BOLEH TAK buat qada' PUASA atau PUASA NAZAR SEHARI SEBELUM RAMADHAN?
Hari itu saya bertanya sahabat-sahabat, kalau nak ganti puasa Isnin-Khamis ni boleh lagikan? Sebab Khamis tengok anak bulan (29 Syaaban). Ikut kalendar, Jumaat dah mula puasa. Melainkan kalau Jumaat tu belum mula puasa, baru ia jadi hari syak (30 Syaaban), tak boleh puasa hari tu.
Betul tak? 🤔
JAWAPAN USTAZAH:
Kalau hari syak sekalipun, puasa ganti/qada' puasa atau nazar dibolehkan (apatah lagi niat puasa Nazar tu sebelum Ramadhan lagi). Sebab asal hukum puasa itu wajib. Jika puasa sunat saja-saja, itu yang tak boleh melainkan kalau kita memang jenis merutinkan puasa sunat tu. Wallahua'lam.
*****
Jadi terima kasih untuk semuanya terutama Mariani Amin yang bertanyakan pada Ustazah-ustazah (Ustazah Zanariah & Ustazah Norma), geng-geng Noname USM tersayang dan semua rakan di media sosial.
Berikut adalah lampiran pertanyaan:
Esok 30 Sya'ban, hari terakhir dalam bulan Sya'ban disebut sebagai hari Syak. Kata Imam an-Nawawi, haram hukumnya berpuasa pada hari tersebut kecuali puasa nazar, qadha, atau kafarah (denda). [Al-Majmu' 6/399]. Jadi siapa nak ganti puasa esok, masih boleh. Semoga membantu.— Ad-Dien (@AdDien90) April 22, 2020
Moga bermanfaat. Jika ada penambahan atau teguran, boleh tinggalkan di ruangan komen, terima kasih.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.