Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik dan gerd.
Dalam Islam, memang Rasulullah sudah mengajar cara nak mengelaknya. Sains membuktikan, teknik ini boleh membantu kita menghadapi gastrik sewaktu ramadhan. Kami ringkaskan tips ini dalam bentuk infografik. Semoga berkesan untuk anda.
P/s. Jika gejala berlarutan dan semakin teruk, pastikan anda berjumpa doktor tau.
Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.
1) dada ayam - kalau boleh panggang
2) air putih - air gula tak bagus untuk GERD
3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD
4) Tembikai - buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Jangan gatal makan oren. ☺️
5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.
6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama
7) kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik
8. minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun
9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin.
Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. ☺️
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.