Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Terkini: Jika sesiapa yang pernah dahulu dapat BR1M/BSH dulu dan  juga buat yang dah daftar cukai, jangan risau nantikan sms atau e-mel, anda dapat, insya-Allah. Jika yang belum daftar, itu baru kena daftar dengan laman web https://bpn.hasil.gov.my/.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut: 

ISI RUMAH RM4000 KE BAWAH

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak
pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah


2) Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:


1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang
Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.


2) Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.


BAGAIMANA PULA UNTUK YANG BELUM DAFTAR BSH/LHDN?

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020
menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my
Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
5

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah
dikemukakan.
2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan
ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup? 

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini
(https://ez.hasil.gov.my/ci/ - e-Kemaskini - Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank
adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan
status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin
Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi
berikut sahaja:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin
Nasional?

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.


Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini
(https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.


******


Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan
dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada
bulan Mei 2020 secara sekaligus.
*Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40? 

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40. 

Penuntut sepenuh masa akan dapat ini

*****

Beza B40, M40 & T20


Sumber: https://www.mysumber.com/b40-m40-t20.html
Juga facebook: Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika nak download versi PDF Bantuan Prihatin Nasional ini: https://www.treasury.gov.my/pdf/Bantuan-Prihatin-Nasional.pdf

Pada 27 Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI - PRIHATIN RAKYAT bertujuan untuk LINDUNGI RAKYAT, SOKONGAN PERNIAGAAN dan KUKUHKAN EKONOMI. Berikut adalah infografik senarai pengumuman pakej bantuan sempena COVID-19 ini melalui facebook rasmi beliau Muhyiddin Yassin.
Untuk versi bacaan atau text boleh pergi ke laman web ini: TEKS UCAPAN (PMO)
ELAUN KHAS

ISI RUMAH PENDAPATAN < RM 4000

ISI RUMAH PENDAPATAN  > RM 4000 - < RM 8000

BUJANG PENDAPATAN < RM 2000

BUJANG PENDAPATAN  > RM 2001 - < RM 4000

(+) BANTUAN SARA HIDUP

RM 200 UNTUK PELAJAR IPT

PELBAGAI BANTUAN UNTUK NGO & USAHAWAN SOSIAL

TANGGUH BAYARAN BAIK PTPK

MY SALAM UNUK PESAKIT (PUI)

SKIM PERSARAAN SWASTA

PENGECUALIAN SEWA PPR & RUMAH AWAM 6 BULAN

TANGGUH BAYARAN RTO

PENGECUALIAN SEWA

DISKAUN TNB

INTERNET PERCUMA MULAI 1 APRIL

PELABURAN UNTUK LIPUTTAN RANGKAIAN

BANTUAN UNTUK PENJAWAT AWAM

DANA JAMINAN MAKANAN

UNTUK INTEGRASI MAKANAN TANAMAN

UMTUK PERTUBUHAN PELADANG DAN NELAYAN

UPAH MAJIKAN PERLU BERI

BANTUAN UNTUK PEMANDU E-HAILING

LANJUTAN KONTRAK

Di atas adalah senarai PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI - PRIHATIN RAKYAT untuk matlamat LINDUNGI RAKYAT.


Serta untuk Kukuhkan ekonomi (melibatkan ECRL dan pemotongan gaji menteri misalnya, boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2880095802068960

Pengumuman sebelum ini berkaitan 4 inisiatif tambahan adalah seperti berikut:

Penangguhan bayaran balik PTPTN

Pengeluaran Akaun 2 -KWSP

Alat perubatan

Bantuan untuk setiap negeri

Alhamdulillah. Moga kita manfaatkan dan gunakan bantuan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Apa-apa pun, kekalkan duduk di rumah, dengar arahan dan jaga diri baik-baik. Moga keadaan akan jadi lebih baik lagi. Stay home, stay safe, everyone!


Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank (Moratorium: Covid-19) || Siapa yang tak suka bila Bank Negara Malaysia umum penangguhan automatik semua pinajaman/loan? Tapi mesti banyak persoalan yang bermain difikiran anda bukan?
Maksud moratorium: penggantungan atau penang­guhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Jom lihat infografik di bawah yang disediakan oleh I HOME. Baca dan faham!















