Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta ft M.Nasir (OST Budak Tebing)



Selepas Gong Nekara dan NekadKmy Kmo & Luca Sickta tampil dengan agu baru berjudul Zuhud kai ini menampilkan penyanyi lagenda kita, M.Nasir.

Artist : Kmy Kmo & Luca Sickta ft M.Nasir
komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta & M.Nasir ( Luncai Emas Sdn Bhd)
Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta ( Luncai Emas Sdn Bhd)



Lirik lagu Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta ft M.Nasir 

Intro: (Kmy Kmo)
Saat serunai menjerit suatu hari nanti,
segala yang dilangit dan segala yang dibumi,
yang hidup,
yang mati,
yang menyamun,
yang bijak,
semuanya kan dibangunkan dipadang tuk berarak.

Chorus: (Dato M.Nasir)
Baik dan cekal bagus,
ikut penunjuk arah,
kolang kaling bertungkus lurus mengikut arah,
bengkak bengkil dihati surut dimakan hari,
lumrah lalang buana rempuh tembok langkah kiri,

Chorus: (Kmy Kmo & Luca Sickta)
Jadi baik cekal bagus,
terus "Zuhud" ke bawah,
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah,
jadi baik kekal rakus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi,

Verse 1 (Rap Kmy Kmo)
Orang dagang dah berlabuh sauh,
sedia siaga dibumi Tuhan,
tenang ku terbang walaupun jauh,
bawa pikulan tugas suruhan,
nafsu digendang diri ku jatuh,
mungkin kah kerna ku "Budak Hutan",
emosi senang berang dan patuh telunjuk "Lakhus" pun diturutkan,
yang diturunkan engkau lupuskan "Sahabat Kudus" tak dikhususkan,
kau pupuskan,
kau putuskan,
yang ditumpukan bukan keperluan,
kekal tumpuan buang kemahuan,
tujuan hidup bagaikan ramuan,
dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan,
eh,
bukan hanya cukup "5",
bukan sekadar cukup "6",
mahu rasakan delima di syurga iman jangan benam,
kerap 5, 6, kali,
sehari kita diganggu,
teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu,
jadi baik (baik),
zuhud (zuhud),
kebawah tanam budi bunuh semua ego yang memagar hati budi mu,
baik (baik),
sujud (sujud),
walau harta ratus beribu,
berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu,

Chorus: (Dato M.Nasir)
Baik dan cekal bagus,
ikut penunjuk arah,
kolang kaling bertungkus lurus mengikut arah,
bengkak bengkil dihati surut dimakan hari,
lumrah lalang buana rempuh tembok langkah kiri,

Chorus: (Kmy Kmo & Luca Sickta)
Jadi baik cekal bagus,
terus "Zuhud" ke bawah,
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah,
jadi baik kekal rakus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi,

Verse 2 (Rap Luca Sickta)
Andam karam waktu dalam salam,
Awan gelap karung kunci dada,
Ragam malam kenal suara tidak,
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua,
Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku,
Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku,
Kemudi hasrat biar sampai dapat,
Berbudi niat gapai yang tersirat,
Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu, masih rujuk buku,
Jadi baik, cekal bagus,
Dari riak, bebal terus,
Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu,
Jadi baik..

Bridge (Dato' M.Nasir)
Larikan nyawa dari,
lancar mulut celupar,
lara wirang sendiri,
lepas mulut celupar,
ringan menanam budi,
hasilnya usah takut,
dari Maha Pemberi,
pasti nasi di lutut,

Chorus: ( Kmy Kmo & Luca Sickta )
Jadi baik cekal bagus,
terus "Zuhud" ke bawah,
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah,
jadi baik kekal rakus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi,

outro:

Jadi baik,
cekal,
bagus,
terus jadi baik,
kekal,
rakus,
terus jadi baik,
"Zuhud" kebawah tanam ubi,
jadi baik,
berbudi,
kan untung bukan rugi,
Jadi?


Media sosial (instagram):
Kmy Kmo: https://www.instagram.com/kmy__kmo/
Luca Sickta: https://www.instagram.com/lstheofficial/
M.Nasir : https://www.instagram.com/mnasirmohamed/

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top