Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Damba CintaMu - Alif Satar & Raihan (2020)

Setelah 23 tahun, lagu Damba CintaMu telah dinyanyikan kembali oleh Alif Satar dan Raihan. Lagu Damba CintaMu adalah nyanyian asal kumpulan Raihan yang dirakam pada 1997 menerusi album Syukur. Alif Satar dan Raihan pernah bergabung sebelum ini menerusi lagu Sesungguhnya. Dalam muzik video terbitan pertama syarikat Alif Satar itu (ASET Records Sdn Bhd), Neelofa telah diambil menjadi model dan beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.


Listen to Damba Cinta Mu - https://umd.lnk.to/DambaCintamu

Lirik lagu Damba CintaMu 2020 - Alif Satar &Raihan

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat




Instagram
Raihan: https://www.instagram.com/raihaninternational
Alif Satar: https://www.instagram.com/alifsatar
Neelofa: https://www.instagram.com/neelofa


Sumber lirik: https://liriknasyid.com/lirik/detail/676/raihan-damba-cintamu.html

Sumber berita: https://www.hmetro.com.my/rap/2020/04/572017/neelofa-buat-free-saja-%E2%80%93-alif-satar-metrotv

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top