Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Separuh hatiku - Asmidar (OST Dua Takdir Cinta)

Penyanyi bersuara lunak, Selain muncul dengan lagu lama diberi nafas baru yang sangat menarik bertajuk Sireh Pinang (nyanyian asal Azlina Aziz), Asmidar muncul dengan lagu baru berjudul Separuh Hatiku. Separuh Hatiku menjadi lagu tema/OST untuk drama bersiri di Astro Prima berjudul Dua Takdir Cinta lakonan Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry dan ramai lagi.


Lirik lagu Separuh hatiku - Asmidar (OST Dua Takdir Cinta)

Hidup bagaikan
Suram tiada bersinar
Bila kau hilang
Tanpa tanda tuk’ jejaki
Tahun silih berganti
Mana diri mu pergi
Puas ku cari tak ku temui

Dan badai bertandang
Aku cuba berdiri
Engkau kekuatan
Depani hidup ini
Daku selalu berdoa
Moga engkau akan bersama
Melengkapi hati terbahagi

Kau bawa
Lagi separuh hati
Memaksa ku
Agar bertahan
Walau sakit

Kasih
Pulangkanlah separuh hatiku
Agar tenang ku jalani ranjau ini
Lalu kita menikmati bahagia
Seperti yang kita mahu

Kasih
Yakin ku kau masih mengingati
Segala kenangan yang kita lalui
Membina lembaran kisah indah
Untuk kau kembali
Ke sisi ku

Mengapa hati ku terdetik
Kita selalu dekat
Magisnya rasa
Bila hati menyatu

Kasih
Pulangkanlah separuh hatiku
Agar tenang ku jalani ranjau ini
Lalu kita menikmati bahagia
Seperti yang kita mahu

Kasih
Yakin ku kau masih mengingati
Segala kenangan yang kita lalui
Membina lembaran kisah indah
Untuk kau kembali
Ke sisi ku

*****

Lagu: Natasyah Annes
Lirik: Iman Imran
Susunan dan terbitan: Reza Ramsey

Instagram Asmidar: https://www.instagram.com/asmidarisme/?hl=en 

Sinopsis drama: https://www.myinfotaip.com/2020/01/dua-takdir-cinta.html 

*Oh ya, drama ini ada satu lagi lagu OST berjudul Lara oleh Adam Malek.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top