Showing posts with label Bantuan Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Covid-19. Show all posts



Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Geran Khas PRIHATIN disediakan kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Sistem permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 9 pagi mulai 1 Mei 2020.
Permohonan Geran Khas PRIHATIN boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my)

Melalui HASiL Live Chat, disediakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

"Selain itu, melalui media sosial rasmi LHDNM, iaitu Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM, Twitter https://twitter.com/LHDNMofficial," kata LHDN.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim/soal jawab (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.

Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN? 

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020, dan akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.




Pada 27 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI - PRIHATIN RAKYAT bertujuan untuk LINDUNGI RAKYAT, SOKONGAN PERNIAGAAN dan KUKUHKAN EKONOMI. Berikut adalah infografik senarai pengumuman pakej bantuan sempena COVID-19 ini melalui facebook rasmi beliau Muhyiddin Yassin.
Untuk versi bacaan atau text boleh pergi ke laman web ini: TEKS UCAPAN (PMO)
ELAUN KHAS

ISI RUMAH PENDAPATAN < RM 4000

ISI RUMAH PENDAPATAN  > RM 4000 - < RM 8000

BUJANG PENDAPATAN < RM 2000

BUJANG PENDAPATAN  > RM 2001 - < RM 4000

(+) BANTUAN SARA HIDUP

RM 200 UNTUK PELAJAR IPT

PELBAGAI BANTUAN UNTUK NGO & USAHAWAN SOSIAL

TANGGUH BAYARAN BAIK PTPK

MY SALAM UNUK PESAKIT (PUI)

SKIM PERSARAAN SWASTA

PENGECUALIAN SEWA PPR & RUMAH AWAM 6 BULAN

TANGGUH BAYARAN RTO

PENGECUALIAN SEWA

DISKAUN TNB

INTERNET PERCUMA MULAI 1 APRIL

PELABURAN UNTUK LIPUTTAN RANGKAIAN

BANTUAN UNTUK PENJAWAT AWAM

DANA JAMINAN MAKANAN

UNTUK INTEGRASI MAKANAN TANAMAN

UMTUK PERTUBUHAN PELADANG DAN NELAYAN

UPAH MAJIKAN PERLU BERI

BANTUAN UNTUK PEMANDU E-HAILING

LANJUTAN KONTRAK

Di atas adalah senarai PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI - PRIHATIN RAKYAT untuk matlamat LINDUNGI RAKYAT.


Serta untuk Kukuhkan ekonomi (melibatkan ECRL dan pemotongan gaji menteri misalnya, boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2880095802068960

Pengumuman sebelum ini berkaitan 4 inisiatif tambahan adalah seperti berikut:

Penangguhan bayaran balik PTPTN

Pengeluaran Akaun 2 -KWSP

Alat perubatan

Bantuan untuk setiap negeri

Alhamdulillah. Moga kita manfaatkan dan gunakan bantuan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Apa-apa pun, kekalkan duduk di rumah, dengar arahan dan jaga diri baik-baik. Moga keadaan akan jadi lebih baik lagi. Stay home, stay safe, everyone!





Alhamdulillah, selain orang ramai, pihak kerajaan Malaysia, kerajaan negeri-negeri dan pusat zakat di seluruh Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu pihak yang terkesan ketika Covid-19 melanda negara kita kini. Moga dengan bantuan ini dapat membantu dan memudahkan urusan buat semuanya. Untuk perkongsian kali ini, saya kongsikan berkaitan Bantuan Khas oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Negeri Perak - MAIPk.


(Bantuan Khas Covid-19) Zakat Selangor



Ini telah dikongsikan di titter oleh: Faisal Rahim.

Permohonan Secara Online

Khusus Untuk :

• Peniaga/Penjaja Kecil yang hilang income ketika ini.

• Golongan B40 (isirumah

Mohon Zakat Selangor di sini : https://zakatselangor.com.my/bkc19/

Bantuan Online ini sebenarnya bukan utk Asnaf sedia ada. Sebab mereka ada bantuan channel lain.

Kita nak bantu :

1. Keluarga yang betul-betul terjejas tak dapat berniaga.

2. Golongan B40 yang diberhentikan kerja, dapat gaji separuh dan dipaksa cuti tanpa gaji ketika RMO ini.

Cara Mohon :

Pastikan Dokumen ini ada

• IC korang
• Akaun Bank (dari ATM atau Internet Banking - nak masukkan duit)
• Bukti duduk Selangor (Bil Letrik, Air dll)
• Bukti Kelayakan (Slip gaji/surat berhenti kerja/resit sewa kedai dll)

Upload semua dan Done!


Bagi Asnaf Fakir Miskin, Muallaf dan pelajar IPT, boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343. Bertenang semua. Banyak masa lagi.

KEYPOINT PENTING: PENJAJA. KERJA SENDIRI. TAK DAPAT BERNIAGA SEBAB RMO &. B40. CUTI TANPA GAJI. Yang tak berkaitan tak perlu apply. Utamakan mereka!


 (Bantuan Khas Covid-19) Zakat Perak


**Syarat-syarat permohonan** (Sumber: MAIPk)


Pastikan anda memenuhi syarat-syarat dibawah:
1. Mastautin atau bekerja di PERAK. Dan beragama Islam sahaja.
2. Mempunyai Pendapatan Kasar TIDAK MELEBIHI RM2000 (tertakluk kepada had kifayah MAIPk)
3. Terkesan Covid-19 samada tidak dapat berniaga/diberhentikan atau direhatkan tanpa gaji bermula Mac 2020
4. Berkeluarga (hanya KETUA KELUARGA sahaja boleh memohon)
5. Nama pemohon dan nama pemegang akaun bank MESTILAH SAMA
6. Keutamaan kepada Asnaf Fakir Miskin yang pernah berdaftar dgn MAIPk, KECUALI penerima Bantuan Bulanan Kewangan MAIPk, Bantuan JKM atau Kad Prihatin Perak
Nota : Sila pastikan permohonan dibuat atas nama KETUA KELUARGA. Bantuan kepada yang layak akan disalurkan terus kepada akaun bank pemohon. Sila pastikan no akaun dimasukkan dgn betul dan nama pemegang akaun adalah sama dengan dengan nama pada kad pengenalan.

Untuk negeri Perak, mohon bantuan di sini: https://isyura.maiamp.gov.my/kecemasan/

*KLIK UNTUK INISIATIF LAIN-LAIN NEGERI & KERAJAAN MALAYSIA

Moga diberkati dan dipermudahkan buat semuanya. Insya-Allah.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top