Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Kita Jaga Kita - Altimet x Cuurley x Malik Abdullah (OST Ejen Ali The Movie)

Lagu Kita Jaga Kita merupakan lagu tema utama Ejen Ali: The Movie. Ia dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley, dan Malik Abdullah. Transmisi lagu ini boleh didapati di semua platform digital.



Lirik lagu Kita Jaga Kita (OST Ejen Ali)

Kini diriku tidak bersimpati,
Masa depanku kabur tetapi,
Mataku cerah kian menyala,
Semua halangan tak bermaya,

Semangatku,
Membara (Membara)

[Chorus:]
Laungkan suaraku memanggilmu,
Bersama lalu jalan berliku,
Walaupun tiada yang bersudi,
Ku akan tetap berjuang sendiri,
Sentiasa!

Kita jaga kita!

Mereka tiada masa untuk kita,
Cuma kita berjasa untuk kita,
Mereka tak tahu rasa hati kita,
Sama-sama kita,

Kita jaga kita!
Kita jaga kita!

[Altimet:]
Siapa lagi kalau bukan kami,
Orang luar jangan kecik hati,
Siapa lagi kalau bukan kami,
Jemput datang kalau berani,

Aku saing untuk menang,
Cakap terang orak tenang,
Kalau pagi patah sayap,
Petang aku cuba terbang,

Campak aku dalam hutan,
Semua rimau aku serang,
Ikat tangan masuk gelanggang,
Aku masih boleh tendang,
Belakang aku tak lengang,

Kalau nampak jangan cengang,
Kalau kacau bendang kami,
Nanti dengar gendang perang,
Lepas tawan yang di sini,
Lawan yang seberang.

Bukan kami tak kenal tempat,
Tuah kami kurang jadi lebihkan Jebat,
Walaupun satu dua kerat,
Kami tetap kejar,
Kejayaan yang semakin dekat.

Bukan kami tak pandai lihat,
Yang atas makan besar,
Bila bawah yang bergiat,
Jadi kami pasang niat,
Baikkan keadaan semua yang terlibat.

[Chorus:]
Laungkan suaraku memanggilmu,
Bersama lalu jalan berliku,
Walaupun tiada yang bersudi,
Ku akan tetap berjuang sendiri,
Sentiasa!

Kita jaga kita!

Mereka tiada masa untuk kita,
Cuma kita berjasa untuk kita,
Mereka tak tahu rasa hati kita,
Sama-sama kita,

Kita jaga kita!
Kita jaga kita!

[Altimet:]
Siapa lagi kalau bukan kami,
Orang luar jangan kecik hati,
Siapa lagi kalau bukan kami,
Jemput datang kalau berani.



Produksi
Pengeluar Muzik : Cuurley
Komposer : Cuurley
Dinyanyikan oleh : Malik Abdullah, Altimet & Cuurley
Lirik : Altimet & Bo Amir Iqram
Jurutera Bunyi : Cuurley & Altimet
Dikuasai oleh : Cuurley
Dirakam di : Monster Village


Sumber lirik: https://ejenali.fandom.com

Media sosial Ejen Ali:
Twitter Ejen Ali: http://www.twitter.com/ejen_ali
Facebook Ejen Ali:  http://www.facebook.com/ejenali
Instagram Ejen Ali:  http://www.instagram.com/ejen_ali

Lengkapkan diri anda dengan gajet-gajet eksklusif dari M.A.T.A. Academy:

🚀 http://www.gear.wau.my




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top