Zizan Razak dan Ismail Izzani muncul dengan lagu baru berjudul Berserah. Mereka berdua mula rapat disebabkan oleh minat mereka yang sama dalam bidang fotografi. Ismail Izzani sudah menganggap Zizan seperti abang sendiri memandangkan dia sendiri tidak mempunyai abang. Jom dengarkan lagu baru mereka berunsur ketuhanan ini.
Lagu : Berserah
Lagu: Alif
Lirik: Ariz for Talegas Production
Dengarkan Berserah di semua aplikasi streaming: https://WMM.lnk.to/Berserah
Lirik lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani
Chorus
Chorus
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Kuberserah kepada-Mu
Jika salah silap puncanya aku
Kuberserah kepada-Mu
Tapi ni pilihanku
Verse 1
Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu
Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari
Banyak hatiku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah
Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadangku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neracaku diangkat
Chorus
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Kuberserah kepada-Mu
Jika salah silap puncanya aku
Kuberserah kepada-Mu
Tapi ni pilihanku
Verse 2
Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi
Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh
Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci
Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin kupinta
Chorus
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Kuberserah kepada-Mu
Jika salah silap puncanya aku
Kuberserah kepada-Mu
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Kuberserah kepada-Mu
Jika salah silap puncanya aku
Kuberserah kepada-Mu
Tapi ni pilihanku
Outro
Satu kali salah, dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi
Ku berserah,
Bukan cuba tegakkan benang yang basah
Yang kulakukan ini salah tetap salah
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum
Jumpa lagi nanti, salam. Assalamualaikum
Gambar: @ismailizzani_ |
Instagram Zizan Razak: https://www.instagram.com/zizanrazak869/
Antara sumber berita: 'Dulu tak, tapi sekarang ...' Ini punca Ismail Izzani rapat dengan Zizan Razak
Selain berduet dengan Zizan, Ismail Izzani juga muncul dengan lagu berjudul Teruskan Perjalanan bersama Altimet.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.