Punca uban di usia muda


“Doktor, saya baru berumur 20 tahun dah ada uban. Saya malu lah!” Uban terbentuk kerana folikel yang menjadi tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit.

Sel melanosit inilah yang berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut.

Saat usia makin menua, melanosit ini mulai mati yang menyebabkan penghasilan melaninnya berkurang.

Akhirnya, warna rambut pun akan berangsur menjadi kelabu, keperakan, sampai memutih kerana penghasilan melanin berhenti. Inilah yang kemudian menyebabkan uban pada rambut. Apa punca rambut beruban sebenarnya? 

Punca rambut mudah beruban

FAKTOR KETURUNAN Uban yang tumbuh di usia muda mungkin disebabkan keturunan. Jika ayah atau ibu kita ada uban diusia muda, mungkin untuk kita uban awal adalah sangat tinggi.

PENYAKIT TIROID Tiroid yg sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin,dan menyebabkan uban. 

KEKURANGAN VITAMIN B12 & ZAT BESI Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.

STRESS Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan tahap stres ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban.

VITILIGO Vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.

MEROKOK Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban.

Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu turunkan kadar melanin.

KERAP MAKAN JUNK FOOD Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.

GUNA PENGERING RAMBUT Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.

PEWARNA RAMBUT Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin. 

CARA UNTUK ELAKKAN RAMBUT BERUBAN DI USIA MUDA

Elak tabiat merokok dan memperbanyak pengambilan makanan yang kaya dengan antioksida seperti teh hijau.

Bagi mereka yang mengalami keadaan uban pramatang disebabkan kekurangan vitamin dan mineral, digalakkan mengambil vitamin (suplemen) atau melalui sumber makanan semula jadi seperti telur, makanan laut dan ikan salmon.

Amalkan sajian kaya kalsium dan makanan tinggi tembaga termasuklah hati lembu, kacang almond, coklat hitam dan asparagus.

Jika masalah uban pramatang berpunca daripada penyakit vitiligo atau alopecia areata, ia boleh dirawat dengan ubat sapuan steroid, suntikan pada bahagian terganggu dan fototerapi. 

Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 https://t.me/drsamhan

-----

Sumber asal:

https://twitter.com/DoktorSamhan

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top