Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Review) Zine-zine puisi dan prosa Terbitan Langit


Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca zines (/ziːn/ ZEEN; short for magazine or fanzine) kawan-kawan yang saya suka (dibeli menerusi Penerbitan Langit) ini. Zines tersebut terdiri daripada Masyarakat TV (Sue Emoqwin), Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar), Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan), Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah) dan Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M). Di bawah ini saya kongsikan ulasan ringkas dan pautan karya lain penulis. Moga bermanfaat!

Masyarakat TV (Sue Emoqwin)

Gambar: goodreads.com
Banyak kritikan sosial, jujur dan kadangkala agak kontradiksi dalam Masyarakat TV ini. Penulis cerita yang sangat kreatif, dan di luar kotak. Plot twist dalam cerita-cerita Sue Emoqwin ini benar-benar mengikat saya. Membaca karya sedap begini rasanya jauh lagi saya nak jadi penulis prosa / cerpen yang baik. Sungguh, beliau bebas dan sangat menjadi diri sendiri dalam setiap cerita.

Karya pilihan:
- Memori Untuk Dijual (bayangkan jika ada kenangan yang kita tak nak dan kita boleh jual?)
- Perutku Balang Kaca Berisi Ikan Emas (Saya melihatnya tentang self-love & kasih sayang ayah)
- Antihero

Wattpad Sue Emoqwin: @emoqwin

Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar)

Gambar: goodreads.com
Finn memang seorang yang puitis. Patah perkataan dalam Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak yang dipilih kelihatan begitu berhati-hati dan romantis. Seolah terikat juga dengan kenangan, kita dapat berjalan bersama rasa yang wujud dalam puisi-puisi beliau.

Karya pilihan:
- Sajak Tidak Bertuan (Sajak sedap ini menyentuh tentang pilihan)
- Ada Doa Syurga Tumbuh Dari Rahimku (manis betul Finn buat catatan ni, untuk anak beliau)
- 9 11 2014 01309

Wattpad Finn Anuar: @FinnAnuar

Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan)

Gambar: goodreads.com
Penulisannya agak rebel dan kadangkala begitu berani dan jujur. Seolah begitu banyak yang terpempan dalam dadanya. Jiwa mudanya seakan tidak boleh lagi ditahan-tahan.

Masih banyak yang boleh dicantikkan lagi dalam Kaca Mencari Ikan ini namun tetap masih banyak yang menarik. Berbanding puisi, saya lebih suka beliau menulis cerita / prosa. Sedap! Teruskan menulis, Aliff apa pun!

Karya pilihan:
- Gadis dan Bulan (Menarik jalan ceritanya, Aliff ni benar-benar banyak idea dan kreatif)
- Awan Menelan Namaku (Ini tentang perjuangan; suka saya kalau awan terus suka apa dia suka)
- Teks di Lapangan

Wattpad Aliff Awan: @penaip_awan

Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M.)


Menelusuri zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (*KYKK) ini sahaja kita dapat melihat ketegasan dan sifat kelakar penulis (orangnya juga manis!). Tidak hanya berkongsi kisah lalu yang sedih, beliau juga menyelitkan beberapa kritikan (seperti  Tuhan di Arasy Twitter misalnya). Seorang yang sangat jujur dalam karya beliau, membawa saya sama mengingati beberapa kenangan diri sendiri.

Karya pilihan:
- Aku Akrab Denganmu Setelah Melihat Kau Menangis (pandangan pertama yang berjaya; sebab ini puisi pertama dalam zine ini, terus menangkap perhatian saya - untuk habiskan baca)
- Cuma Dahan (Terasa benar jiwa saya membacanya. Adakah saya seorang yang sendu?)
- Syaitan Yang Membeli Neraca

Wattpad Enol Ma: @enol_ma

(KEMASKINI: Zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan sudah ada di goodreads: https://www.goodreads.com/book/show/43729520-ketiadaan-yang-kunamakan-kebiasaan. Selain itu ada beberapa ulasan tentang zine ini melalui hasil carian di google dan twitter, juga pautan di google books). 

Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah)

Gambar: goodreads.com
Seorang yang dikenali sebagai penulis sentimental yang positif dan berjiwa romantik, patah kata beliau membawa kita untuk sama mengimbau, namun banyak karya dalam Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang  ini mengingatkan kita untuk menerima dan move on. Penulisan beliau tenang dan begitu bersahaja.

Karya pilihan:
- Sesudah Tak Sehaluan (Santai tapi sampai, bahasanya tenang tapi rasanya ada)
- Pada Akhirnya (Mesejnya jelas tentang redha. Biar larut, jangan hanyut.)
- Usah KauDatang

Blog SederhanaIndah: https://anatomijiwa.blogspot.com/

*****

Sekian perkongsian. Jika mahu mendapatkan zine yang menarik seperti di atas ini boleh terus kunjungi sendiri profil Penerbitan Langit:

Facebook: Terbitan LANGIT
Instagram: @terbitanlangit
Twitter: @langitofficial



Menerbitkan zine & buku | Menyediakan perkhidmatan untuk mencetak zine & buku | Mengendalikan bengkel & acara.


PROGRAM BUKU AKAN DATANG (2019):

- Pesta Buku Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam pada 28 Februari - 10 Mac 2019 bermula jam 10 pagi - 9 malam (Sabtu dan Ahad berakhir 10.30 malam.)

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Mac - 7 April 2019 bermula 10 pagi hingga 9 malam.


"Membaca bukan hobi tapi keperluan!" - Anem Arnamee


2 yang menasihati

  1. Suka kata-kata Anem tu, "membaca bukan hobi tapi keperluan." Selepas ini, saya pun kenalah juga banyak membaca. Banyak buku-buku yang best-best tak baca lagi. Nak kena cari jugalah buku-buku yang anem ulaskan ni. =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi perkara hebat yang akan memberi kesan kepada pengguna tetapi kami boleh memanfaatkan ini lazada voucher

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top