Seronok! Seperti sedang menjelajah menggunakan mesin masa atau mungkin perasaannya seperti sudah membaca beberapa ringkasan bab dalam naskah ensiklopedia. Banyak ilmu menarik selain menjadi eye opener untuk beberapa isu semasa (yang sebelum ini kita terbaca namun dari sisi berbeza). Hakikatnya buku ini padat, berbaloi dan tidak rumit untuk dibaca.
Tidak berat. Santai dan mudah difahami bahasanya. Sesiapa pun yang walaupun kurang berminat tentang isu semasa, hubungan antarabangsa dan hal-hal geopolitik dunia akan mudah menerima naskah ini.
Tidak berat. Santai dan mudah difahami bahasanya. Sesiapa pun yang walaupun kurang berminat tentang isu semasa, hubungan antarabangsa dan hal-hal geopolitik dunia akan mudah menerima naskah ini.
Antara perkara yang menarik dalam buku ini adalah bagaimana kita perlu belajar daripada negara lain dan alasan kenapa kita perlu mengambil tahu hal di sekeliling kita. Juga pendirian Malaysia dalam beberapa isu.
Antaranya yang diperolehi melalui buku ini:
ASAL USUL NAMA MALAYSIA
Malaysia dalam konsep geografi satu ketika dahulu sama seperti "Asia, "Eurasia" dan "Australasia" merujuk kepada kepulauan Melayu dan tidak merujuk kepada mana-mana entiti politik. Asal usul nama Malaysia diciptakan oleh penjelajah Perancis, Jules Dumont d'Urville (1790-1842) pada tahun 1832 dalam rencana berjudul "Sur les iles du Grand Ocean" (On the Island of The Great Ocean) yang diterbitkan oleh Bulletin de la Societe de Geographie). Beliau mencadangkan supaya Lautan Pasifik Selatan dinamakan sebahagi 'Ocenia" dan dibahagikan kepada 4 bahagian: Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Kecuali istilah Polynesia dan Melanesia, istilah "Oceania", "Micronesia" dan "Malaisie" ialah ciptaan D'Urville. "Malaisie" kemudian diingeriskan menjadi "Malaysia" oleh seorang ahli geografi US, Thomas G. Bradford ada tahun 1835.
Apa-apa pun, Tunku juga yang berjaya merealisasikn projek Malaysia ini. Micronesia, Polynesia dan Melanesia masih digunakan dalam peta dunia hari ini, manakala Malaysia telah dieksklusifkan kepada negara kita.
SUMBER: https://kids.britannica.com |
SEJARAH PENCIPTAAN JALUR GEMILANG (BENDERA MALAYSIA)
Asal ciptaan bendera Malaysia; Jalur Gemilang menampakkan pengaruh negeri asal pereka (Mohamed Bin Hamzah) iaitu Johor (serta diperakui Majlis Raja-Raja pada 23 Feruari 1950) dan (jika diteliti) mempunyai unsur Islam (bulan dan bintang Uthmaniyyah). Jalur Gemilang tidak meniru bendera US, namun bendera US yang menyerap warisan Alam Melayu. Bendera US diilhamkan oeh bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company - EIC), EIC pula diambil daripada umbul-umbul kerajaan Majapahit iaitu "Getih-Getah Samudera" yang mempunyai 9 jalur merah putih.
ISU NEGARA LUAR DAN PENDIRIAN MALAYSIA
SUMBER: https://www.nbcnews.com |
HUBUNGAN KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN
Orang Korea jarang memanggil nama negara mereka sebagai Korea (berasal daripada cara orang Eropah menyebutya iaitu "Goryeo/Koryo"). Orang Republic of Korea (ROK) menamakan negara mereka sebagai Hanguk / Hankuk (Ringkasan perkataan Daehan Minguk yang bermaksud Republik Korea). Manakala Democratic People's Republic of Korea (DPRK) masih menggunakan nama "Joseon/ Choson" (nama penuh DPRK dalam bahasa Korea; Joseon Minjujuui Inmin Gonghwaguk). Jika nak tahu betapa peritnya perang saudara kedua negara ini, boleh menonton filem Taegukgi (2004).
Korea Utara - DPRK (Komunis) | Korea Selatan - ROK (Kapitalis)
Orang Korea sedar negara-negara jiran hanya ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, jadi tanggapan 'jiran jahat' ini membentuk psikologi bangsa Korea yang unik. Iaitu uri (kekitaan) dan han (dendam).
Uri -- adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Sejarah pengalaman pahit membuatkan orang Korea tidak sesekali percaya orang asing. Namun orang Korea boleh menerima orang Korea tidak kira betapa jahatnya; sebab itu betapa agresifnya DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati denga DPRK dan melihat US sebagai pihak yang bersalah.
Han -- Dendam yang terpendam. Mereka merasa telah dizalimi kuasa besar (terutama Jepun) sebab itu mereka menyalurkan perasan dendam kepada perkara berkaitan ekonomi, pendidikan, teknologoi seni dan sukan. Mereka selalu mensasarkan Jepun, sebagai negara untuk diatasi atau untuk dikalahkan.