Sekian perkongsian. Untuk rujukan lain berkaitan ini ada di facebook Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Utuk FAQ/ Soal jawab berkaitan moratorium penangguhan pinjaman balik bank boleh rujuk di twitter Bank Negara Malaysia Atau boleh saja muat turun PDFnya (BM) di sini: https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs-Additional-Measures-20200325-bm.pdf

*Miliki rumah kini lebih mudah di : https://www.hihome.asia/


OST Lagu-lagu dalam drama Seindah 7 Warna Pelangi: || Drama bersiri Akasia yang dibintangi oleh Aeril Zafrel sebagai Andika Iman dan Nabila Razila sebagai Aira Tihani ini mengisahkan Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula. Saksikan nanti kesudahannya.

Berikut adalah OST Lagu-lagu dalam drama Seindah 7 Warna Pelangi:

1- SINAR CINTA - Hafiz Suip

Vokal suara Hafiz memang tidak peru dipertikaikan lagi.Lagu ini adalah lagu utama untuk Seindah 7 Warna Pelangi.



2- PELUANG KEDUA - Nabila Razali

Semasa ditulis, lagu ini belum lagi direlease. Tapi berjaya menangkap perhatian ramai dan dikatakan sesuai dengan suara Nabila.



3- RATU - Khai Bahar

Lagu Khai ini sering keluar ketika babak sedih.



4- ASMARA - Amir Masdi

Masa episod awal-awal, lagu ini sering juga keluar.



5- SEPERTI INI - Fieya Julia

Lagu ini pun keluar masa episod awal-awal.



6- TERSEKSA - Petak Band

Menarik juga lagu ini!



7- MAHAR TERAGUNG - Wanns Ahmad

Dinyanyikan oleh salah seorang pelakon drama ini sendiri yang memang seorang penyanyi sebelum aktif berlakon dan mengacara - Wanns Ahmad.


8- TERBANG DENGANMU - Panicroom

Lagu ini dh keluar lama, tapi tetap menarik didengar.


9- TANPAMU - Dinie & Khai


10- TENTANG SURIA - Blackpaper



11- JERITAN HATI - Elly Mazlein

Lagu ini juga dah lama terbotan Kru Music, artis serba boleh ini turut menyerlah lakonannya dalam drama ini.


Sekian, menarikkan semua lagu-lagu OST drama ini?

Sumber gambar, sinopsis dan info: https://www.myinfotaip.com

Sebelum ada di antara kita risau dan ingin membuat saringan Covid-19, elok pertimbangkan dahulu untuk check di hospital serta baca dahulu apa yang dikongsikan oleh Doktor Wan Ahmad Zhafran dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor ini.



"RASA NAK KE HOSPITAL LAH, NAK CHECK COVID19"

Anda risau anda dapat #COVID19?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? 

ANDA BAGUS SEBAB ANDA CONCERN PASAL KESIHATAN ANDA DAN ORANG SEKELILING ANDA. TAPI TUNGGU DULU! Kami sayang anda. 

Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAKDE COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.

1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)

- kalau ya, 1 poin

2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?

- China, south korea, japan, italy, iran, etc
(Sila check full list negara-negara terlibat, ni contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
- Join tabligh Sri Petaling, church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas/keretapi yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID

- Kalau ya, 1 poin
*Kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA

3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?

- Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
- Contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
- Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
- Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
- Jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point

*Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA


————————————————————

KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:

0 point
- Anda berisiko rendah dijangkiti covid
- Duduk diam2 kt rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.

1 point
- Anda berisiko sederhana dijangkiti covid
- Duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)

2 dan 3 points
- Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
- Aanda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
- Pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
- Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil tak nak check, kesian dekat ahli keluarga anda.

Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:

1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)

Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.

————————————————————

Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL. 

Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit2 bersesak2 menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja. 

Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.

KKM buat begitu untuk:

1. Mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2.Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam2 di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini.

Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan. Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.

KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA.
ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.

COVID19 WILL PASS
WE CAN DO THIS

Semoga nasihat ini sedikit sebanyak membantu melegakan kegusaran hati nurani anda.  - Dr. Zhafran.


——————————————————————

Sila klik pautan di bawah untuk jawab soalan-soalan di atas di website rasmi KKM. Klik butang ‘Semak Risiko Anda’ dan jawab beberapa soalan ringkas. KKM akan beritahu risiko anda dan apa anda perlu buat.
 


(Klik untuk lebih jelas: SENARAI HOSPITAL RUJUKAN UNTUK COVID-19) (Sumber gambar)
Terkini tentang pesakit dan kawasan yang terlibat dengan Covid-19/Coronavirus: https://www.outbreak.my/

- Senarai negara terlibat dengan COVID19








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top