KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian secara tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara kerana tindakan terbabit berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan berkaitan dakwaan mangsa menerima panggilan kosong, dirakam suaranya dan suara itu digunakan melalui aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi menipu kenalan mereka.
"Bagaimanapun, orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati dan digalakkan untuk tidak menyebut maklumat peribadi ketika menerima panggilan mencurigakan serta membuat pengesahan dengan talian rasmi sekiranya menerima panggilan yang mendakwa melibatkan pihak berkuasa atau institusi kewangan.
"Sebarang panggilan atau mesej meragukan hendaklah segera dihentikan dan dilaporkan kepada polis," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur berkaitan taktik terbaharu penipuan.
Zara Qairina Mahathir iaitu pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Berikut adalah kronologi berkaitan kes ini:
16 Julai:
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 3 pagi. Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
17 Julai:
Zara Qairina disahkan meninggal dunia dan kemudiannya dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.
18 Julai:
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan memberi ruang kepada pihak terbabit menjalankan siasatan tanpa gangguan.
21 Julai:
Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya. Wanita itu mendedahkan kali terakhir melihat anak tunggalnya adalah semasa program gotong-royong sekolah pada 12 Julai.
28 Julai:
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut. Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang dan mengelakkan spekulasi.
30 Julai:
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, sama ada oleh dirinya atau isteri, Cikgu Rosnih Nasir iaitu bekas pengetua sekolah yang berkhidmat dari 20 Mac hingga 22 November 2024, sebelum bersara. Beliau menyifatkan dakwaan yang dibangkitkan di Parlimen sebagai tidak berasas dan merosakkan reputasi.
31 Julai:
Polis mengesahkan mereka berada di peringkat akhir siasatan. Pesuruhjaya Jauteh Dikun berkata kertas siasatan diserahkan kepada Bukit Aman untuk semakan akhir sebelum dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Seramai 60 individu direkod keterangan.
1 Ogos:
Ibu Zara Qairina memohon mayat anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan, demi mendapatkan jawapan dan keadilan. Peguam diarah memulakan proses undang-undang bagi penggalian semula mayat.
6 Ogos:
Peguam yang mewakili ibu mangsa menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi, yang boleh menyebabkan tekanan kepada keluarga dan mungkin membawa kepada akibat jenayah.
AGC memulangkan laporan siasatan awal kepada pihak polis dengan arahan melengkapkan siasatan. AGC menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berkongsi imej kanak-kanak yang didakwa terbabit kes itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memberi amaran bahawa penyebaran kandungan yang tidak tepat boleh menjejaskan siasatan dan menafikan keadilan.
7 Ogos:
Ibu Zara Qairina akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman audio perbualan antara dirinya dan arwah anak perempuannya, kepada polis untuk membantu siasatan.
Kementerian Pendidikan membuat lebih 10 laporan polis berhubung penyebaran hantaran dan video yang mengelirukan berkaitan kes itu, dengan alasan kebimbangan terhadap potensi gangguan awam yang ditujukan kepada guru dan pelajar.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis untuk memastikan siasatan teliti. SKMM turut memberi amaran terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.
Ibu Zara Qairina memberi keterangan di balai polis Sipitang.
Kementerian Pendidikan memberi jaminan kepada ibu bapa mengenai komitmen meningkatkan keselamatan di sekolah berasrama, dengan menyatakan bahawa 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negara ini kekal menjadi pilihan utama keluarga.
8 Ogos:
AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
9 Ogos:
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.
Prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Proses menggali semula mayat Zara Qairina bagi prosedur bedah siasat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.
Penggalian semula kubur mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam.
Jenazah Zara Qairina Mahathir dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan tiba pada 10.30 malam.
10 Ogos:
Proses bedah siasat bermula pada kira-kira 11 pagi.
Empat pakar patologi menjalankan bedah siasat termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
Peguam, tiga polis turut memerhati proses bedah siasat Zara Qairina.
Peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina menafikan jeritan meminta tolong dalam sebuah video yang tular di media sosial adalah suara arwah.
Peguam turut menafikan ada membuat kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.
Prosedur bedah siasat selesai sebelum jam 8 malam.
11 Ogos:
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selamat dikebumikan semula di tanah perkuburan sama jam 1.15 pagi.
Pengebumian semula jenazah Zara dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang mengambil masa selama setengah jam selepas prosedur bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE), selama lapan jam, semalam.
Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara meninggalkan HQE pada jam 9.20 malam dan tiba di tanah perkuburan di sini jam 12.41 tengah malam.
