhir kata, semoga terus maju jaya!

2 yang menasihati

  1. Anonymous11:41 PM

    Ada berapa bab buku dominan itu dia

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum.. Dlm cerita ni blh sya tahu Spa yg bakal khwin dengan aria.. Hadid atau lutfi?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top