Merawat Sakit belakang dan punca | Dalam ruangan Sihat A'fiat, Majalah Solusi Isu 72, Left. (Dr) Ahmad Faidhi Mohd Zaini menceritakan tentang Sakit Belakang.
Punca sakit belakang. Mengapa?
Perlbagai puncanya. Umumnya jika belia; berpunca akibat unsur mekanikal yang mana otot atau tulang tercedera lantaran aktiviti dan gaya hidup yang 'tidak mesra tulang belakang'. Kesakitan juga akan berlaku apabila angkat barang pada postur yang salah sehingga otot atau ligamen belakang menjadi terlalu tegang, terseliuh atau kejang. Lebih parah jika kecederaan melibatkan cedera tergelincir yang akan menghimpir saraf belakang.
Selain itu penambahan beban yang mendadak juga mengakibatkan kecederaan atau keletihan otot belakang yang mengakibatkan sakit belakang.
Bagi mereka yang berumur pula, kebanyakan punca sakit belakang akibat penyusutan cakera vebreta dan tulang belakang. Risiko ini seiring peningkatan umur. Semakin berumur, kekuatan tulang dan keanjalan otot berkurang.
Cakera vebreta yang menjadi pelapik tulang belakang juga kehilangan cecair dan fungsinya untuk menyerap hentakan antara tuang vebreta. Antara penyumbang kepada sakit belakang degenatif juga adalah osteoporosis (tulang reput) dan osteoartitis (radang tulang).
Jika kanak-kanak, kes sebegini kerap berlaku terutamanya apabia mereka mengangkat beg yang sangat berat mengandungi buku-buku. Perkara yang sama berlaku kepada wanita mengandung yang bertambah berat dalam masa singkat dan golongan obes.
Antara tanda sakit belakang semakin serius:
Demam berpanjangan, hilang kawalan kencing, sakit apabila batuk, lemah dan sakit mencucuk pada kedua-dua belah kaki. Perlu segera mendapatkan nasihat doktor.
7 Tips Elak Sakit Belakang
- Postur berdiri (elakkan berdiri dalam masa yang lama)
- Postur duduk (Semasa duduk pastikan lutut dibengkokkan, bukannya belakang dan kaki selari dengan lantai. Seeloknya gunakan kerusi yang ada sandaran tangan dan tukar posisi setiap beberapa minit, terutamanya semasa menaip atau selepas lama memandu)
- Postur tidur (Lebih baik tidur di sebelah sisi, kanan atau kiri. Sunnah mengiring ke sebelah kanan)
- Angkat barang (Bengkokkan lutut, bukannya belakang jika mengangkat barang. Angkat dan bawa barang dekat kepada badan. Berdiri tegak, jangan bongkok dan berpusig pada masa yang sama. Gunakan beg galas belakang, berbanding beg galas sisi jika membawa barang)
- Bersenam (Buat regangan gerakkan anggota badan misalnya, berjalan, berenang dan berbasikal amat baik untuk menguatkan otot belakang yang menyokong tulang belakang. Senaman yang betul boleh menghilangkan sakit belakang bagi penghidapnya)
- Kurangkan berat badan
- Jangan merokok (Kajian mendapati perokok mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami sakit belakang akibat kemerosotan tulang belakang (degeneraive spin disease). Jika ditambah dengan masalah kolestrol tinggi, maka lebih berisiko mengalami lumbar spondylosis. Kecederaan ini berlaku kerana rokok dan kolestrol mengurangkan aliran darah ke tulang dan otot belakang.
hafizmohd.com/ | visual.ly |
Merawat Sakit Belakang
- Berehat daripada aktiviti fizikal buat beberapa hari supaya sakit makin berkurang.
- Jika bengkak dan kepanasan pada peringkat awal, tuam dengan ais / air sejuk hingga surut.
- Selepas 2-3 hari kurang panas, boleh gunakan tuam panas (air suam atau warm pack) pada bahagian yang masih bengkak.
- Tidur dalam keadaan mengiring. Namun jika perlu tidur menelentang, boleh lapikkan bantal atau selimut di bawahnya.
- Dapatkan pelega kesakitan berbentuk pil seperti paracatemol, atau ibuprofen, ubat sapu atau pelekat analgesia.
- Selepas seminggu dua sakit surut, disyorkan memulakan senaman bagi menguatkan otot di sekitar badan dan abdomen.
- Jika sakit masih berlarutan, usah ragu-ragu untuk dapatkan pandangan doktor untuk meneliti masalah yang lain.
Untuk semua, jaga kesihatan baik-baik.
Rujukan lain yang mungkin berguna:
1 yang menasihati
Anem ada sakit belakang ke T^T
ReplyDeletep/s : this is sederhanaindah heeee
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.