Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

 


Saya selalu rasa banyak benda mustahil dalam hidup untuk saya gapai. Dengan situasi semasa dan kemampuan diri, apalah sangat yang saya mampu capai. Jadi saya selalu melihat impian saya melalui kaca mata orang lain. Saya rasa seronok. Tumpang gembira. Melihat tempat yang cantik, kejayaan serta kebahagiaan orang lain.

Moga rasa seronok saya untuk orang lain ini menjadi ladang pahala dan doa yang tak disangka-sangka (dengan harapan, insya-Allah).

Siapa sangka, persetujuan Nadzrah dan Kakaknya; Eira untuk menerima jemputan perkahwinan kawan kami (Khairani), buat impian saya menjadi nyata. Dapatlah kami berjalan dari Perak - Negeri Sembilan - Melaka dan seterusnya sampailah ke Johor. Kira hadiah birthday besar dah ini. Terus terimbas kenangan sewaktu Arwah Abah bawa kami sekeluarga berjalan (bersama Mak, adik & saya) satu semenanjung dahulu. Rindu.


Selamat pengantin baru, Khai & Atsa

Berkesempatan jumpa sahabat online lebih 10 tahun Ann & Yiyin

Disertakan saya sertakan antara gambar-gambar menarik kami bermusafir. Masya-Allah Alhamdulillah.


Kami singgah di RnR semasa bergerak pulang

Boleh nampak Puteri Harbour dari atas Suites ini

Tempat pernikahan & persandingan; Bizmilla

Perjalanan di waktu siang 🌞 

Perjalanan waktu malam ✨

Sempat kami singgah Masjid Sri Sendayan

Terima kasih tak terhingga dari hati saya buat dua manusia kiriman Tuhan ini. Terharu saya dengan segalanya. Sentiasa bersabar dengan karenah dan permintaan saya. Tiada apa mampu saya balas, hanya doa dan ucapan - moga kalian berdua sentiasa dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, sentiasa bertemu manusia baik dan selalu bertembung dengan traffic light hijau. Ameen 🤲🏻

Anem dengan Eira & Nadzrah

Moga dua beradik ini sentiasa dipeluk rahmat Tuhan. Sayang kalian! Lillahitaala. Jaga diri baik-baik ya, jaga kesihatan selalu ada rezeki, jumpa lagi kita. Insya-Allah.

Fi hifzillah. Fi amanillah.

Jumpa lagi, Johor. 🔵🔴


Di kesempatan ini sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat merpati dua sejoli; Khairani dan Atsa. Terima kasih sebab kahwin - dan jemput! Dapat saya berjalan, dan jumpa kawan-kawan. Alhamdulillah. Moga bahagia hingga ke syurga!!


Doa untuk pengantin baru


Kenangan 19/04/2025 - 21/04/2025.


Jumpa lagi semua, Insya-Allah.

Sekian dulu. Terima kasih sudi membaca.

- Anem Arnamee 









Cara Mudah Dapatkan Travel Insurance Secara Online

Sebelu ini, kitorang ada share pasal pentingnya travel insurans atau insurans perjalanan. Memang kalau diikutkan, ada yang berpendapat, alah pegi 3 ke 4 hari je, buat apa nak amik insurans.

Tapi cuba fikir balik, cuba tengok dekat mana-mana group travel yang korang join dekat Facebook, mesti ada orang yang share pengalaman dan masalah yang diorang hadapi semasa travelling.  

Kebiasaannya; antara perlindungan lazim yang ditawarkan oleh syarikat insurans adalah seperti:


  • Kemalangan diri
  • Belanja perubatan dan yang berkaitan
  • Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
  • Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
  • Kehilangan pasport
  • Liabiliti diri
  • Kelewatan bagasi
  • Kelewatan perjalanan
  • Rampasan kenderaan
  • Penghantaran pulang jenazah
Antara travel insurans yang boleh dicadangkan: Beli Travel Insurans Online


Sumber artikel:

https://twitter.com/gengtravel_my/

https://qoala.my/ms/blog

https://rileklah.com/node/2655

https://www.jomjalan.com.my













Kerajaan memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Menerusi pembukaan itu katanya, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan sah boleh keluar masuk negara seperti biasa dan dibenarkan ke negara yang turut membuka pintu sempadan kepada pengembara luar.

