Kita baik, ramai sayang - ini tagline Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang telah meninggalkan kita pada 10 Februari 2020 lalu. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Kematiannya bear-benar dicemburui, apabila ribuan hadir menunaikan solat jenazah dan melawat pengkebumian beliau. Malahan sehingga ke hari ini, ramai orang tidak berhenti menceritakan amalan baik arwah Abam.
Pemergian Abam memang sangat menginsafkan. Husnul Khotimah, insya-Allah. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Antara amalan yang Abam amalkan semasa hidupnya:
- Sangat menjaga emaknya. Utamakan keluarga dan adik-beradik. Selalu memberi dan banyak berkorban.
- Suka bersedekah (antaranya: Perkongsian penjaga kubur)
- Sangat suka menghadiri majlis ilmu dan mendekati ulama. Jika ada masa dan kesempatan, beliau segera dan tidak menolak untuk ke majlis ilmu agama.
- Abam juga tidak suka mencerita buruk orang dan lawak beiau juga penuh dengan pengisian.
- Turut difahamkan, Abam juga rajin meraikan peminat beliau di laman sosial.
-
Seorang pelawak dan penghibur serba boleh, serta sahabat yang baik, pemergian Abam
Bocey bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga (terutamanya adik beliau, Ali Putih)
dan sahabat-sahabat beliau seperti Achey dan Fad Bocey, malahan memberi
kesan yang mendalam terhadap semua peminat beliau dan seluruh rakyat Malaysia.
Gambar: Facebook Abbasy_IslamicDesign |
Beliau meninggalkan isteri dan seorang cahaya mata. Abam dan isteri, Siti Norhidayah disatukan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan memperoleh cahaya mata yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di Hospital Selayang pada 14 Jun 2019.
Manakala lagu Si Kasih ini dirakam arwah pada Disember 2018 dan baru dimuatnaik di Youtube Futuremusic Entertainment pada 22 Februari 2019. Lirik lagu Sikasih ini ditulis oleh Zimi dan Rongak.
Abam juga merupakan pemenang Pelakon Komedi Popular pada tahun 2014 dan 2015 di Anugerah Bintang Popular.
Lirik lagu Abam Bocey - Sikasih
Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala dimiiki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir
Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih
Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu
Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa
Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu
Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa
Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa
Lagu: ZIMI
Lirik RONGAK
Gambar: @artortoise |
Sumber berita:
- https://siakapkeli.my/2020/02/11/saya-hairan-fikirkan-amalan-apa-yang-abam-lakukan-hingga-begini-allah-muliakan-hari-akhirnya/
- https://www.hmetro.com.my/rap/2019/10/512587/abam-berusaha-dapatkan-anak-kedua
- http://www.gempak.com/artikel/20268/abam-bocey-dan-isteri-dikurniakan-anak-lelaki
- https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/02/13/trivia-abam
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Abam_Bocey
- https://ohbulan.com/tak-sangka-lagu-sikasih-beri-bayangan-zimi-kongsi-pengalaman-rakam-lagu-bersama-abam-bocey/
- http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelawak-abam-bocey-meninggal-dunia-230293
Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan doa untuk beliau.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.