Kita selalu dengar orang cakap lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Namun sebenarnya ada yang salah faham dengan maksud pernyataan tersebut. Ini yang dikongsikan oleh saudara Addien melalui tweet beliau.
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..." (An-Nur:26) antara ayat al-Quran yang selalu disalah fahami. Ayat ini diturunkan sebagai pembelaan terhadap isteri Nabi, Aisyah yang difitnah curang kepada Nabi. Bukan tentang takdir bahawa jodoh orang baik mesti dengan yang baik.
Sebaliknya ayat ini termasuk saranan dan kelaziman orang yang baik tertarik untuk bersama dengan orang baik sama ada ketika berkawan atau berkahwin. Ayat ini bukan janji Allah bahawa orang yang baik pasti akan dapat jodoh yang baik, tidak semestinya...
Kerana banyak dicatatkan dalam sejarah, orang baik dan soleh kadang kala mendapat pasangan yang keji atau tidak baik. Bukan sekadar Asiah dan Firaun, bahkan Nabi semisal Nuh & Lut juga ditakdirkan punya isteri yang akhirnya khianat & kafir terhadap dakwah mereka [al-Tahrim:10]
Akhirnya mereka berlepas diri daripada terus bersama pasangan yang buruk dan tetap menjaga iman mereka. Tidak boleh guna ayat itu sebagai dalil orang baik jodoh dengan yang baik saja. Nabi pun ada diuji dengan pasangan yang buruk. [Al-Tahrir wa al-Tanwir li ibn Asyur 18/195]
Nota tambahan:
Sebahagian ada yang komen seolah-olah rasa tertipu atau rugi usaha jadi baik sebab pasangan nanti tak tentu baik. Saya sudah jelaskan di poin kedua, kebiasaannya orang baik memang cenderung bersama yang baik begitu juga sebaliknya.
Jangan keliru dan cuba mengelirukan maksud ayat tersebut. Kenapa pula rugi usaha jadi baik supaya dapat pasangan yang baik, itu kan ikhtiar sama seperti ikhtiarnya cari kerja yang halal untuk dapat gaji yang halal. Anggapan "Baik jadi jahat je" itu sangat keliru. Wallahua'lam.

Saudara Addien boleh dijejaki di:
Youtube: Addien90
Twitter @AdDien90
Podcast: Addien90
1 yang menasihati
Asssamualaikum
ReplyDeleteTerima kasih atas pencerahan Semuga kita semua dalm kita ran sahabat yg baik2
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.