Walaupun hujan, ia tidak menghalang orang ramai termasuk keluarga dan kenalan Zara menunggu di sekitar kawasan perkuburan sehingga pengebumian selesai.
Klik untuk lebih jelas
Berkaitan Laporan Bedah Siasat Zara Qairina
Peguam, Shahlan Jufri berkata, Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada 'tangan-tangan' tertentu, semua itu tiada.
"Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk dengan semua prosedur yang diperlukan," katanya ditemui pemberita di pekarangan HQE, di sini, malam tadi.
Katanya, setelah proses bedah siasat siap, laporannya akan disediakan oleh pasukan forensik dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.
Mengenai berapa lama laporan itu boleh disiapkan, beliau berkata, perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat, namun paling lewat boleh sampai dua bulan.
"Kalau tanya proses itu berapa lama, saya tidak tahu dengan tepat. Biasanya, paling cepat atau paling minimum mungkin dalam tempoh tertentu, tetapi paling lambat mungkin dua bulan.
"Ini kerana ia membabitkan beberapa orang pakar dan semua pakar ini akan berbincang sebelum memuktamadkan post-mortem report itu," katanya.
Mengulas mengenai perjalanan bedah siasat, Shahlan berkata, beliau melihat sendiri doktor memeriksa jenazah arwah Zara secara menyeluruh.
"Di dalam bilik forensik, doktor itu saya tengok macam mana dia (jenazah arwah) diperiksa, diperiksa secara menyeluruh.
"Beberapa orang anggota polis juga masuk, tetapi yang masuk ke dalam bilik bedah hanya saya dengan pasukan forensik. Sebab memang itu keinginan keluarga arwah Zara.
"Saya berada di situ dari jam 11 pagi sampai jam 7.30 malam tadi. Kalau tanya berapa lama periksa post-mortem bagi keluarga, saya tidak pasti sebab bergantung kepada pihak berkaitan," katanya.
Beliau berkata, proses bedah siasat jenazah arwah Zara dijalankan empat orang pakar, termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun.
Katanya, mereka dibantu jurufoto forensik dan jurufoto polis.
Selepas selesai bedah siasat, jenazah arwah Zara dihantar semula ke Sipitang untuk dikebumikan semula di lokasi yang sama.
Al-Fatihah buat Zara Qairina. Moga kes ini dapat pembelaan sewajarnya dan moga Allahyarham Zara Qairina ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Tragedi di Gerik, Perak pada 11 Mei 2025 telah menganggu emosi seluruh negara yang menangis di Hari Ibu. Seekor anak gajah mati dilanggar lori, manakala ibunya enggan berganjak, setia menunggu di lokasi kejadian sehingga lebih lima jam.
Gajah bukan sahaja haiwan pintar, malah penuh empati. Induk dan anak gajah hidup dalam kumpulan matriaki rapat dan saling menjaga, membantu yang lemah serta menunjukkan kesedihan apabila kehilangan.
Haiwan mungkin tidak memahami kematian sama seperti manusia tetapi gajah secara spesifik sering memperlihatkan apa yang tampak bagi manusia sebagai gejala kesedihan dan duka apabila berhadapan dengan kematian.
Insiden tragis seperti ini bukan yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir. Mari kenali serba sedikit sifat mamalia daratan terbesar di Asia ini. Semoga penyelesaian dalam mengurangi konflik antara manusia dan haiwan dapat segera kita capai.
Semoga kejadian pukul OKU di Terengganu tidak lagi berulang. π’
Sabar itu indah, jangan tergesa-gesa untuk bertindak. Jangan biarkan amarah menguasai diri hingga kita terlupa untuk berbincang dengan tenang. Ingatlah, tindakan tergesa-gesa tanpa pertimbangan boleh membawa padah yang tidak diingini.
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
Berkongsi gambar/video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu [Akta Kanak-Kanak 2001].
Penyiaran gambar dan maklumat peribadi kanak-kanak dalam media massa melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.
Untuk anak-anak murid di sekolah bawah cikgu pula:
KPM dah keluarkan surat siaran mengenai kebenaran ibu bapa untuk post gambar/video anak. Maksudnya, guru memang tak boleh la nak suka2 hati pos gambar/video budak lepas ni.
WASHINGTON – Tupperware Brands Inc (Tupperware) dan beberapa anak syarikatnya memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11, kata firma bekas penyimpan makanan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat itu berkata, ia akan mendapatkan kelulusan mahkamah untuk terus beroperasi semasa prosiding kebankrapan.
Iajuga akan mendapatkan kelulusan untuk proses penjualan bagi perniagaan itu untuk melindungi jenamanya
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat telah terjejas teruk oleh persekitaran makroekonomi yang mencabar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laurie Ann Goldman.
