Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Antara cara-cara hapus dosa tanpa istighfar


Bukan berhelah daripada beristighfar mahupun taubat, tetapi itulah hakikatnya. Allah sudi menggugurkan dosa kita walaupun kita tidak meminta. Betapa pemaafnya Allah. Bukan dengan satu cara malah banyak cara.

Melalui majalah Solusi edisi 103, mereka ada berkongsikan beberapa cara hapus dosa tanpa istighfar:
  • Mati syahid
 "Orang yang mati syahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang." (Riwayat Muslim)
  • Sedekah
  • Banyak memberi salam
  • Halalkan hutang
    "Ada seorang peniaga yang membolehkan pembelinya berhutang. Apabila ada seorang yang mempunyai kesulitan hendak membayar, dia pun berpesan kepada pembantunya: 'Lepaskannya, semoga Allah kelak akan memaafkan kita. Maka Allah memaafkannya.' (Riwayat al-Bukhari) 
  • Buat kebaikan sebaik terlanjur buat kejahatan
    "Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Segera susuli perbuatan jahat dengan perbuatan yang menghapuskannya. Bergaullah dengan orang lain dengan akhlak baik." (Riwayat al- Tirmizi) 
  • Menyebut Subhanallah Wabihamdihi 100 kali
"Sesiapa yang menyebut subhanallah wabihamdihi dalam sehari 100 kali, dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (Riwayat al-Bukhari)
Subhanallah wabihamdihi.......maksudnya: "Maha suci Allah dan dengan pujian untuk-Nya. 
  • Zikir selepas solat
    "Sesiapa yang bertasbih selepas solat sebanyak 33 kali,kemudian bertahmid 33 kali, kemudian bertakbir 33 kali; semuanya jadi 99 kali lalu dia menggenapkannya menjadi 100 dengan - zikir berikut-,diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat Muslim) 
    Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=VUDZ3Xx8wTs
    Maksudnya : "Tiada Tuhan selain Allah sahaja, tiada yang sekutu dengan-Nya. Milik-Nya segala kekuasaan, untuk-Nya segala pujian. Dan Dia atas segala sesuatu, Maha Berkuasa." 
    Tasbih; Subhanallah 
    Tahmid: Alhamdulillah 
    Takbir: Allahuakbar 
  • Sebarang musibah
    "Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang Muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati, kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya." (Riwayat al-Bukhari) 
  • Puasa Hari Asyura 
  • Haji
  • Masuk Islam
 "Apabila seorang hamba masuk Islam dan membaguskan keislamannya, dihapuskan semua dosanya dan kesalahan yang pernah dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)
  • Puasa Ramadan 
  • Puasa hari Arafah
  • Azan
  • Doa mendengar azan
  • Berwuduk
  • Berjalan ke Masjid
  • Solat Fardu Lima Waktu 
  • Ucapan Amin dalam solat berjemaah
    "Apabila imam mengucapkan amin, maka ucaplah amin juga, kerana sesiapa yang aminnya bertepatan dengan amin malaikat maka akan diampuni dosanya yang telah lalu."(Riwayat al-Bukhari) 
  • Menunggu antara dua solat
  • Solat terawih
  • Solat jenazah
  • Solat tasbih
    Rasulullah bersabda kepada bapa saudaranya: "Ada 10 dosa yang akan Allah swt akan ampunkan jika engkau melakukan amalan ini sama ada dosamu yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baharu, yang tidak sengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, ada 10 jenis dosa tersebut. Caranya engkau melaksanakan solat empat rakaat....." (Riwayat Abu Dawud) Hadis ini panjang. Cuba rujuk para ilmuan untuk mengetahui cara solat tasbih. 
  • Ibadah malam lailatulqadar
  • Bersyukur atas musibah
    Allah berfirman: Sungguh apabila aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepadanya, maka dia akan bangkit dari tempat tidurnya bersih daripada dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Riwayat al- Tabarani dalam al-Mu'jam al- Kabir) Musibah menghapuskan dosa mengikut kadarnya, manakala bersabar dan redha atas musibah menghapuskan kesemua dosa sekali gus, tidak termasuk dosa besar. 
  • Doakan keampunan untuk orang lain
    "Doa seorang Muslim buat saudaranya tanpa pengetahuannya mustajab. Dekat kepalanya ada seorang malaikat bertugas. Setiap kali dia mendoakan saudaranya untuk suatu kebaikan, malaikat yang ditugaskan itupun berdoa: 'Aamiin, semoga engkau pun dapat semisalnya.'" (Riwayat Muslim) 
  • Bercakap baik
    "Sungguh antara amalan yang menjadi penyebab diampunkan adalah menyebarkan salam dan bercakap baik." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir) 
  • Doa selepas makan
     "Sesiapa yang makan lalu menyebut- doa berikut-, diampunkan dosanya yang telah lalu." Maksudnya: "Segala pujian bagi Allah yang memberi makan aku dengan ini dan merezekikan aku dengannya tanpa daya dan kekuatanku."
  • Solat Jumaat
  • Doa Pakai Baju
  • Umrah
  • Zikir Lailahaillallah wahdahu.. 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top