Berikut adalah catatan perkongsian tentang buat sesuatu ikhlas kerana Allah (Oleh Ustaz Elyas Ismail) dan beberapa catatan daripada nota lain. Moga bermanfaat buat semua, insya-Allah. Jika ada pembetulan atau penambahan boleh tambah di ruangan komen.
Buat sesuatu kerana Allah. Taqwa adalah rasa takut dan tak perlu diingatkan kerap. Amanah dan taat perlu ada rasa dalam diri.
Buat sesuatu kerana Allah. Taqwa adalah rasa takut dan tak perlu diingatkan kerap. Amanah dan taat perlu ada rasa dalam diri.
- Memberi harta, akan dapat syurga.
- Taqwa; bakti dan tunduk. Bersihkan diri daripada dosa
- Beramal, berilmu dan sampaikan pada yang lain.
- Jiwa kena besar jika amal kerana Allah.
- Kena ikhlas diri sebagai kawan, sebagai anak, sebagai suami atau isteri.
- Orang ikhlas jiwa bebas.
- Orang terpaksa dia tersiksa.
Sedekah yang afdhal:
- Disembunyikan
- Barang kita sayang
- Di waktu sihat
- Pada ahli keluarga
- Kepada kaum kerabat
- Kepada anak yatim
- Kaum kerabat memendam rasa bermusuh
Jika kita terlalu berharap rasa terima kasih orang, boleh buat kita jadi gila. Biarlah Tuhan menilai.
4 Prinsip pujuk hati. Supaya tak putus asa.
- Kebanyakan manusia tak tau hargai.
- Paling rugi kalau kita tak pandai nak hargai.
- Malu pada Allah. (Tuhan bukan saja maafkan dan sayang orang yang buat salah.)
- Balas cara baik.
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Maksud surah Fussilat ayat 34)
- Jangan niat menunjuk masa buat amalan
- Aku berjuang kerana Allah. Bukan orang.
- Orang ikhlas Itu di mana pun dia buat perangai baik.
Doa tengok cermin.
Jiwa nak besar:
- Persekitaran, mak ayah jangan patahkan semangat.
"Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup." (Maksud surah Ibrahim ayat 26)
Sebab diuji:
- Nak lihat tahap keimanan.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Maksud surah Al-'Ankabuut ayat 2)
- Melihat amalan paling baik waktu diuji. Sebab tak diuji, tak tau.
"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Maksud surah al-Mulk; ayat 1-2)
- Tuhan nak tarik kita kembali pada Dia balik.
Buat sesuatu ibadah;
- Kerana Allah
- Laksana ikut syariat
- Dilakukan secara maksimum
(itqan)
- Tidak tinggalkan ibadah asas
- Siapa yang betul jaga solat Subuh, Tuhan akan bimbing hati dia. Jika sukar jaga solat subuh, ada potensi untuk cepat marah.
- Dunia memang tempat untuk diuji.
- Dan ujian orang juga, juga ujian kita. Tuhan nak lihat reaksi kita.
- Allah cinta kepada hamba-Nya yang buat kerja secara itqan (bersungguh).
- Maksudnya; buat yang Dia suruh. Tinggalkan perkara yang dia larang. Insya-Allah Dia pelihara dan beri kita kebaikan.
- Sedekah dapat 1 pahala (kebaikan), dan beri pada keluarga / saudara mara dapat lagi 1 pahala. Sebab eratkan hubungan.
- Siapa yang tutup keaiban orang, Tuhan akan tutup keaiban dia di akhirat.
- Kita perlu betulkan akidah kita kepada Tuhan. Dengan melihat semuanya datang daripada kurnian daripada Allah.
- Jika tidak ikhlas, rugi amalan.
- Ikhlas beramal ni, maksudnya orang tak nampak pun dia masih buat baik.
- Banyakkan ibadah kepada Allah. Tingkatkan ketaatan.
- Orang bersungguh kepada Tuhan, akan dapat menemui kebenaran.
Buat semua, moga semua urusan dipermudahkan dan baik-baik saja dalam jagaan Tuhan.
Sumber maksud: http://www.surah.my
Sumber maksud: http://www.surah.my
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.