Setelah lebih seminggu Malaysia berdepan dengan situasi politik yang mencabar, akhirnya pada 29 Februari 2020, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY) daripada Kerajaan Perikatan Nasional sebagai Perdana Menteri ke-8.
Alhamdulillah, akhirnya selesai. Tahniah buat TSMY serta Terima kasih buat Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang banyak menyumbangkan masa, jasa dan idea untuk negara kita tercinta. Juga syabas buat semua pihak media yang bertungkus-lumus membuat liputan dan tidak lupa buat semua menteri dan exco yang berjasa dan berkhidmat baik untuk rakyat. Tuhan sahaja dapat membalas semuanya.
Berikut saya kongsikan infografik yang diperoleh menerusi twitter beberapa pihak media.
Profil TSMY:
Sumber: @hmetromy |
Berikut pula adalah antara petikan ucapan semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri interim (sementara) selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Sumber @BernamaTV |
Ini pula video kronologi peralihan kuasa 2020:
Maksud hadis Nabi SAW, sabda Baginda:
أَبْغِضْ عَدُوَّكَ هَوْناً ماَ، عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيْبَكَ يَوماً ماَ
Maksudnya: “Bencilah musuhmu itu sekadar sederhana sahaja, mana tahu barangkali dia akan menjadi kesayanganmu pada suatu ketika di hari yang lain.” Riwayat al-Tirmizi (2128) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Imam al-Suyuti mengisyaratkan hadis ini dengan hasan.
Antara sumber:
- Nasihat Mufti Wilayah Persekutuan
- twitter: Dr. Zukifli Mohamad
Semoga yang terbaik buat Malaysia! Dan selamat menjalankan tugas buat kabinet Malaysia yang baru nanti. Moga dipermudahkan buat semuanya, Insya-Allah.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.