Tanda-tanda HFMD (cegah penyakit tangan, kaki dan mulut)



⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Info Ringkas Mengenai HFMD

✅ Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). 

✅ Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

✅ Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. 

Sebenarnya apa yang diamalkan untuk elakkan penyakit C19 adalah sama dengan HFMD. Sanitasi adalah penting. Saranan Kepada Ibu Bapa Bagi Kanak Kanak Yang Di Jangkiti Dengan HFMD.

✅ JANGAN bawa anak ke tempat² awam/sekolah/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

✅CUCI TANGAN
Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun & air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin & selepas menyentuh/merawat lepuh;

✅ BERSIHAN MAINAN
Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan 
✅ BUANG LAMPIN
Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul. 

 * Ibu/bapa kanak kanak yang dijangkiti 

HFMD LAYAK
untuk mendapat cuti kuarantin Saranan kepada penjaga kanak-kanak di taska/tadika/tabika/pra-sekolah 

✅ Utamakan Kebersihan Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak; 

✅ Lakukan Saringan Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD

✅ LARANGAN HADIR KE SEKOLAH
Kanak² dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan²nya;

✅ Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak² lain;
Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan

✅LAPORKAN
Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

*****

👉 anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
👉 elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
👉 jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
👉 kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.




JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN DEMI MENCEGAH HFMD DARI MENJANGKITI ANAK ANDA. 


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top