1- "bila nak baca doa qunut nazilah"
- Disunatkan baca dalam semua solat fardhu, caranya adalah kita membaca selepas i'tidal pada rakaat terakhir. Adapun di luar solat, maka bebas untuk kita baca bila-bila masa
2- "kenapa ada doa qunut nazilah yang lain2? Saya dengar Imam ni baca lain, imam ni baca lain pulak"
- Doa adalah ibadah yang diberi keluasan baginya. Maka bebas untuk kita baca yang mana-mana. Yang paling mudah dan difahami, itulah yang terbaik untuk kita bacakan
3- "Kalau saya tak hafal, boleh tak saya baca lepas solat?"
- Boleh
4- "Kalau saya haid, boleh tak baca qunut nazilah?"
- Boleh kerana pendapat muktamad mazhab Syafie hanya melarang wanita haid dari membaca ayat Al-quran. Adapun zikir dan doa tak dilarang.
5- "Saya nak baca qunut nazilah dalam solat subuh, jadi saya nak baca qunut biasa ke yang nazilah tu?"
- Baca kedua-duanya lebih baik dan banyak pahala
6- "Adakah qunut nazilah kalau baca dalam waktu selain subuh dikira tambah rukun? Batal tak solat?"
- Qunut nazilah adalah disunatkan dalam semua solat fardhu, maka tidak membatalkan solat. Lagi, ianya bukan rukun bahkan sunat, dan perkara sunat dalam sunat sama sekali tak merosakkan solat
Moga bermanfaat.
Dan jika ia dibaca di luar solat ia adalah doa biasa, bukan dipanggil qunut nazilah.
-
Sumber: Twitter Ustaz Muzuza
Doa Qunut Nazilah - sumber AkuMuslim.asia |
Maksud doa qunut nazilah:
Qunut Nazilah, tatacara dan doa yang boleh dibaca sesuai dengan peperangan dan musibah yang menimpa.
Semoga Allah SWT memakbulkan doa-doa kita. Ameen
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.