Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Tutorial) tulisan belakang objek | Snapseed: Text behind image


Edit tulisan belakang objek | snapseed text behind image (Tutorial): Di twitter baru-baru ini ramai yang menawarkan untuk sunting (dibaca: edit) letak tulisan di belakang daun / gambar (kebanyakannya merujuk wallpaper gambar daunlah). Jadi saya pun mencuba dan ternyata menarik dan menyeronokkan. Menggunakan aplikasi suntingan gambar Snapseed, bukan sahaja daun, gambar apa pun boleh digunakan sebenarnya. Cuma memerlukan tools "text", perkara ini insya-Allah mudah dilakukan.

Baik, di bawah ini saya menyediakan tutorial  letak / edit / sorok tulisan belakang gambar / objek menggunakan Snapseed. Bagaimana caranya?

1. Anda perlu install aplikasi Snapseed. (Android | IOS )
2. Anda perlu ada background / wallpaper / gambar untuk kita letakkan atau sorokkan tulisan (dibaca: text) padanya nanti. Cara letak text? Pilih tools -text - double tap pada gambar dan tulis, jangan lupa klik simbol "right" pada kanan untuk sahkan pilihan.


Gambar 1: Tutorial letak tulisan belakang gambar (Snapseed)
3. Dah tulis dan sahkan text anda? Rasa dah puas hati dengan warna dan jenis font, jangan lupa klik simbol atas sebaris "Open", di kanan itu, pilih "View Edits", kemudian pada text, pilih yang di tengah.

Gambar 2: Tutorial letak tulisan belakang gambar (Snapseed)
 4. Kemudian jika tiba-tiba tak nampak gambar, anda perlu goreskan (lalukan jari anda) pada skrin, tadaa! Anda akan nampak tulisan. Mulakan edit (sorok / hilangkan) text dengan cara zoomkan sedikit, dan ikut kreativiti anda bagaimana mahu buat tulisan lebih menarik di belakang objek. (Nilai "100" untuk nampakkan tulisan, manakala "0" untuk hilangkan semula beberapa bahagian). 
5. Akhir sekali jangan lupa sahkan (klik tanda "right") dan simpan dengan klik pada export dan save!



Gambar 3: Tutorial letak tulisan belakang gambar (Snapseed)

Tadaa! Dah siap!


Wallpaper bunga / daun saya dapat daripada: @nikmohdshariff 


Mudah bukan? Jika masih pening dan kurang jelas, boleh lihat video tutorial di bawah. Moga bermanfaat dan selamat mencuba!




Antara tutorial rujukan: 


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top