Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Skim MySalam, PeKa B40 untuk penerima BSH

Gambar: https://pixabay.com
Menurut laman web malaysiatercinta.com, B40 (Bottom 40%) ialah golongan berpendapatan rendah. B20 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada pada kedudukan paling bawah dari aspek pendapatan isi rumah (berpendapatan terendah). Isi rumah yang tergolong dalam kumpulan B40 ialah yang berpendapatan purata kurang daripada RM3,860 sebulan.**

Kumpulan isi rumah* B40 juga merangkumi isi rumah Miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM950 dan Miskin Tegar yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM580.

* Isi Rumah ditakrifkan sebagai seseorang atau sekumpulan orang yang bersaudara atau orang yang tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makan dan keperluan hidup yang lain.

** Statistik berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (PPPIR) 2014. Jumlah pendapatan bagi setiap gologan akan berubah setiap tahun bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.

Apa itu mySalam?

Skim perlindungan (insurans) kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40.

Siapa yang dapat mySalam ni? - Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam

Senarai 36 penyakit kritikal:  https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM

Soalan-zoalan lazim:  https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM

Telefon : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

Sumber: https://www.gcarian.com/skim-perlindungan-nasional.jsp

Apakah PeKa B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

Apakah manfaat PeKa B40?
  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Soalan-zoalan lazim: https://www.pekab40.com.my/soalan-lazim

Telefon: +603 2730 7575
Emel: info@pekab40.com.my

Bantuah Sara Hidup

- https://bsh.hasil.gov.my/

Rujukan lain: Soalan Lazim : Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)


2 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top