Sempadan Malaysia Singapura dibuka 1 April 2022

Kerajaan memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Menerusi pembukaan itu katanya, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan sah boleh keluar masuk negara seperti biasa dan dibenarkan ke negara yang turut membuka pintu sempadan kepada pengembara luar.

"Pada masa sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan sah juga boleh melakukan

pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi rakyat Malaysia dan pengembara luar yang ingin masuk ke negara ini, mengambil kira situasi gelombang Omicron masih menular.

Katanya, penerima vaksinasi lengkap tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan RT-PCR Covid-19 dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

 "Sebaliknya, mereka hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi 'Traveller' dalam MySejahtera," katanya dalam sidang media khas di yang disiarkan secara langsung.

 


Sumber berita selain infografik Bernama - https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/818690/sempadan-negara-dibuka-1-april-metrotv

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top