PERASAAN MALU DAN SEMANGAT JUANG JEPUN
Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Ketakutan terhadap malu ini membentuk displin orang Jepun yang takut untuk buat salah atau melanggar peraturan. Ia juga membakar semangat agar buat yang terbaik supaya tidak menjadi malu.
"Sabar menanggung malu serta berusaha untuk mengembalikan kehormatan Jepun." - Maharaja Jepun ketika itu; Hirohito.
NASIONALISME CHINA
Melalui filem-filem IP Man misalnya (Jepun dan British diberi watak jahat kerana mereka mempunyai tempat khas dalam memori orang China). Melalui dialog-dialog ditonjolkan hal tersebut; monolog Ip Man sebelum naik ke pentas misalnya, "Beza antara orang China dan orang Jepun ialah orang China tidak sesekali menggunakan kekerasan untuk menindas orang lain." Dia membiarkan watak Miura dalam cerita tersebut malu kekalahan (humiliation in defeat). Untuk menunjukkan ketinggian moral orang China. (Hampir menyamai konsep Konfusianisme bernama yide baoyuan; iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan).
Seterusnya dalam Ip Man 2 pula, kata-kata Master Hung berbunyi; "Jangan biarkan 'hantu" (merujuk kepada Mat Saleh) memandang rendah terhadap kami!" Sekali lagi Ip Man tidak membunuh lawannya, Twister walaupun beliau telah membunuh Master Hung. Timur telah mengatasi Barat juga pada akhir perlawanan.
PERANG SAUDARA ASIA BARAT
SUMBER; https://al-bab.com |
Syria, Iraq dan Lubnan mengalami perang saudara tidak berkesudahan. Umat Islam harus mencari penyelesaian, utamakan kedamaian, ketepikan ketamakan, bijak mengawal ego, beradab serta berbatas dalam berpolitik. Kita perlu berusaha untuk mengubah nasib umat. Moga kita juga tidak mudah menjadi mangsa kuasa besar dunia.
LAIN-LAIN PENGISIAN DALAM BUKU INI
- Tentang cara fikir Trump dan banyak pemimpin negara lain di dunia sebelumnya.
- Hal hubungan Malaysia dengan China, Rohingya dan Korea Utara. Juga ada diceritakan sedikit tentang Syria, Jepun, Palestin dan Turki. Serta banyak lagi.
Antara quotes menarik dalam buku ini:
"Kalau mahu mengubah keadaan China, kita harus "taoguang yanghui". Bertenang, bertenang dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa yang sesuai." - Deng Xiaoping, pemimpin tertinggi China ketika itu (pada 28 April 1992). Barat menterjemahkan "taoguang yanghui" antaranya bermaksud "Hide our capabilities and bide our time."
KENAPA PENTINGNYA DASAR LUAR (HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN), PERLU KITA AMBIL TAHU?
Tanpa dasar luar yang mantap, keselamatan negara tidak akan terjamin. Tanpa hubungan baik dengan rakan dagang, ekonomi Malaysia tidak akan makmur. Keharmonian ini yang perlu kita jaga dan pertahankan. Belia perlu faham isu ini supaya kita terus melakar kemajuan dan halatuju dalam sistem antarabangsa, kerana itu hubungan dengan pihak lain harus terpelihara.
KEKUATAN MALAYSIA
Diplomasi adalah kekuatan Malaysia. Kita menekankan taktik-taktik diplomasi seperti perundingan, pembinaan pakatan dan imbangan kuasa. Melalui segala aspek, inilah kekuatan kita. Jati diri ini yang membezakan kita dengan kebanyakan negara lain. Moga generasi kini dan masa depan meneruskan legasi ini.
"Malaysia ia a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it."
Ilmu adalah kuasa. Bahasa adalah simbolik. Geografi adalah takdir.
Perkongsian penulisan Saudara Ayman Rashdan Wong ini buat kita berfikir betapa pentingnya ilmu dalam diri, kuasa dalam memimpin dan belajar daripada sejarah.
[Ayman Rashdan Wong yang banyak menulis isu antarabangsa dan berkaitan isu semasa ini kini bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Tadbir Dilomatik dan merupakan siswazah International Relations (IR) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Malahan beliau telah habis membaca beratus buah buku berkaitan IR. Di akhir buku ini beliau berpesan supaya jangan berhenti belajar dan jangan merasa angkuh dengan ilmu yang dimiliki]
Facebook Ayman Rashdan Wong: Ayman Rashdan Wong
Beli buku Ayman Rashdan Wong di The Patriots - thepatriots.store
1 yang menasihati
Baguslah blogger dan blog masih wujud.. Dapat jugak baca ulasan buku ni.. Dah tak banyak orang tulis blog sekarang..
ReplyDeleteTerima kasih Cik Anem..
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.