Syarikat peralatan dapur yang selama beberapa dekad menguasai dunia penyimpanan makanan itu, sejak 2020 telah memberi amaran tentang keraguan dalam keupayaannya untuk kekal dalam perniagaan, lapor akhbar The Straits Times.
Sehingga Jun 2024, ia telah merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memberhentikan hampir 150 pekerja.
Pemfailan muflis di Delaware, AS itu dilakukan berikutan rundingan selama berbulan-bulan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai cara mengurus lebih daripada AS$700 (RM3 bilion) juta pinjaman.
Pemiutang telah bersetuju untuk memberinya sedikit ‘ruang bernafas’ pada hutang itu tetapi perniagaan terus merosot.
Pengasas Tupperware, Earl Tupper pada tahun 1946 memperkenalkan produk plastiknya kepada orang ramai, dan seterusnya mematenkan pengedap kedap udara fleksibel mereka.
Tupperware ini salah satu kekuatan mereka mak cik mak cik sebenarnya. Dulu selalu mak cik mak cik berkumpul untuk menjual tupperware. Duduk ramai ramai, keluarkan satu satu jenis. Close sales dekat situ juga.
Sekarang mana ada orang buat begitu lagi, perubahan budaya. Orang ramai beli online.
Kedua sudah semestinya lambakan produk yang sama seperti tupperware, tetapi dengan harga yang lebih murah. Banyak dah sekarang, dekat kedai RM 2 pun ada. Banyak dah yang berkualiti.
JPJePlate adalah standard nombor plat baharu yang akan digunakan untuk semua kenderaan bermotor di Malaysia.
Buat masa ini, pelaksanaannya adalah buat semua EV yang berdaftar selepas 9 September 2024 dan pemilik EV sebelum itu boleh mendapatkannya bermula November 2024.
JPJePlate terdiri daripada beberapa komponen iaitu:
➡️ JPJePlate depan
➡️ JPJePlate belakang
➡️ Pelekat pengenalan berkuasa RFID
➡️ Skru keselamatan
Plat JPJePlate itu sendiri mengandungi banyak ciri keselamatan untuk mengelakkan penipuan. Antaranya adalah :
Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam berikutan penularan wabak mpox semasa di beberapa negara Afrika, dengan kes terbaharu dilaporkan di Eropah dan Asia.
Virus mpox yang turut dikenali sebagai cacar monyet menunjukkan peningkatan trend kes baharu terutamanya di Republik Demokratik Congo dan seluruh benua Afrika.
Mpox merupakan sejenis jangkitan disebabkan virus mpox, iaitu spesies di bawah genus Orthopoxvirus.
Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox, selain boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.
Antara tanda dan gejala jangkitan MPox
✅ Ruam timbul berisi cecair di seluruh badan
✅ Demam
✅ Keletihan
✅ Sakit kepala
Gejala biasanya bermula dengan demam.Selepas 1-3 hari ruam muncul di muka, tangan dan kaki diikuti bahagian lain pada tubuh dalam tempoh 24 jam.
Ruam lebih banyak tertumpu pada muka dan juga boleh didapati di seluruh badan termasuk dalam mulut, kemaluan dan selaput mata.
Beza mpox dgn chicken pox , biasanya ruam mpox lagi sakit (sebab bernanah) dan tak gatal berbanding ruam chicken pox yang gatal tapi tak sakit.
Ruam mpox muncul semua sekali manakala chicken pox dia perlahan lahan muncul. Sebab itu untuk chicken pox , ada saja biji air yang lama dah ada dah pecah, ada ruam yang baru muncul.
Dan Mpox symptom dia lagi lama, boleh sampai 2-4 minggu, berbeza dgn chickenpox orang akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu.
Sekiranya ada tanda tanda mpox, tolong dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
KKM menasihatkan individu yang ingin melawat ke negara yang melaporkan terdapat kes mpox agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan mengelakkan aktiviti berisiko, manakala semua pengembara yang tiba dari negara berkaitan dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.
Malaysia dah mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan isu Mpox ini.
Bilik Gerakan MPox di CPRC Kebangsaan (dah aktif sejak 16 Ogos 2024)
2/ 'Sentinel surveillance' di pintu-pintu masuk negara secara imbasan suhu (thermal scanning) atau visual (dah aktif sejak 16-22 Ogos 2024)
3/ 13 makmal yang mampu lakukan ujian pengesanan mpox (8 kerajaan dan 5 private)
4/ Pengedaran pekeliling dan garis panduan kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta termasuk di kawalan sempadan sebagai persediaan.
