Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Program Cuti Sekolah 2019: Karnival RKH yang macam-macam ada!

 

Program Cuti Sekolah 2019: Karnival RKH | Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras akan mengadakan Karnival Cuti Sekolah dan kali ini akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2019! Karnival kali ini akan diadakan di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor (boleh rujuk peta lokasi di sini: http://bit.ly/LokasiRKH).

Tarikh & Masa:
30/11/19 (Sabtu): 9.00 pg - 9.00 mlm
1/12/19 (Ahad): 9.00 pg - 7.00 mlm

Lokasi: Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Banyak program menarik yang akan diadakan adalah seperti karnival permainan, pertandingan Mobile Legends, zoo mini, rumah hantu, pemeriksaan kesihatan, ruang pameran, sesi sharing, jualan pre-loved,  pertandingan mewarna, henna, face painting pun ada!
Dan haaa.. kalau malam-malam, tempat karnival ni jadi macam tempak lepak makan malam-malam dengan kawan-kawan dan keluarga juga! Menarik bukan?

Jadi apa  lagi jom ramai-ramai pergi RKH nanti! Bawa famili, kawan-kawan, rakan sekerja semua ke karnival berkenaan!
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Cuti Sekolah 2019: Karnival RKH ini, boleh hubungi Sinar di 011-57514791 atau boleh pergi ke instagram @komunitikita.
*****
Haa Kejap! Untuk yang nak berniaga pula:

(Klik gambar untuk lebih jelas)
Tadaa! Kepada semua VENDORS and FOOD TRUCKers, anda dialukan untuk join team jualan Karnival Cuti Sekolah RK.  Boleh jual makanan, barangan, perkhidmatan, promosi, dan lain-lain lagi!

Dari pagi sampai ke malam berniaga, lama masa boleh buat jualan ni. Rugi kalau tak join (bila kita sewa tapak, kita sebenarnya secara tak langsung bersedekah untuk anak-anak yatim RKH ni tau)!

Kalau rasa nak join berniaga, boleh Whatsapp Sinar kat nombor 011-57514791.

*Terdapat 5 tapak tambahan. Sebarang info lanjut, mohon hubungi cik Sinar dalam poster tersebut.

*****

Oh ya, turut dialuka-alukan jika anda berminat menaja perbelanjaan makanan & aktiviti anak-anak yatim & asnaf sepanjang program karnival ini!

(Klik gambar untuk lebih jelas)
Jadi, jom kita bergembira sambil beramal!
 Lebih info mengenai karnival ini akan dikongsikan di Instagram @komunitikita. Terima kasih!

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top