(Dedikasi) Adli Abdullah: bangkit terbang menuju bintang!


Rasa berat jiwa saya apabila mengingatkan kebaikan sahabat seorang ini. Kawan blog saya sejak 2009 (zaman aktif YM dan blogspot lagi, cuma di facebook sahaja mungkin lewat sedikit). 

Apabila ada artikel saya di laman web ILuvIslam keluar atau saya terlibat dengan buku antologi tertentu, beliau ini paling awal tampil memberi sokongan dan menyatakan kepada kawan lain tentang artikel saya. Ya, tulisan saya yang biasa-biasa itu, beliau yang berbakat dalam bidang penulisan ini tidak keberatan untuk menyatakan kepada semua 'ini tulisan sahabat saya, jemput baca'.

Beliau yang juga mahir dalam bidang design dan editing, tidak keberatan untuk berkongsi rezeki dan mempercayai saya dalam tugasan grafik apabila sudi membawa saya untuk bekerjasama dalam hal melibatkan web, photo editing mahupun edit cover photo untuk client beliau.

Beliau yang juga merupakan pemenang saguhati Sayembara Menjejak Cinta 2014 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yadim dan juga mantan Exco penerangan ABIM Melaka ini begitu tenang dan berhikmah orangnya. Terlibat dalam beberapa buku antologi. Malahan tahun 2018 ini menyaksikan puisi beliau ada tersiar di Majalah Tunas Cipta - Edisi Julai 2018. Belum lagi beberapa kali saya lihat puisi beliau tersiar di Majalah Solusi.

Namun, dengan rendah hati beliau pernah beli zine (buku handmade) saya dan kawan-kawan. Saya pernah bertanya bagaimana tulisannya selalu muncul di majalah, dia berkata dia tulis sahaja, ikut kesesuaian terbitan, sudah rezeki! Allah! Kagum hati kecil saya. Malahan dia ada memberi nasihat dan pendapat tentang penulisan saya yang membuatkan saya lebih mahu berusaha untuk terus memperbaiki diri. 

Memetik sedikit biodata beliau (Facebook Adli Abdullah):

Adli yang bersemangat 
"Adli Abdullah atau Khairul Adli Abdullah adalah seorang penulis OKU novel audio TLiNGE, buku dan majalah. Turut bergelar penyair, blogger dan vlogger. Seorang yang dilahirkan normal dan cukup sifat, berasal dari Jasin, Melaka. Merupakan anak kepada sepasang guru dalam subjek Sejarah (ayahnya) dan Matematik (ibunya). Seorang yang tabah dengan penyakit ‘Muscle Dystrophy’ dan ‘Saraf’ yang dialaminya semenjak berumur 10 tahun. Namun, Adli terus bangkit dengan berani dan tanpa putus asa."

Dia ini, dia yang kini telah tiada.

Dia; Adli Abdullah, penulis muda yang perginya terlalu tiba-tiba.


Beliau,
Seorang sahabat yang tidak pernah mengalah dan lelah untuk selalu setia.
Seorang anak yang menyenangkan dan membanggakan ibu dan ayahnya,
Seorang adik yang selalu menggembirakan
Seorang pak cik yang begitu penyayang
dan seorang hamba-Nya yang sangat istimewa.

Saya terkejut menerima berita pemergiannya tempoh hari. Kini, terasa kosong dan lenggang susur masa facebook kerana ketiadaan kata-kata nasihat, semangat mahupun gambar kasih sayang beliau terhadap ahli keluarganya. Namun hanya sebatas doa saya mampu beri. Moga doa saya dan kita semua sampai dan diredhai.

Antara penulisan adli abdullah:

Projek lainnnya adalah:
Sumber; https://play.tlinge.com
TLiNGE adalah kandungan buku audio (audiobook) tempatan. Penerbit yang terlibat termasuk ITBM, DBP, Dubook, Legacy dan banyak lagi yang akan datang. Salah satu cerita yang terkandung dalam aplikasi ini adalah penulisan Adli; Elektro, Kisah adiwira yang bernama Elektro.

Vlogger (dan berbakat juga sebagai editor, pelakon dan pengarah!)

Youtube ChannelAdli Abdullah & Adli Studio



Penyair & pendeklamasi puisi:



Buku Antologi Adli Abdullah:
Antologi Kapsul Nurani, Antologi Kapur Kasut dan Kapur Tulis, Antologi Biru Langit Itu.

IG: @adliabdullah.official
"Dakwah itu ada banyak cabang bukan? Insya-Allah boleh berdakwah dengan menyampaikan nilai-nilai murni Islam melalui novel dan apa jua karya sastera." - Adli
Artikel lain yang pernah menceritakan tentang beliau:- Sinar harian

Antara puisi Adli Abdullah:
Adli Abdullah ™
Novelis OKU @TLiNGE

'Bangkit terbang menuju bintang'

Twitter: @adliabdullah85

*****
Whatsapp terakhir
Akhir kata terima kasih untuk semua sokongan, Adli. Moga awak sentiasa dirahmati.
"Tak semua kita suka boleh terus digenggaman. Sampai masa, harus dilepaskan." - Adli Abdullah, 3 April 2018.
Moga terus menjadi bintang si syurga! Selamat berteman dengan penghuni langit dan bidadari, sahabat. Karya Adli akan terus hidup dalam hati kami. 

*****

Takziah buat keluarga Adli Abdullah. Moga terus kuat mendepani apa sahaja ujian dan dipermudahkan. Juga salam takziah buat keluarga penulis yang meninggalkan kita tahun 2018 ini:
  • Asmar Shah (penulis buku Sekolah Bernama Kehidupan pada 6 April 2018). 
  • Melur Jelita (penulis novel Awak Suka Saya Tak & I Love You, Stupid pada 1 Jun 2018), 
  • Imaen yang juga suami penulis Noor Suraya Adnan (Antara novel Imaen adalah Labyrinth dan Bohemian, meninggal dunia pada 3 Jun 2018)
  • Serta buat keluarga sahabat blogger Zulkarnain Bin Shaari (Carnine9 yang meninggal dunia pada 15 Jun 2018), moga ahli keluarga mereka semua tabah dan sentiasa dipermudah.
Buat semua sahabat yang telah pergi, moga kalian ditempatkan di Jannah Firdausi dan sentiasa dirahmati Ilahi. Al-fatihah.
"Membacalah, maka anda akan mengenal dunia. Menulislah, maka dunia akan mengenal anda." - Jusuf Kalla

1 yang menasihati

  1. Anonymous8:12 AM

    Assalamualaikum anakanda ku Anem Arnamee.. apa khabar?
    Jazakillahu khairan kathiro kerana sudi share tentang arwah Adli.. Kini sudah 4 tahun 4 bulan arwah meninggalkan kita..
    Namum segala kenangan bersama arwah tetap segar dalam ingatan makcik ❤

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top