5/ Kenyataan media berterusan. Kali terakhir pada 18 Ogos 2024.
6/ Kempem kesedaran awam oleh KKM melalui media sosial setiap hari i.e. kaedah mengenalpasti simptom dan cara pengurusan jika disyaki menghidap penyakit mpox.
π P/s: Setakat ini, tiada kes baru di Malaysia dikesan.
πRujukan: Sidang media YB @DrDzul pagi tadi di majlis penyerahan Hospital Dungun
A lady has been trapped in an 8-metre sinkhole after it opened up in front of Jalan Masjid India, near the Malayan Mansion, in Kuala Lumpur at 8.22am today (23 August 2024).
A search and rescue operation for the 48-year-old is still underway by the JBPM.
The woman who fell into a sinkhole near Masjid India is believed to have been swept away by strong underground currents.
"There is a strong water current that flows to the end of the road.
"We've covered the area, but she has not been found," says KL police.
KL Police Chief Rusdi Isa says that various factors need to be considered, including the underground gas conditions.
"Right now, the operation is proceeding in stages, and discussions are ongoing with Indah Water and relevant agencies regarding the infrastructure plan."
I've been informed that if we close any pipes or drains, it could potentially cause flooding in the area," adds Rusdi.
The victim, along with several family members, had been visiting Malaysia for nearly two months and was planning to fly back to India tomorrow.
.
Based on the closed-circuit television footage at the scene, the woman was seen walking before suddenly falling near a concrete bench.
A man was also seen nearly falling but managed to save himself in time.
Update (ii):
❗ Slippery soil incident in Jalan Masjid India, KL: ❗
πΈ The search and rescue operation was suspended at 12.30 midnight and resumed at 9 am tomorrow (24 August 2024).
πΈ Slippers believed to belong to the victim were found at about 8.30 am by the fire brigade after receiving an emergency call
Akhirnya, pada 23 Julai, Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Mari kita lihat bagaimana kes buli dan jenayah buli dan bunuh terhadap Zulfarhan Osman Zulkarnain ini terjadi!
Kronologi kes Zulfarhan Osman Zulkarnain
Sebuah laptop hilang di UPNM. Khidmat bomoh digunakan untuk mengesan siapa pencuri laptop itu. Nama arwah disebut bomoh itu.
13 Mei 2017
Zulfarhan dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya. Mangsa tak mengaku.
20 Mei 2017
Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.
Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.
27 Mei 2017
Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.
30 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua suspek yang membulinya.
1 Jun 2017
Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Zulfarhan dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.
14 Jun 2017
Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.
Bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.
14 Ogos 2017
Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.
.....
29 Januari 2018
Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.
23 Januari 2018. Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru.
Saksi memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.
.....
Jun 2019
Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.
8 Julai 2019
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.
31 Julai 2019
Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.
Pertuduhan terhadap enam tertuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Baki 12 yang lain pula dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Susulan itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.
Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.
2 Oktober 2019
Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan membela diri. Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.
.....
8 April 2021
Pembelaan menutup kes.
29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan.
2 November 2021
Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.
Seramai 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat.
Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
12 lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun.
.....
3 Januari 2024
Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.
Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka. Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau 'mengharamkan' keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki UPNM.
14 Mei 2024
Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu berkenaan.
Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.
Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.
Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya.
Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.
16 Mei 2024
Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
23 Julai 2024
Hukuman penjara 18 tahun ditolak, 6 tertuduh digantung sampai mati
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.
"Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Senarai nama tertuduh kes Zulfarhan:
1) Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
2) Muhammad Azamuddin Mad Sofi
3) Muhammad Najib Mohd Razi
4) Muhammad Afif Najmudin Azahat
5) Mohamad Shobirin Sabri dan
6) Abdoul Hakeem Mohd Ali (mastermind)
Lagi 12 tertuduh yang sebelum ini dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi, kini dihukum penjara 4 tahun. S 330 KK.
12 tertuduh ini masih belum dipenjarakan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail menyifatkan kes Zulfarhan Osman merupakan satu kes yang bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Terima kasih daripada rakyat Malaysia kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan (gambar tengah) dan Hakim Datuk Azmi Ariffin kerana memberikan keadilan yang sewajarnya kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman.
Adakah tertuduh kes Zulfarhan masih boleh merayu?
Ada satu peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan lagi.
Kemudian permohonan untuk penggantian hukuman gantung.
Kemudian rayuan untuk Pengampunan Diraja.
Barulah tertuduh boleh digantung jika masih kekal hukuman gantung selepas selesai peringkat Pardon Board.
Moga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Moga keluarga beliau sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan. Al-Fatihah.