(Bantuan Khas Covid-19) Zakat Selangor dan Zakat Perak - MAIPk





Alhamdulillah, selain orang ramai, pihak kerajaan Malaysia, kerajaan negeri-negeri dan pusat zakat di seluruh Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu pihak yang terkesan ketika Covid-19 melanda negara kita kini. Moga dengan bantuan ini dapat membantu dan memudahkan urusan buat semuanya. Untuk perkongsian kali ini, saya kongsikan berkaitan Bantuan Khas oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Negeri Perak - MAIPk.


(Bantuan Khas Covid-19) Zakat Selangor



Ini telah dikongsikan di titter oleh: Faisal Rahim.

Permohonan Secara Online

Khusus Untuk :

• Peniaga/Penjaja Kecil yang hilang income ketika ini.

• Golongan B40 (isirumah

Mohon Zakat Selangor di sini : https://zakatselangor.com.my/bkc19/

Bantuan Online ini sebenarnya bukan utk Asnaf sedia ada. Sebab mereka ada bantuan channel lain.

Kita nak bantu :

1. Keluarga yang betul-betul terjejas tak dapat berniaga.

2. Golongan B40 yang diberhentikan kerja, dapat gaji separuh dan dipaksa cuti tanpa gaji ketika RMO ini.

Cara Mohon :

Pastikan Dokumen ini ada

• IC korang
• Akaun Bank (dari ATM atau Internet Banking - nak masukkan duit)
• Bukti duduk Selangor (Bil Letrik, Air dll)
• Bukti Kelayakan (Slip gaji/surat berhenti kerja/resit sewa kedai dll)

Upload semua dan Done!


Bagi Asnaf Fakir Miskin, Muallaf dan pelajar IPT, boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343. Bertenang semua. Banyak masa lagi.

KEYPOINT PENTING: PENJAJA. KERJA SENDIRI. TAK DAPAT BERNIAGA SEBAB RMO &. B40. CUTI TANPA GAJI. Yang tak berkaitan tak perlu apply. Utamakan mereka!


 (Bantuan Khas Covid-19) Zakat Perak


**Syarat-syarat permohonan** (Sumber: MAIPk)


Pastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah:
1. Mastautin atau bekerja di PERAK. Dan beragama Islam sahaja.
2. Mempunyai Pendapatan Kasar TIDAK MELEBIHI RM2000 (tertakluk kepada had kifayah MAIPk)
3. Terkesan Covid-19 samada tidak dapat berniaga/diberhentikan atau direhatkan tanpa gaji bermula Mac 2020
4. Berkeluarga (hanya KETUA KELUARGA sahaja boleh memohon)
5. Nama pemohon dan nama pemegang akaun bank MESTILAH SAMA
6. Keutamaan kepada Asnaf Fakir Miskin yang pernah berdaftar dgn MAIPk, KECUALI penerima Bantuan Bulanan Kewangan MAIPk, Bantuan JKM atau Kad Prihatin Perak
Nota : Sila pastikan permohonan dibuat atas nama KETUA KELUARGA. Bantuan kepada yang layak akan disalurkan terus kepada akaun bank pemohon. Sila pastikan no akaun dimasukkan dgn betul dan nama pemegang akaun adalah sama dengan dengan nama pada kad pengenalan.

Untuk negeri Perak, mohon bantuan di sini: https://isyura.maiamp.gov.my/kecemasan/

*KLIK UNTUK INISIATIF LAIN-LAIN NEGERI & KERAJAAN MALAYSIA

Moga diberkati dan dipermudahkan buat semuanya. Insya-Allah.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top