Setelah 23 tahun, lagu Damba CintaMu telah dinyanyikan kembali oleh Alif Satar dan Raihan. Lagu Damba CintaMu adalah nyanyian asal kumpulan Raihan yang dirakam pada 1997 menerusi album Syukur. Alif Satar dan Raihan pernah bergabung sebelum ini menerusi lagu Sesungguhnya. Dalam muzik video terbitan pertama syarikat Alif Satar itu (ASET Records Sdn Bhd), Neelofa telah diambil menjadi model dan beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.
Lagu Sesungguhnya 2019 ini telah mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak kebanyakan ramai kita, mengimbau zaman popular kumpulan nasyid Raihan (kumpulan yang masih mencatatkan kutipan jualan album tertinggi di Malaysia ini) satu ketika dulu. Bayangkan lagu ini dirakamkan ketika Alif berumur 7 tahun (1997). Lagu kolaborasi Raihan dengan Alif Satar ini mendapat sambutan sehingga menjadi trending di youtube dalam masa 2 hari dengan jumlah tontonan melebih 1 juta. Tahniah dan Alhamdulillah! Malahan ada yang minta gandingan ini diteruskan lagi dengan lagu-lagu lain.
Lirik lagu Sesungguhnya Raihan & Alif Satar
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga kutahu syukurku adalah milikMu
Penulis lirik dan pencipta lagu: Nazrey Bin Johani
Peminat lagu-lagu nasyid pasti kenal kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Unic dan Mestica ini. Masing-masing ada lagu popular dan ada peminat tersendiri. Dan mengetahui mereka semua bergabung dalam satu lagu adalah berita yang sungguh menggembirakan. Masya-Allah! Mereka bersatu melalui qasidah selawat burdah. Sungguh indah. Jom kita dengar!
Lirik Burdah oleh Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Brothers, Nowseeheart, Inteam, Unic & Mestica