Lirik lagu Tentang Rahsia - Judika ft Shila Amzah (OST Adellea Sofea)

 

Penyanyi kebanggaan Malaysia, Shila Amzah muncul dengan lagu baru berjudul Tentang Rahsia berduet dengan penyanyi popukar Indonesia, Judika. Lagu ciptaan Farouk Roman  dan lirik oleh Amylea ini telah dijadikan lagu tema untuk drama akasia berjudul ADELLEA SOFEA.

SINOPSIS DRAMA ADELLEA SOFEA (Sumber: https://www.myinfotaip.com/)


Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya. En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Lirik lagu Tentang Rahsia - Judika ft Shila Amzah (OST Adellea Sofea)

Simpan sepiku
Simpankan semua
Jaga hatiku
Hingga ada yang berani dekat

Biar lebih yang ku tau
Untuk engkau ku pertahan
Agar kau bisa,terus denganku

Ku perlu kamu
Ku pujuk dendam
Dekap tanganmu tak pernah lagi mengundang getar

Hanya aku yang terlewat
Dan menghampakan harapmu
Agar kau mau
Terus tanpaku

Ku temukan hati ku denganmu
Jangan kau biarkan ku sendiri

Masih ada lagi cinta
Akan mengubah jalan ini

Biar lebih yang ku tau
Untuk engkau ku pertahan

Agar kau bisa, terus denganku

Ku temukan hati ku denganmu
Jangan kau biarkan ku sendiri
Masih ada lagi cinta

Akan mengubah jalan ini

Terik matahari, Kan mengintai
Gelap yang sembunyikan teduhmu

Mana mungkin nak ku jawab
Jika kau kan tanya
Masih cinta denganmu..



Laman Sosial:

Follow Judika!
Instagram: https://www.instagram.com/jud1ka/
Twitter: https://twitter.com/Judikajude/
 Facebook: https://www.facebook.com/Judika/

Follow Shila Amzah!
Instagram: https://www.instagram.com/shahilaamzah/
Twitter: https://twitter.com/shilaamzah/
Facebook: https://www.facebook.com/ShilaAmzahOfficial


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top