Cara transfer duit ke bank lain melalui mesin ATM BSN (IBFT)


Dengan menggunakan mesin ATM, kita boleh memindahkan duit dari satu bank ke bank-bank lain. Boleh sahaja jika mesin ATM dan kad kita ada logo MEPS. Ya, cara yang lebih kurang juga jika di mesin ATM lain sekalipun, namun artikel ini mengenai pindahan wang melalui mesin ATM BSN. Berikut melalui video yang dikongsikan oleh Bank Simpanan Nasional ini sendiri, saya kongsikan tutorial cara transfer duit dari BSN ke Maybank, Cimb atau bank lain dengan ATM. Tempoh terima wang? Serta-merta, cuma dikenakan bayaran 0.50 jika transfer ke bank lain, itu saja! Jadi jom!

Cara pindahan wang antara bank menggunakan mesin ATM:

Masukkan kad ATM/Debit anda

Pilih bahasa yang mudah difahami

Masukkan pin nombor rahsia kita itu

Pilih pindahan

Pilih pindahan segera (wang)

Jika dia bertanya soalan, pilih sahaja teruskan

Masukkan jumlah amaun yang anda mahu pindahkan & pilih "YA'

Kemudian keluarlah senarai bank yang anda nak pindahkan duit tu (Maybank ke CIMB atau apa sahaja bank anda), kalau tak ada pilih lain-lain, banyak tu, kena cari betul-betul

Masukkan nombor akaun bank yang nak terima wang tersebut

Masukkan nombor rujukan (nombor ini cipta sendiri, (tapi yang sistem terkini kalau tak ada hal ini di mesin, teruskan dengan langkah di bawah)

Semak untuk pengesahan, jangan salah masuk akaun. Hati-hati

Puas hati? Jadi boleh pilih "YA"

Tadaa! Siap dah, bolehlah ambil kad anda semula dan resit bukti perpindahan wang tadi.

Video asal melalui gambar:




Di mesin ATM bank lain juga boleh membuat pindahan jika ada tertera MEPS di kad anda dan mesin ATM itu, ini caranya: Langkah untuk membuat Pemindahan Wang Antara Bank dengan ATM MEPS.




Sekian. Moga bermanfaat.

Rujukan lain:
- BSN - Bank Services,  Instant Transfer
- Tutorial Cara Transfer Duit Dari BSN ke Maybank dan Bank Lain Dengan ATM

3 yang menasihati

  1. Kalau guna kad lain kat bsn boleh ka? Atau ada tips guna kad lain kat bank lain selain kad bsn dan atm bsn?

    ReplyDelete
  2. Boleh guna kad lain dekat bank lain asalkan ada tulis meps di kad dan di atm itu.

    ReplyDelete
  3. Kalo nak masukkan duit ke bank kita sama je ke step diatas?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top