"Pada masa sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan sah juga boleh melakukan

pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi rakyat Malaysia dan pengembara luar yang ingin masuk ke negara ini, mengambil kira situasi gelombang Omicron masih menular.

Katanya, penerima vaksinasi lengkap tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan RT-PCR Covid-19 dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

 "Sebaliknya, mereka hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi 'Traveller' dalam MySejahtera," katanya dalam sidang media khas di yang disiarkan secara langsung.

 


Sumber berita selain infografik Bernama - https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/818690/sempadan-negara-dibuka-1-april-metrotv


 

Salam semua! Moga baik-baik saja semuanya. Bagaimana dengan percutian anda baru-baru ini? Atau adakah anda sedang merancang untuk pergi bercuti ke mana-mana tak lama lagi? Baik. Hari ini, artikel saya agak berbeza sikit. Saya nak berkongsi sedikit maklumat yang saya harap dapat membantu kita semua untuk mengenali airlines yang bakal kita pilih. Selalunya kita akan buat countdown tempat terbaik, bukan? Kini, kita akan buat countdown airlines terbaik pula. Jadi kalau korang tengah cari flights to Seoul ke, flights to Europe ke atau flights to ke mana-mana sekalipun, maklumat-maklumat ini pasti dapat membantu.

Mari kita mulakan!

Thai Airways

Ia antara syarikat penerbangan yang mula berkembang dari segi populariti dan kesetiaan dari para penumpangnya. Thai Airways merupakan syarikat penerbangan dari Thailand dan menyediakan penerbangan ke pelbagai destinasi sama ada domestik dan antarabangsa. Apa kelebihan Thai Airways booking? Ia menawarkan program frequent flyer yang merangkumi pelbagai faedah seperti tambahan elaun bagasi dan pakej percutian. Pesawat yang digunakan juga terdiri daripada pesawat berkuasa tinggi dengan keluasan ruang tempat duduk yang selesa untuk penumpang.

Singapore Airlines

Ia merupakan national carrier dari Singapura, iaitu negara jiran kita. Ia merupakan big player di kalangan syarikat penerbangan di Singapura. Hebat, bukan? Oleh kerana kejayaannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan yang efisien, Singapore Airlines telah menubuhkan anak syarikatnya, Scoot Airlines yang juga merupakan nama terkenal di Singapura. Singapore Airlines menawarkan perkhidmatan bertaraf tinggi oleh staf-staf mereka. Anda rasa lebih selesa dan dihormati sepanjang tempoh perjalanan anda dengan mereka.

Malaysia Airlines

MAS atau Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan negara. Ia antara syarikat penerbangan tertua di Malaysia. Walaupun ia sudah lama beroperasi di sini, namun, ia masih antara syarikat penerbangan yang digemari dan perkhidmatannya masih berfungsi dengan baik. Antara faedah yang boleh anda perolehi dengan menaiki MAS adalah pendaftaran awal daripada biasa, airport lounge dan banyak lagi. Sama seperti kejayaan Singapore Airlines, MAS juga telah mengembangkan rapport mereka dengan menubuhkan anak syarikat penerbangan yang juga sama popular, iaitu Firefly.

Firefly

Firefly merupakan anak syarikat penerbangan yang dimiliki oleh Malaysia Airlines atau MAS. Ia mula beroperasi sejak 2007 dan popularitinya terus berkembang sehingga kini. Kepada penumpang Firefly, anda tentu ketahui bahawa anda merupakan penerima kepada perkhidmatan kelas pertama mereka. Faedah menarik yang anda boleh perolehi apabila anda menerbang bersama Firefly termasuk promosi istimewa kepada hiburan-hiburan tertentu, diskaun menarik ke atas makanan dan minuman yang disediakan, pengutamaan dalam pendaftaran dan banyak lagi.

AirAsia

Ia merupakan pesaing terhebat di Malaysia dan menawarkan peluang kepada semua orang untuk terbang dengan mudah. AirAsia merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ia telah merevolusikan industri penerbangan dengan membuka peluang kepada semua orang tanpa kira status untuk bersama-sama menikmati pengalaman terbang ke tempat lain. Kini, AirAsia menjadi antara penerbangan kegemaran rakyat Malaysia.

Jadi, selamat memilih airlines yang terbaik untuk diri kita, keluarga mahupun kawan-kawan!











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top